Andre Onana Risau Hilang Gelaran Penjaga Gol Utama Man Utd Kerana AFCON

André Onana risau komitmen beliau bersama Cameroon di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) akan membuatkan dirinya hilang tempat sebagai penjaga gol utama Manchester United.

Onana dijangka akan mendapat panggilan untuk menyertai kejohanan tersebut yang akan berlangsung bermula dari 13 Januari sehingga 11 Februari di Ivory Coast, dan ketiadaannya bermakna penjaga gol itu akan terlepas 4 perlawanan Man Utd di Premier League.

Onana sebelum ini pernah mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa selepas bertelagah dengan Ketua Jurulatih Cameroon, Rigobert Sing ketika Piala Dunia 2022, sebelum dipujuk untuk kembali.

Penjaga gol itu turut dipersalahkan kerana kesilapanannya membenarkan dua jaringan oleh Galatasaray dalam perlawanan Champions League yang berkesudahan seri 3-3 – keputusan yang membuatkan peluang United untuk mara ke pusingan kalah mati semakin sempit.

Onana beraksi dalam semua perlawanan membabitkan United pada musim ini termasuk di pertandingan Piala Carabao dan tekanan semakin memuncak dihadapi penjaga gol itu kerana deretan kesilapan berprofil tinggi yang merugikan United.

United turut membeli Altay Bayindir pada musim panas lalu daripada Febernahce sebagai penjaga gol kedua dan pemain berusia 25 tahun itu kini berpeluang membuktikan kemampuan dirinya sepanjang Onana beraksi di AFCON. Tom Heaton adalah penjaga gol ketiga di Old Trafford.

“Kami senang dengan barisan penjaga gol yang dimiliki,” kata Ten Hag.

“Andre, Altay, Tom sebagai satu kumpulan yang bersaing dengan baik sesama mereka. Altay perlu terlebih dahulu membiasakan diri dengan Premier League dan dia biasa dengan pertandingan peringkat Eropah – dan ia sedikit sukar kerana dia datangd daripada Turki.

“Bagaimanapun kami gembira dengan proses, dan dia melakukannya dengan baik setakat ini. Dia hanya perlu bersabar, tetapi jika dia terus bekerja keras dan terus menunjukkan peningkata, dia akan mendapat peluang dan dia perlu mengambilnya sebaik mungkin.”

BACA:  Ji-Sung Merayu Agar Fans United Berhenti Chanting Lagu Tentangnya