Aksi Gelecekan Genius Yang Tidak Masuk Akal De Paula

Lantaran amarah dan kebencian yang mendalam kepada Guilherme De Paula Lucrecio mungkin ramai peminat Harimau Malaya terlepas pandang aksi gelecekan geinus yang tidak masuk akal dari pemain naturalisasi tersebut.

Peminat Harimau Malaya semakin hari semakin meluat dengan aksi Guilherme De Paula Lucrecio bersama skuad kebangsaan ramai mempertikaikan kenapa pemain tersebut masih lagi dipanggil untuk perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan.

Guilherme De Paula Lucrecio dilihat sebagai pemain yang tidak layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya kerana aksinya yang malas dan berat untuk mengejar bola.

Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin diberi peluang untuk bermula dari kesebelasan utama ketika menentang Uzbekistan dan tidak lama untuk Luqman menambat hati peminat.

Sebagai perbandingan Luqman Hakim Shamsudin yang belum mendapat peluang beraksi diperingkat senior bersama kelab Belgium, KV Kortrijk memparkan aksi lebih meyakinkan berbanding Guilherme De Paula Lucrecio.

Tindakan Tan Cheng Hoe mengeluarkan Luqman Hakim Shamsudin dan digantikan dengan Guilherme De Paula Lucrecio nyata menimbulkan rasa tidak puas hati.

Terbukti, Guilherme De Paula Lucrecio bukanlah pemain pilihan netizen seperti yang dilaporkan? Siapa De Paula? Aku tak undi!

Langsung tiada impak dari Guilherme De Paula Lucrecio selepas masuk ke padang, masih malas dan tidak memberi sumbangan seperti biasa.

Namun dipenghujung perlawanan atau lebih tepatnya pada minit ke-89, Guilherme De Paula Lucrecio telah melakukan satu aksi penuh super ajaib.

Guilherme De Paula Lucrecio menerima bola dibahagian kiri padang lalu melakukan gelecekan yang sangat licik sehingga menghantar pemain Uzbekistan ke tanah.

Selepas lolos Guilherme De Paula Lucrecio cuba membawa bola ke depan namun sekali lagi dihalang lalu sekali lagi mempamerkan aksi gelecekan yang genius.

Kemudian aksi terbaik Guilherme De Paula Lucrecio yang bola dianggap sebagai gelecekan terbaik dalam dunia bola sepak berakhir dengan hantaran ke belakang selepas hampir 20 saat bola dikaki.

Hebat bukan? Nikmatilah.

Uzbekistan 5-1 Malaysia

Tumpas dalam kepada Jordan menyaksikan Tan Cheng Hoe membuat beberapa pertukaran pemain bagi memperbaiki kelemahan sebelum ini dalam perlawanan menentang Uzbekistan.

Untuk perlawanan menentang Uzbekistan ini, Tan Cheng Hoe membuat beberapa pertukaran dan merehatkan Guilherme De Paula Lucrecio yang nyata tidak menjadi pilihan netizen.

Luqman Hakim Shamsudin diberi peluang untuk bermula dari kesebelasan utama dan penjaga gol veteran, Khairul Fahmi Che Mat kembali ke gawang menggantikan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.

Sementara itu Kenny Pallraj A/l Davarag dan Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar juga diberikan peluang untuk berada dalam pasukan utama menggantikan Muhammad Ariff Farhan Md Isa dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Uzbekistan terlebih dahulu mencuba dengan melambungkan bola ke dalam kotak penalti namun Khairul Fahmi Che Mat membuat tangkapan pertama dengan penuh yakin.

Permainan Malaysia dalam tempoh 15 minit ini sangat positif berbanding perlawanan menentang Jordan dengan permainan hantaran pendek dan pemain lebih berani menerima bola.

Luqman Hakim Shamsudin membuktikan dengan pantas kenapa beliau layak untuk menggantikan Guilherme De Paula Lucrecio dengan kerja keras beliau membuat pressing dan cuba untuk menembusi benteng lawan.

Uzbekistan nyata pasukan lebih baik tenang lagi tersusun ketika mengaturkan serangan, akhirnya Uzbekistan berjaya berada dihadapan pada minit ke-17.

Dostonbek Khamdamov menjaringkan gol pertama perlawanan dengan satu percubaan jarak dekat menyempurnakan hantaran silang yang menawan.

Pada minit ke-29 Dostonbek Khamdamov menggandakan kedudukan dengan gol kedua peribadi yang juga berpunca daripada kelemahan, kealpaan dan kelalaian barisan pertahanan.

Hantaran silang yang mencari ruang terbuka mencari dua pemain yang tidak dikawal dan mudah disempurnakan Dostonbek Khamdamov.

Empat minit kemudian Husain Norchaev menjaringkan gol ketiga dengan satu sundulan terbang dari jarak dekat. Situasi yang hampir sama ketiga-tiga gol dijaringkan.

Malaysia akhirnya berjaya memperoleh gol pertama melalui pemain perancang, Baddrol Bakhtiar betul-betul dipenghujung separuh masa pertama.

Gol berpunca daripada hantaran Mohd Rizal Mohd Ghazali menemui Mohamad Faisal Abdul Halim yang tidak dikawal yang terus melepaskan rembatan.

Percubaan Mohamad Faisal Abdul Halim telah terkena tiang dan bola melantun tepat kepada Baddrol Bakhtiar yang terus mencuba untuk gol pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan pemain pilihan netizen, Guilherme De Paula Lucrecio masuk menggantikan Luqman Hakim Shamsudin untuk menjadi pemantau padang.

Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Dominic Tan dan Muhammad Ariff Farhan Md Isa masuk menggantikan Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar dan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

Kesilapan dan kerapuhan benteng pertahanan Malaysia berterusan seperti tidak bersempadan apabila Ibrokhimkhalil Yuldashev menjaringkan gol keempat pada minit ke-68.

Selepas gol keempat, Uzbekistan melakukan beberapa pertukaran dan mengurangkan tempo permainan dengan permainan lebih bersahaja dan tenang-tenang sahaja sambil masih cuba mencari gol tambahan.

Muhammad Syafiq Ahmad akhirnya berjaya melakukan percubaan dari luar kotak penalti dengan satu rembatan kencang walaupun beliau agak tergelincir.

Pertahanan Malaysia seperti tidak belajar dari kesilapan dan terus barai di robek Uzbekistan percubaan pertama berjaya ditepis Khairul Fahmi Che Mat.

Namun tindakan susulan dari Azizbek Amanov tidak mampu diselamatkan lagi pada minit ke-88 dan perlawanan tamat dengan keputusan 5-1.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Uzbekistan:

Khairul Fahmi Che Mat,
Mohd Rizal Mohd Ghazali,
Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak,
Muhammad Irfan Zakaria,
Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar,
Muhammad Akram Mahinan, Baddrol Bakhtiar,
Mohamad Faisal Abdul Halim,
Kenny Pallraj A/l Davarag,
Mohamad Hakimi Abdullah,
Luqman Hakim Shamsudin.

Pemain Simpanan:

Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Mohamad Al Hafiz Harun, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Quentin Cheng Jiun-ho, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Syafiq Ahmad, Guilherme De Paula Lucrecio.

Jordan 4-0 Malaysia

Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia akhirnya kembali semula beraksi ke kancah perlawanan antarabangsa selepas tamat kempen kelayakan Piala Dunia 2022 beberapa bulan yang lalu.

Skuad Harimau Malaya bertandang ke Stadium King Abdullah II Amman, Jordan bagi menghadapai tuan rumah dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama sebelum menentang Uzbekistan.

Perlawanan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 ini merupakan satu persediaan buat skuad Harimau Malaya bagi mengharungi saingan Piala AFF dan kelayakan Piala Asia 2023.

Tan Cheng Hoe telah memanggil dan memberi peluang kepada beberapa muka baru untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 ini.

Kontroversi telah tercetus menjelang keberangkatan skuad Harimau Malaya ke Amman, Jordan dengan beberapa insiden yang agak tidak masuk akal.

Pemain Terengganu FC, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni mendapat panggilan tidak dapat dikesan dan gagal untuk melapor diri kerana telah turun ke laut.

Pemain kacukan Malaysia, Dions Johan Cools pula yang dipanggil terpakasa digugurkan kerana dilaporkan mengalami kecederaan namun ajaibnya Cools telah disenaraikan untuk perlawanan bersama kelabnya.

Akhirnya Tan Cheng Hoe hanya membawa 22 orang pemain sahaja ke Amman dengan membawa enam muka baru iaitu penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi; dua pemain Penang FC, Quentin Cheng dan Al Hafiz Harun; dua pemain Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar dan Mukhairi Ajmal Mahadi serta pemain Terengganu FC, Hakimi Abdullah.

urut kembali tersenarai, enam pemain yang pernah dipanggil sebelum ini iaitu penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi Che Mat; kapten Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar; dua pemain Terengganu FC, Arif Fadzilah Abu Bakar dan Faisal Halim serta dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj.

Perlawanan antara Malaysia dan Jordan ini berlangsung dengan penuh kehambaran di mana jelas Harimau Malaya bergelut mendapatkan keserasian.

Jordan juga tidak mempamerkan permainan yang meyakinkan walaupun menguasai perlawanan namun mereka berjaya mendapat gol pendahuluan pada minit ke-34.

Hasil kesilapan pemain pertahanan Malaysia, Muhammad Irfan Zakaria terus dihukum Ali Olwan dengan saturembatan jarak dekat.

Tiga minit sebelum tamat separuh masa pertama, kesilapan dan masalah komunikasi antara Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid menyaksikan mereka berpelukan dipadang.

Ketua pasukan Jordan, Odai Al-Saify tidak melepaskan peluang percuma itu dengan tolakan mudah ke gawang terbuka.

Dua minit bersambung babak kedua menyaksikan skuad Harimau Malaya terus bermurah hati dengan terus memberikan gol percuma kepada Jordan.

Tandukan tidak kemas Muhammad Irfan Zakaria menjumpai Ali Olwan yang tidak dikawal dan mudah menewaskan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid untuk gol ketiga.

Pada minit ke-49 Jordan menjaringkan gol keempat melalui satu lorongan mudah dan Ali Olwan melengkapkan jaringan hatrik beliau untuk membawa pulang bola perlawanan.

Pertukaran dilakukan Tan Cheng Hoe dengan mengeluarkan Guilherme De Paula Lucrecio dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor dengan memasukkan Luqman Hakim Shamsudin dan Mukhairi Ajmal merupakan satu perkara yang paling positif dalam perlawanan ini.

Kemasukan dua pemain muda ini menjadikan permainan Harimau Malaya menjadi sedikit bertamadun dan nampak seperti bermain bola sepak di mana serangan mula mampu dilakukan.

Namun tiada jaringan yang berjaya dihasilkan oleh Harimau Malaya dan Jordan juga tidak menambah jaringan, kedudukan 4-0 kekal hingga tamat permainan.

FT JORDAN πŸ‡―πŸ‡΄ 4-0 MALAYSIA

Ali Olwan 34β€² 47β€² 49β€²
Odai Al-Saify 42β€²

Kesebelasan Utama Malaysia: Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Muhammad Irfan Zakaria, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Muhammad Akram Mahinan, Baddrol Bakhtiar, Mohamad Faisal Abdul Halim, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Muhammad Syafiq Ahmad, Guilherme De Paula Lucrecio.

Pemain Simpanan: Khairul Fahmi Che Mat, Kalamullah Al-hafiz Mat Rowi, Mohamad Al Hafiz Harun, Quentin Cheng Jiun-ho, Mohamad Hakimi Abdullah, Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar, Kenny Pallraj A/l Davaragi, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi.

BACA:Β  Sarawak & Kuantan FA Diarah Segera Selesaikan Masalah Gaji Tertunggak