AFF U23 2023: Malaysia 2-1 Indonesia

Skuad bawah 23 tahun Malaysia bermula langkah kanan dalam kejohanan AFF U23 Championship 2023 apabila mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pembukaan kumpulan B ketika bertemu musuh ketat Indonesia.

Lebih manis lagi apabila kemenangan di malam jumaat Malaysia ini ke atas Indonesia diperoleh melalui aksi kebangkitan selepas ketinggalan satu gol dalam perlawnan yang berlangsung di Stadium Rayong Thailand.

Malaysia menguji benteng Indonesia pada minit ketujuh melalui percubaan Aliff Izwan Yuslan namun penjaga gol Garuda lebih bersedia menafikan rembatan itu.

Pada minit ke-29, Indonesia membuka tirai jaringan perlawanan melalui Ramadhan Sananta dengan satu gelecekan yang mengelirukan sebelum disusuli dengan sentuhan penyudah dan kedudukan ini kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung permainan babak kedua, E. Elavarasan yang merupakan pengendali skuad bawah 23 tahun negara telah membuat pertukaran dengan memasukkan Fergus Tierney dan Umar Hakeem bagi menggantikan Harith Akif dan Syahir Bashah.

Malaysia berjaya memperoleh sepakan penalti selepas Fergus Tierney dijatuhkan dalam kotak penalti dan Tierney tiada masalah untuk kembali mengimbangi kedudukan dengan satu sepakan yang tenang pada minit ke-54.

Lapan minit berselang, Fergus Tierney menggandakan kedudukan buat Malaysia dengan satu lagi penyudah yang tenang selepas situasi kelam kabut tercetus di kotak penalti Indonesia.

Malaysia cuba untuk terus menjarakkan kedudukan dan Indonesia pula tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan namun tiada gol tambahan terhasil selepas hampir 9 minit masa kecederaan.

Ternyata percaturan E. Elavarasan memasukkan Fergus Tierney pada separuh masa kedua membuahkan hasil apabila pemain itu menjadi wira kebangkitan negara.

Perlawanan seterusnya, Malaysia akan menentang Timor Leste pada Selasa 22 Ogos 2023.

Kesebelasan Utama Malaysia U23:

Malaysia: Muhammad Rahadiazli Rahalim, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, M. Rakesh, Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal, Nik Umar Nik Azizi @ Nik Aziz, Muhammad Aliff Izwan Yuslan, Mohamad Saiful Jamaluddin, Ruventhiran, Muhamad Syahir Bashah, Muhammad Harith Akif Mohd Shahar, Mohd Aiman Afif Md Afizul

Simpanan: Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri, Muhammad Azim Al Amin Kamaruddin, Muhammad Hariz Mansor, Ahmad Haziq Kutty Abba, Muhammad Muslihuddin ‘atiq Mat Zaid, Muhammad Alif Ikmalrizal Anuar, Muhammad Nadzwin Mohd Salleh, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, Fergus Tierney, Muhammad Abu Khalil, Hazim Abu Zaid, Muhammad Firdaus Hasnoddin

BACA:  Singapura Tidak Akan Parking Bas Dan Mahu Pastikan Harimau Malaya Kempunan