Aksi Kelakar Dan Tidak Masuk Akal Adrian Mengoyakkan Jiwa Penyokong Liverpool

Aksi kelakar dan tidak masuk akal daripada penjaga gol Liverpool, Adrian nyata telah mengoyakkan jiwa-jiwa penyokong Liverpool yang terlalu riang dan gembira dengan kekalahan 6-1 Manchester United.

Perlawanan antara Manchester United dan Tottenham Hotspur berlangsung lebih awal sebelum tertumpasnya Liverpool di kaki Aston Villa yang bergelut di zon penyingkiran musim lalu dengan jaringan 7-2.

Penyokong Liverpool nyata terkejut dan terperanjat besar dengan dengan kekalahan ini dan terpaksa menelan kembali segala tohmahan dan hinaan yang dilemparkan kepada Manchester United.

Ada yang terus lesap, ada yang membuat U-Turn dan nada kurang ajar menjadi paling sopan yang pernah wujud dan ada cuba menormalisasi kekalahan besar Liverpool dengan bersandarkan kepada kekalahan Setan Merah.

Malah ada yang cuba menutup kemaluan masing-masing dengan istilah bombastik dalam bola sepak dan berubah menjadi Mat Jargon untuk menutup kebodohan masing-masing.

Di kala mereka mentertawakan Harry Maguire yang tanpa segan silu mengekang pergerakan rakan sepasukan, Luke Shaw sehingga membawa kepada jaringan gol lawan, pemain Liverpool lagi teruk kelakarnya.

Adrian yang dipuja-puja selama ini dan diangkat sebagai hebat walaupun lebih kurang Loris Karius menjadi kambing hitam sesetengah peminat Liverpool bagi menutup kesilapan pemain lain.

Bekas pemain pertahanan termahal dunia yang diangkat sebagai pemain pertahanan terbaik dunia juga kelaut lantaran Joseph Gomez berada pada prestasi terburuk dalam perlawanan ini.

Jika pemain pertahanan terbaik masakan sampai tujuh gol bolos? Semua kesalahan seakan tertumpu kepada kepada Adrian.

Yang nyata dan jelas gol pertama adalah daripada kesilapan Adrian yang kelam kabut tanpa sebab ketika mahu mengawal bola lalu cuba menghantar kepada Gomez tetapi kelaut.

Hantaran bola Andrian kepada Gomez tidak sampai dan Jack Grealish pantas memintas dan menyambar bola lalu membuat hantaran kepada Ollie Watkins untuk gol pertama.

Andrian telah melakukan 5 kesilapan yang menyebabkan gol terhasil dan membolehkan lawan memperolehi gol secara percuma dalam hanya 21 perlawanan dalam semua kejohanan.

Jumlah kesilapan yang sama turut dicatatkan oleh Alisson Becker tetapi dalam 92 perlawanan. Secara purata Adrian melakukan satu kesilapan dalam setiap 4 perlawanan.

Adrian turut mempamerkan aksi yang pelik lagi aneh serta bukan-bukan dalam perlawanan menentang Aston Villa ini, mujurlah tidak dihukum lagi.

Ramai mempertikaikan aksi Andrian ini, adakah ini aksi daripada penjaga gol profesional yang bermain bersama pasukan paling hebat di muka bumi ini?

Adrian Hero To Zero

Penjaga gol kedua Liverpool yang dibeli dari West Ham United, Adrian telah menyertai pasukan paling hebat di muka bumi ini bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Simon Mignolet yang telah berpindah.

Empat hari dibeli Andrian telah mendapat peluang untuk membuat penampilan di Premier League bersama Liverpool selepas penjaga gol terhebat didunia ini, Alisson Becker mengalami kecederaan.

Sembilan hari selepas menyertai Liverpool, Andrian telah menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan penalti Tammy Abraham sekaligus membolehkan Liverpool menjulang UEFA Super Cup dan menjadi kelab teragung di Eropah.

Pada awal ketibaan Adrian beliau telah diangkat sebagai wira apabila membantu Liverpool menjulang UEFA Super Cup dengan menyelamatkan sepakan penalti Tammy Abraham.

Skrip perlawanan UEFA Super Cup hampir sama dengan kisah malam kebangkitan Istanbul Liverpool dengan aksi kebangkitan Liverpool selepas ketinggalan dan menang dipenentuan sepakan penalti.

Kesilapan ketika menentang Chelsea di pusingan kelima FA Cup musm 2019/20.

Kesilapan ketika menentang Southampton.

BACA:Β  Liverpool Digesa Supaya Lupakan Niat Untuk Dapatkan Vida