AFC Ramal Arif Aiman Bakal Meletup di Piala Asia Nanti

Persekutuan bola sepak Asia (AFC) telah menyenaraikan Arif Aiman dan empat lagi pemain Asia yang lain sebagai pemain yang berpotensi untuk menempa sejarah di Piala Asia 2023 bagi kategori pemain muda.

Piala Asia 2023 akan bermula pada 12 Januari 2024 โ€“ tak lama lagi dah! Pasukan yang bertanding pula sudah lama dah cukup jumeloh. Tuan rumah, Qatar, bakal membuka tirai pertandingan dengan menentang Lebanon dan diikuti perlawanan-perlawanan lain.

Bila disebut nama seperti Song Heung-Min, Mehdi Tarami, Ali Makhbout dan Wataru Endo, pasti ramai yang menjangka mereka bakal mewarnai kejohanan paling berprestij di Asia ini. Akan tetapi pada masa yang sama, ada beberapa nama pemain muda yang djangka bakal menyinar menurut laman sesawang AFC.

Ali Jasim โ€“ Iraq

Penyokong bola sepak di Malaysia yang berkiblatkan EPL pasti tidak mengenali pemain yang bernama Ali Jasim ini. Begitu juga penyokong yang tidak berkiblatkan EPL, sama juga tidak mengenali Ali.

Pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2023/24, pemain belia ini telah menjaringkan gol sebanyak empat kali โ€“ dua daripadanya ketika menentang Sepahan dalam debut-nya. Pun begitu, pasukannya โ€“ Kelab Tentera Udara, terlepas peluang untuk ke pusingan 16 pasukan kumpulan C.

Walaubagaimanapun, bagi peminat bola sepak Asia, mereka tidak berasa pelik mahupun kagum dengan peningkatan mendadak Ali yang sebelum ini telah menyinar dalam kempen Piala Asia AFC B-20 di Uzbekistan pada tahun 2023.

Dalam kejohanan tersebut, Ali telah mejaringkan gol pada minit kecederaan untuk membawa pasukan Iraq ke perlawanan separuh akhir, sekaligus layak ke Piala Dunia B-20 2023.

Ali sekali lagi mejaringkan gol ketika negaranya menewaskan Jepun, sebelum tumbang kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan akhir. Kemampuan dan kematangannya lantas membuka hati jurulatih pasukan senior untuk memberikannya debut senior pada bulan Oktober lalu dan dijangka akan menjadi masalah besar kepada pasukan Jepun, Indonesia dan juga Vietnam.

Takefusa Kubo โ€“ Jepun

Selepas hanya mampu bermain selama 90 minit sepanjang kempen Piala Dunia FIFA tahun lalu, pemain berusia 22 tahun ini, Takefusa Kubo, kembali ke Qatar dengan sasaran menjadi pemain utama bukan pasukan yang muncul naib juara Piala Asia edisi 2019.

Meskipun telah melakukan debut bersama pasukan Jepun ketika berusia 18 tahun, pemain ini terpaksa mengambil sedikit masa untuk berkembang menjadi pemain tetap pasukan negara matahari terbit tersebut.

Usai berjaya menjaringkan gol sulung buat negara asal Shin Chan ini pada tahun 2022, Kubo kini menjadi tunjang utama Jepun di mana mereka telah memenangi sembilan perlawanan berturut-turut sejak bulan Jun 2023.

Pemain saya ini juga sangat bersinar di Sepanyol bersama pasukan Real Sociedad. Pada musim lalu, Kubo telah menjaringkan sembilan gol dan menjadi perancang utama pasukan dalam saingan liga yang menyaksikan mereka berjaya layak ke Liga Juara-Juara UEFA buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun.

Pada musim ini pula, Kubo telah menjaringkan enam gol dalam saingan La Liga dan pasukannya kini berada di tempat terbaik untuk layak ke kejohanan UCL pada musim hadapan.

Jika pemain ini berjaya mengekalkan momentumnya di Qatar, Piala Asia boleh diibaratkan seperti pepatah Melayu โ€“ rumah kata pergi, Kubo kata mari.

TIBERRRRRR.

Abbosbek Fayzullaev โ€“ Uzbekistan

Bola sepak Uzbekistan pernah melahirkan pemain hebat seperti Igor Shkvyrin dan Abduraimov Azamat. Kini, giliran Abbosbek Fayzullaev pula mencuri tumpuan.

Pemain ini mula mencipta nama dalam kejohana Piala Asia B-23 pada tahun 2022, bilamana Uzbekistan muncul sebagai naib juara. Pada tahun berikutnya, Abbosbek membuktikan dia bukan sekadar mempunyai nama yang susah untuk dieja, malah muncul sebagai pemain terbaik kejohanan Piala Asia B-20 sekaligus membawa negaranya muncul juara.

Melakukan debut bersama pasukan senior pada usia 19 tahun, Abbosbek atau nama manjanya Bek (Admin agak je nama ni. Susah nau nak eja sebijik-sebijik), hanya perlu bermain dua perlawanan untuk menjaringkan gol pertama buat Uzbek. Gol pertama pasukan seniornya hadir ketika mereka membelasah Tajikistan 5-1, dalam Piala Negara-Negara Asia Tengah.

Pada tahun lalu, Bek telah menyertai CSKA Moscow dari Pakhtakor dan pemain berusia 20 tahun ini terus konsisten tampil cemerlang selaku pemain tengah menyerang.

Mampukah Australia, Syria dan India mengekang pemain kreatif ini dalam Kumpulan B nanti? Sama-sama kita tonton di kedai toyea Kampung Padang Jawa nanti.

Lee Kang-in โ€“ Korea Selatan

Pada musim panas lalu, ramai yang sangsi Lee Kang-in tidak akan mampu bermain dengan kerap bersama pasukan Paris Saint-Germain. Walaubagaimanapun, berbekalkan semangat Squid Game, Kang-in muncul sebagai pemain utama kepada Luis Enrique yang kini dalam misi mencabar kejuaraan Ligue 1 dan di UCL.

Muncul secara konsisten di samping Kylian Mbappe dan Ousmane Dembele, oppa Korea yang berusia 22 tahun ini sedang menikmati musim yang sangat cemerlang di ibu kota Perancis dan baru-baru ini, dia telah menjaringkan gol pertamanya buat kelab Paris ketika mereka menewaskan Toulouse 2-0 dan menjulang Trofi Kejuaraan Perancis.

Bersama pasukan kebangsaan, Kang-in juga turut mempamerkan prestasi yang padu di mana dia telah menjaringkan empat gol dan mencipta tiga bantuan gol dalam empat perlawanan. Jurgen Klinsmann pasti sangat gembira dengan prestasi pemain ini dalam misi Pahlawan Taeguk untuk muncul juara buat pertama kali sejak 1960.

Ada yang kata, kalau Korea tidak berjaya muncul juara, Kang-in akan menukar namanya kepada Kang-out. Entah lawak hambar apa laaa diorang tu. Meraban teben bak kata orang Kuale.

Arif Aiman โ€“ Malaysia

Arif Aiman melalui musim yang sangatย marvelous bersama JDT. Pemain sayap berusia 21 tahun itu telah mejaringkan 12 gol dan mencipta banyak bantuan gol buat pasukan Harimau Selatan ketika mereka mencipta sejarah muncul juara liga buat kali kesepuluh berturut-turut.

Pada masa yang sama, Arif Aiman juga menjaringkan tiga gol di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC.

Bersama pasukan kebangsaan, Arif Aiman tidak kurang hebatnya di mana dia telah menjaringkan empat gol ketika Malaysia membelasah Papua New Guinea 10-0 dalam persahabatan pada bulan Jun. Dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026, Arif Aiman telah mencipta hatrik bantuan gol ketika Harimau Malaya menundukkan Republik Kyrgyztan 4-3 di atas padang bertaraf dunia Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mempunyai pecutan dan gerak kaki yang pantas dalam menggelecek melepasi pertahanan lawan, pemain kesayangan JDT ini bakal menjadi taruhan utama Kim Pang-gon untuk merobek dan meratah Korea Selatan dalam perlawanan peringkat kumpulan nanti.

Sumber : AFC

BACA:ย  AFC Champions League 2020: JDT 2-1 Suwon Bluewing