Agak Gila Cara Lukaku Meraikan Kejuaraan Inter Milan

Agak gila juga keraian yang dilakukan oleh penyerang berbisa ketika ini, Romelu Lukaku selepas Inter Milan telah dinobatkan selaku juara Serie A yang sah bagi musim 2020/21.

Kejuaraan ini merupakan Scudetto yang ke-19 dalam sejarah kelab dan telah memotong AC Milan yang menang 18 kali sekaligus menjadi kelab nombor dua paling berjaya selepas Juventus.

Kehadiran Antonio Conte selaku pengurus Inter Milan nyata memberi perubahan yang sangat besar dan padu.

Romelu Lukaku telah meraikan kemenangan ini dengan menyanyikan lagi ‘Championses’ dengan perarakan kereta sendiri melalui sunroof sambil mengibarkan jersi.

Walaupun tiada penyokong menunggu ditepi jalan, Lukaku terus menyanyikan ‘Championses’ sambil mengibarkan jersi disepanjang jalan dengan melakukan pengstriman di laman Instagram.

Bandar Milan bergema dengan nyanyian Lukaku yang sebelum itu telah menyanyi dari balkoni rumahnya.

Inter Milah telah mengesahkan kejuaraan Serie A bagi musim 2020/21 sekaligus menamatkan penguasaan Juventus yang telah menjuarai Scudetto selama 9 musim secara berturut-turut.

Skuad bimbingan Antonio Conte ini secara rasmi bergelar juara dengan 4 perlawanan berbaki selepas Atalanta seri 1-1 menentang Sassuolo.

Dalam perlawanan berlangsung lebih awal, Inter Milan berjaya menewaskan Crotone dua gol tanpa balas dan Atalanta satu-satunya pencabar yang tinggal seri.

Inter Milan mengumpul 82 mata, 13 mata di depan Atalanta telah menamatkan kemarau Scudetto mereka selama 11 tahun.

Kejuaraan sembilan kali Juventus bergelar juara secara berturutan dimulakan oleh Antonio Conte sendiri pada tahun 2012 sebelum disambung Max Allegri dan Maurizio Sarri.

Adakah Antonio Conte akan membawa penguasaan yang sama untuk Inter Milan?

Inter Milan hanya tewas dua kali sahaja musim ini, kalah kepada AC Milan di Milan Derby 2-1 pada Oktober dan tewas kepada Sampdoria pada Januari lalu.

Musim ini jugak menyaksikan Inter Milan telah merekodkan 18 perlawanan tanpa kalah di Serie A dengan 14 kemenangan serta 4 seri di mana 11 kemenangan dicatat secara berturut-turut.

Inter Milan telah memintas AC Milan pada 14 Februari dengan kemenangan di Milan Derby dan sejak itu Inter Milan tidak menoleh lagi dengan terus gayat sehingga bergelar juara.

Juventus bukan sahaja gagal mengekalkan kejuaraan malah gagal untuk memberi saingan dan kini bergelut untuk mencari tempat ke Champions League.

Kali terakhir Juventus bergelar juara pada tahun 2010 di mana Jose Mourinho bersama Samuel Eto’o, Wesley Sneijder dan Patrick Vieira mencatatkan kejuaraan treble.

Pada musim treble Inter Milan telah menjulang trofi Serie A, Champions League dan Coppa Italia dan selepas itu terus sendu.

Seramai 12 orang pengurus termasuklah Claudio Ranieri, Walter Mazzarri dan Roberto Mancini cuba membawa kegemilangan kepada Inter Milan tetapi gagal sehinggalah Conte tiba.

Dalam tempoh sedekad ini Inter Milan pernah menamatkan Serie A ditangga kesembilan, gagal ke perlawanan akhir kejohanan utama dan enam musim terlepas saingan Champions League.

Luciano Spalletti merupakan insan membawa kembali Inter Milan ke pentas Eropah dan Antonio Conte meneruskan penglibatan Inter Milan di Eropah.

Antonio Conte telah membawa Inter Milan muncul naib juara Europa League musim lalu dan itu merupakan perlawanan akhir di Eropah pertama dalam tempoh 10 tahun.

Kempen Champions League Inter Milan musim ini sangat teruk apabila menamatkan saingan kumpulan ditempat tercorot di berlakang Real Madrid, Borussia Monchengladbach dan Shakhtar Donetsk.

Kegagalan memalukan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Inter Milan dengan fokus kepada Serie A dan kini mereka telah bergelar juara.

Mungkin skuad Conte masih mentah dengan penagalaman untuk saingan Champions League musim ini namun mereka masih melalui musim yang cemerlang.

Bekas pemain penyerang Manchester United Romelu Lukaku cemerlang bersama Hakimi, Nicolo Barella dan Cristian Eriksen pada musim ini.

Selepas 34 perlawanan, Romelu Lukaku yang kembali ke prestasi asal telah menjaringkan 21 gol dan 9 assist menjadi nadi utama Inter dan pemain kunci menamatkan penguasaan Juventus.

BACA:  Pemakanan Punca Lukaku Hanya Handal Ketika Di Itali Dan Tidak Di England