AFCON: Comoros Terpaksa Menggunakan Pemain Pertahanan Sebagai Penjaga Gol Utama, Dan Hasilnya Sungguh Luar Biasa Menakjubkan

Chaker Alhadhur telah mempamerkan aksi penjaga gol berkelas dunia ketika aksi kekalahan 2-1 Comoros bertemu Cameroon awal pagi tadi.

Apa yang lebih menakjubkan lagi adalah, Chaker Alhadhur sebenarnya merupakan pemain yang bermain di posisi left back dan beliau turun sebagai penjaga gol dalam perlawanan ini hanya kerana Comoros kekurangan pemain.

Dengan masalah C0V-19 dan masalah kecederaan, ditambah pula dengan peraturan tegas dari CAF, Comoros tidak mempunyai pemain penjaga gol sebenar untuk diturunkan dalam aksi perlawanan bertemu pasukan tuan rumah ini.

Comoros terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 di tangan Cameroon di pusingan 16 terbaik, namun mereka tetap boleh berbangga dengan aksi dan persembahan Alhadhur yang menjadi cemerlang menjadi penjaga gol utama walau itu bukan posisi asalnya.

Berketinggian 5 kaki 7, Alhadhur merupakan pemain left back untuk Ajaccio di Perancis dan beliau sememangnya seorang pemain full-back yang lincah.

Beliau boleh dianggap sebagai sweeper keeper dalam perlawanan ini dengan Alhadhur berjaya melakukan beberapa aksi penyelamatan untuk menafikan percubaan dari jentera serangan Cameroon.

Antara yang paling mencuri tumpuan adalah beliau berjaya melakukan aksi double save ala David de Gea pada aksi babak kedua permainan, untuk menyelamatkan gawang golnya dari terus dibolosi.

Beliau bermula dengan melakukan aksi penyelamatan sungguh luar biasa menakjubkan untuk menafikan percubaan dari penjaring terbanyak AFCON 2021, Vincent Aboubakar.

Sebaik menyelamatkan percubaan dari Aboubakar, beliau sekali lagi menyelamatkan percubaan kedua dari jentera serangan Cameroon yang menyambar bola muntah dari percubaan pertama.

Alhadhur telah melakukan debutnya untuk negara yang berada di kedudukan ke-132 dunia itu pada tahun 2014 yang lalu, dan AFCON 2021 merupakan edisi pertama yang disertai oleh Comoros dalam sejarah negara mereka.

Beliau pada hari ini bermain di posisi penjaga gol dan tetap memakai jersi No.3 untuk menggantikan Moyadh Ousseini yang disahkan positif C0V-19 sebelum ini.

Pemain berusia 30 tahun itu turut berjaya menyelamatkan tandukan padu dari Aboubakar dengan menggunakan kakinya untuk terus melindungi gawang gol Comoros.

Bekas pemain penyerang Porto itu walau bagaimanapun tetap berjaya juga menewaskan Alhadhur, seterusnya menambah jumlah gol jaringan beliau dalam pertandingan ini.

Beliau kini sudah berjaya menjaringkan enam gol di kejohanan AFCON 2021, namun tidak dinafikan beliau bergelut untuk meledak gol ketika berdepan dengan penjaga gol sementara Comoros itu.

Pemain full-back Comoros itu jelas telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dan tidak keterlaluan untuk menganggap beliau seolah-olah sememangnya penjaga gol dan bukannya pemain pertahanan.

Comoros juga tidak memberikan kemenangan mudah kepada Cameroon dalam perlawanan ini dengan mereka turut beberapa kali menguji gawang gol pasukan tuan rumah.

Andre Onana sendiri beberapa kali diuji sepanjang perlawanan dan beliau walau sudah mempamerkan aksi persembahan yang sangat cemerlang, namun akhirnya berjaya jugs ditewaskan oleh Youssouf M’Changama.

Comoros secara keseluruhannya mempunyai 12 pemain yang disahkan positif C0V-19 termasuk penjaga gol kedua mereka, sementara penjaga gol utama mereka pula, Salim Ben Boina terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan ketika aksi bertemu Morocco sebelum ini.

Ali Ahamada, penjaga gol kedua mereka yang diturunkan ketika aksi kemenangan 3-2 menewaskan Ghana sebelum ini, telah disahkan negatif, namun CAF telah mengubah peraturan mereka berkait protokol C0V-19, dan melarang beliau untuk bermain dalam perlawanan ini.

Comoros terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 di tangan Cameroon, seterusnya menyebabkan mereka tersingkir di pusingan 16 terbaik saingan AFCON 2021.

Cameroon berjaya mara ke peringkat suku akhir dengan mereka selepas ini akan turun bertemu Gambia pada 30 Januari nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pengadil Dungu Aksi Mali Bertemu Tunisia Pernah Ada Kes Rasuah Pada Tahun 2018 Yang Lalu