Malaysia meneruskan momentum kemenangan dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki 2020, selepas berjaya menewaskan Laos 4-0.
Untuk perlawanan ini, ketua jurulatih Harimau Malaysia telah melakukan beberapa pertukaran berbanding kesebelasan utama ketika menentang Kemboja di mana tiada kelibat pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula.
Khairul Fahmi Che Mat masih mengekalkan tempatnya sebagai penjaga gawang, dengan dibantu oleh empat pertahan, Rizal Ghazali di sebelah kanan, Syahmi Safari di sebelah kiri serta juga Aidil Zafuan dan Shahrul Saad di bahagian tengah.
Bermain di posisi pemain tengah bertahan adalah bekas pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar. Pemain muda Mukhairi Ajmal bergandingan dengan Syafiq Ahmad sebagai sumber kreatif pasukan.
Safawi Rasid kekal di bahagian sayap kanan manakala Ariff Aiman pula bermain di bahagian sayap kiri, bagi memberikan sokongan kepada penyrang utama negara, Luqman Hakim.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Piala Suzuki AFF 2020 | Khamis, 9 Disember 2021
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚 🇱🇦 LAOS
🕣 5.30 petang ini
🏟 Stadium Bishan, Singapura#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #MASvLAO #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/MWjfJ7HbA5— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2021
Malaysia memulakan perlawanan dengan baik dan mengawal permainan dengan baik, serta mampu melancarkan serangan yang berbahaya terutamanya menerusi kepantasan Safawi Rasid dan Arif Aiman.
Walaubagaimanapun, pemain Malaysia agak alpa di mana pada minit kelima, pemain Laos mendapat peluang untuk menjaringkan gol di mana tanpa dikawal, pemain Laos yang berbaju putih (maaflah tak ingat nama) berjaya melakukan drive cross ke depan gol Malaysia. Namun Khairul Fahmi Che Mat dengan tangkas merebahkan badan dan menampan bola tersebut ke luar padang.
Hasilnya pada minit ketujuh, Safawi Rasid berjaya meletakkan Harimau Malaya di depan. Gol bermula daripada gerakan dari sebelah kiri daripada Arif Aiman yang melakukan pressing awal ke atas pemain pertahanan Laos.
Arif Aiman kemudiannya melakukan umpanan ke dalam kotak penalti, dengan Luqman Hakim dan Safawi Rasid sedia menunggu. Tanpa dicabar mana-mana pemain Laos, Safawi Rasid dengan tenang menolak bola menewaskan penjaga gol Laos.
🌟 @safawi37 taps home after a quick counter for his 2️⃣nd goal of #AFFSuzukiCup2020!#AFFSuzukiCup | #MASvLAO pic.twitter.com/Ta05pJWnj4
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 9, 2021
Pada minit kesepuluh, Malaysia nyaris menambah gol apabila sepakan penjuru daripada Arif Aiman ditanduk padu oleh kapten, Aidil Zafuan.
Tetapi sayang seribu kali sayang, tandukan tersebut singgah di palang pasukan lawan.
Pada minit ke-34, Malaysia akhirnya berjaya menggandakan kedudukan sekali lagi menerusi Safawi Rasid. Gol berpunca daripada tendangan sudut daripada pemain muda, Arif Aiman ke arah far post pasukan Laos.
Dengan cabaran daripada pemain Laos, Safawi Rasid berjaya melonjak dan melakukan tandukan yang perlahan tetapi mengelirukan sehinggakan pemain lawan yang berada di atas garisan gol tidak dapat menendang bola, dan bola lolos ke celah kangkangnya.
🐯 Twice as nice for @safawi37!#AFFSuzukiCup2020 | #MASvLAO pic.twitter.com/pXgIc7nU60
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 9, 2021
Kedudukan dua gol tanpa balas yang berpihak kepada Malaysia kekal sehingga ke wisel penamat separuh masa pertama.
Secara keseluruhannya, Malaysia menguasai 54 peratus permainan dan berjaya melakukan dua cubaan tepat dan tiga cubaan melilau.
Akan tetapi, Malaysia merekodkan sembilan kekasaran – agak tinggi untuk satu separuh masa.
Berikut adalah statistik penuh untuk separuh masa pertama.
Malaysia memulakan separuh masa kedua dengan agak berhati-hati dan jarang melakukan hantaran membelah barisan pertahanan lawan.
Pada minit ke-51, larian pantas bersama bola daripada Arif Aiman hampir pasti dapat menambah jaringan buat Malaysia, di mana dia telah melakukan hantaran lintang ke depan gol Laos. Namun hantaran tersebut hanya beberapa inci sahaja jauh daripada kaki Luqman Hakim.
Minit ke-56 menyaksikan Baddrol Bakhtiar mendapat ruang di luar kotak penalti lawan di mana dia tanpa dikawal telah melepaskan satu rembatan padu ke arah pintu gol Laos. Namun bola rembatannya hanya sedikit tersasar daripada menembusi gol lawan.
Pada minit ke-58, Luqman Hakim telah dikasari oleh pemain bernombor 24, Aphixay di luar kotak penalti Laos. Safawi Rasid mengambil sepakan tersebut dan berjaya melepaskan satu tendangan padu tepat ke arah gol lawan, tetapi dapat ditampan oleh Keo-Dudone.
Shahrel Fikri terlepas peluang keemasan pada minit ke-71 selepas dia menerima satu lorongan yang mantap daripada Baddrol Bakhtiar di dalam kotak penalti. Walaubagaimanapun rembatannya sekadar lalu di depan gol Laos, meskipun penjaga gol sudah pun tertewas.
Tidak lama kemudian, Shahrel Fikri dua kali terlepas peluang untuk menggandakan jaringan buat Malaysia. Pertama rembatannya ketika berhadapan satu sama satu dengan penjaga gol, namun sepakannya terkena kaki penjaga gol lawan. Seminit kemudian, rembatan dari jarak dekatnya pula terkena tiang gol Laos.
Gol yang ditunggu pasukan Malaysia akhirnya tiba pada minit ke-78. Shahrul Saad yang menerima bola through di depan kotak penalti Laos, dengan tenang melakukan menyepak leret bola ke sebelah kiri penjaga gol lawan.
⚽️ 78’ GOAL | 🇲🇾 Malaysia 3-0 Laos 🇱🇦
Goal number 3️⃣ scored by number 3️⃣! Shahrul Saad increases Malaysia's lead late!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #MASvLAO pic.twitter.com/NgWzR9elma
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 9, 2021
Dua minit kemudian, Safawi Rasid melengkapkan hatriknya apabila dia menolak mudah bola ke dalam gol selepas menerima hantaran daripada Kogileswaran, mesikpun dicabar dua pemain lawan.
⚽️ 80’ GOAL | 🇲🇾 Malaysia 4-0 Laos 🇱🇦
🎩 Hats off to @safawi37 as he nets his third of the night and 🤸♂️ wheels away in celebration!#AFFSuzukiCup2020 | #RivalriesNeverDie | #MASvLAO pic.twitter.com/iXN1viPRUK
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 9, 2021
Selepas selesai tugasnya, Tan Cheng Hoe bertindak mengeluarkan Safawi Rasid dan menggantikannya dengan Guilherme De Paula, atau lebih mesra disapa sebagai Zul, di kalangan penyokong bola sepak Malaysia.
Walaubagaimanapun, keputusan perlawanan kekal sehingga ke wisel penamat dan Safawi Rasid dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Secara keseluruhannya, Malaysia menguasai perlawanan sebanyak 62 peratus dan berjaya melakukan 14 cubaan ke arah gol lawan, termasuk tujuh tepat ke sasaran.
Hari ini boleh dikatakan hari yang tenang bagi Khairul Fahmi Che Mat di mana dia tidak banyak menerima bola untuk ditepis. Sepanjang perlawanan, dia telah melakukan dua penyelamatan.
Rangkuman Perlawanan