Adrien Rabiot Sangat Berminat Mahu Sertai Liverpool Pada Musim Panas Ini

Bintang Juventus, Adrien Rabiot dilaporkan sangat berminat mahu melengkapkan perpindahan menyertai Liverpool, Chelsea, Manchester City atau Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut laporan dari The Telegraph, Adrien Rabiot juga boleh ditandatangani dengan nilai serendah £13 juta sahaja.

Pemain midfield itu pada ketika ini sedang mengintai kesempatan untuk beraksi dalam saingan Premier League, dengan beliau sendiri turut menyatakan keinginan beliau itu kepada Juventus.

Rabiot menjangkakan yang beliau mahu membuat keputusan berkait masa depannya sebelum bermulanya aksi pra musim bersama Juventus pada 11 Julai nanti.

Adrien Rabiot tidak diragukan lagi sememangnya seorang pemain yang sangat berkualiti dengan beliau turut sudah membuat 29 penampilan bersama skuad kebangsaan Perancis.

Dengan Piala Dunia akan berlangsung lima bulan dari sekarang, berpindah menyertai liga lain sebenarnya meletakkan karier antarabangsanya dalam keadaan berisiko.

Rabiot sementara itu tidak melihat hal itu sebagai satu masalah dengan pengurus skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps merupakan penggemar setia kepada pemain midfield itu.

Rabiot menikmati karier yang sungguh menakjubkan bersama Paris Saint Germain sebelum beliau melengkapkan perpindahan menyertai Juventus pada tahun 2019 yang lalu.

Walau bagaimanapun, Rabiot sebenarnya gagal untuk memberikan impak yang sama seperti apa yang beliau pamerkan di Parc des Princes ketika beraksi bersama skuad The Old Lady.

Ketika kariernya bersama PSG, Rabiot telah dikendalikan oleh pengurus Chelsea, Thomas Tuchel yang dilaporkan turut sangat menggemari pemain midfield itu.

Chelsea pada ketika ini tidak menyatakan hasrat mereka mahu mendapatkan Rabiot, namun sepertinya mereka bakal melakukan hal itu dalam tempoh terdekat ini nanti.

Wakil Rabiot, termasuk ibunya, Veronique Rabiot sebelum ini pernah bergaduh dengan keluarga Kylian Mbappe dan Paul Pogba ketika aksi kekalahan mereka bertemu Switzerland dalam saingan Euro 2020.

Insiden pergaduhan itu mendapat perhatian ramai dan ia jelas sekali mencatatkan perjalanan Perancis dalam saingan Euro 2020 yang lalu.

Walaupun Rabiot berminat untuk sertai Liverpool, namun skuad kendalian Jurgen Klopp itu sebenarnya tidak ada perancangan mahu mendapatkan pemain midfield itu pada musim panas ini.

Walau bagaimanapun, memandangkan nilai beliau hanya £13 juta dan beliau turut mempunyai kualiti yang menakjubkan, sepertinya tiada masalah untuk Liverpool berusaha untuk mendapatkan khidmatnya.

The Reds sebelum ini pernah menyatakan minat mereka mahu melengkapkan perpindahan Rabiot dari PSG, namun bintang Perancis itu memilih untuk menyertai Juventus.

Dengan masa depan ketua pasukan, Jordan Henderson dan pemain midfield, Alex Oxlade Chamberlain masih tidak jelas, sepertinya ada kemungkinan untuk Liverpool mendapatkan khidmat Rabiot pada musim panas ini.

Liverpool baru-baru ini telah mendedahkan yang mereka sangat berminat mahu mendapatkan pemain midfield berusia 18 tahun dari Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Walau bagaimanapun, mereka memutuskan untuk mendapatkan bintang England itu pada jendela perpindahan musim panas akan datang dan bukannya sekarang.

Liverpool pada musim panas ini sudah berjaya melengkapkan perpindahan Darwin Nunez, Calvin Ramsay dan Fabio Carvalho.

Mereka sementara itu turut kehilangan beberapa pemain seperti Sadio Mane, Takumi Minamino dan Divock Origi pada musim panas ini.

Sepertinya Liverpool tidak begitu terkesan dengan kehilangan pemain-pemain tersebut dek kerana mereka berjaya menandatangani pemain-pemain penyerang yang berbakat.

Liverpool juga pada ketika ini masih aktif dalam pasaran pemain, dengan mereka kini sedang memantau perkembangan terkini beberapa pemain yang ada dalam sasaran mereka.

The Reds mungkin akan segera memulakan langkah untuk mendapatkan pemain sasaran mereka itu andai mereka memiliki potensi untuk melakukan hal tersebut.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Neville: Liverpool Patut Lupakan Liga Juara-Juara Eropah Kalau Nak Menang Liga