AFCON 2021: Pemain Mauritania Kecewa 5 Kali Penganjur Silap Putar Lagu Kebangsaan

Penganjur AFCON 2021 sekali lagi mencetuskan sensasi internet selepas mereka melakukan hal yang sangat dungu dengan tersilap memainkan lagu kebangsaan Mauritania.

Bukan satu atau dua atau tiga percubaan, tetapi mereka enam kali tersalah pilih lagu dengan para pemain Mauritania perlu menunggu selama enam minit hanya untuk menyanyikan lagu kebangsaan mereka.

Lebih parah lagi, selepas enam kali tersilap dan membuat pemain menunggu selama enam minit, pihak penganjur akhirnya meminta pemain Mauritania untuk menyanyi sahaja lagu kebangsaan mereka tanpa muzik.

Mereka terpaksa menyanyi tanpa muzik kerana pihak penganjur tak jumpa lagu kebangsaan mereka untuk diputarkan sebelum sepak mula perlawanan.

Adakah ini kesilapan yang boleh dimaafkan? Penganjur pertandingan bola sepak terbesar di Afrika tetapi lagu kebangsaan negara bertanding pun mereka tak jumpa.

Ini merupakan penampilan kedua Mauritania dalam saingan AFCON selepas penyertaan pertama mereka pada tahun 2019 yang lalu.

Para pemain Mauritania nampak langsung tak gembira selepas lima lagu kebangsaan yang diputarkan bukanlah lagu kebangsaan mereka.

Bekas bintang Fulham yang juga merupakan ketua pasukan Mauritania, Aboubakar Kamara bahkan hanya mampu geleng kepala sahaja dengan situasi tersebut.

Mujur sahaja ketika lagu kebangsaan Gambia dimainkan tanpa sebarang masalah dan perlawanan juga berlangsung dengan tidak ada gangguan lain.

Gambia berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menewaskan Mauritania hasil jaringan dari Ablie Jallow.

Penganjuran AFCON 2021 sudah mula dikecam sejak dari awal ia dilangsungkan dan para peminat merasakan pertandingan ini terlalu kelakar untuk dianggap pertandingan antarabangsa.

Selain isu tersilap putarkan lagu kebangsaan, banyak lagi isu dungu lain yang berlaku sepanjang kejohanan ini walau pertandingan ini baru sahaja bermula.

Baru 40 saat sahaja pertandingan AFCON dimulakan ketika aksi perlawanan pembukaan antara Cameroon bertemu Burkina Faso, sudah ada kontroversi yang berlaku.

Bintang Burkina Faso, Steeve Yago telah dilayangkan kad kuning selepas 40 saat sahaja beraksi kerana melakukan tackle yang sungguh luar biasa dungu.

Beliau selayaknya dilayangkan kad merah untuk tackle yang boleh memusnahkan keturunan pemain lawan itu, namun pengadil hanya memberikan kad kuning sahaja.

Bukan hanya melakukan tackle dan mengangkat satu kaki, bahkan kaki yang beliau angkat itu sebenarnya tepat mengenai ‘bola’ pemain lawan.

Lebih teruk lagi, ada isu dalam kejohanan ini, yang pengadil perlawanan dia tidak mahu mendengar keputusan VAR.

Ketika aksi perlawanan kontroversi antara Mali bertemu Tunisia kemarin, pengadil perlawanan Janny Sikazwe telah melayangkan kad merah kepada pemain midfield Mali, El Bilal Toure.

VAR sendiri kemudiannya mengesahkan yang tiada kad merah dan meminta Sikazwe menyemak semula keputusan beliau, namun pengadil dari Zambia itu tetap dengan pendirian beliau.

Nampak? Punya handal pengadil di Afrika sampai mereka tak berminat langsung untuk dapat bantuan dari VAR.

Dalam perlawanan sama juga, Sikazwe telah melakukan keputusan paling dungu dalam sejarah bola sepak, selepas beliau dua kali menamatkan perlawanan lebih awal dari sepatutnya.

Beliau pada awalnya membunyikan wisel penamat pada minit ke-85 permainan dan hal itu telah menyebabkan para pemain kedua-dua pasukan bengang dengannya.

Selepas sedar yang masa sebenar belum cukup, beliau kemudiannya memanggil semula para pemain kedua-dua pasukan untuk kembali bermain.

Pada minit ke-86 permainan disambung semula, namun tiga minit selepas itu, pada minit ke-89, Sikazwe sekali lagi membunyikan wisel panjang untuk tamatkan perlawanan.

Bukan hanya tiada tambahan, bahkan masa sebenar pun tak cukup, tak kelakar ke keputusan dia tu?

Tidak cukup dengan drama dungu di atas padang, pihak penganjur tampil sekali lagi untuk mencipta satu lagi adegan kelakar di kejohanan ini.

Wakil CAF masuk mengganggu sidang media selepas tamat perlawanan untuk mengeluarkan kenyataan yang mereka mahu perlawanan dilangsungkan semula.

Pegawai dari badan induk bola sepak Afrika, CAF, membuat kenyataan selepas tamat perlawanan mengesahkan yang perlawanan tersebut perlu disambung semula.

Kesemua pemain diminta bermain selama tiga minit masa sebenar, dan akan ada tambahan masa kecederaan yang akan diberikan.

“Sidang media jurulatih Mali, Mohamed Magassouba telah diganggu.”

Tulis wartawan dari Algeria, Maher Mezahi di laman twitter miliknya.

“Pegawai CAF masuk campur dan mengatakan yang perlawanan akan dimulakan semula dengan mereka akan beraksi selama tiga minit.”

Para pemain Mali kemudiannya menolak untuk kembali ke padang, sebelum mereka akhirnya bersetuju untuk beraksi semula.

Walau bagaimanapun, para pemain Tunisia sudah tidak mahu meneruskan permainan dengan Mali secara rasminya dinobatkan sebagai pemenang dalam perlawanan ini.

Apa lagi lawak yang akan mereka bagi selepas ini?

Sumber: Victor Oduor

BACA:  "Dia Pemain Terpaling Komited"- Liverpool Persoal Penyokong Mesir Persoal Salah Tinggalkan Afcon