Liverpool Digesa Supaya Lupakan Niat Untuk Dapatkan Vida

Bekas pemain Liverpool, Steve Nicol menggesa Liverpool supaya melupakan niat mereka untuk mendapatkan pemain pertahanan Besiktas, Domagoj Vida dan mengalihkan sasaran mereka kepada kapten Uruguay, Diego Godin.

Vida merupakan sebahagian daripada skuad Croatia yang beraksi cemerlang dalam Piala Dunia 2018. Bersama Dejan Lovren di bahagian tengah pertahanan, beliau berjaya membantu Croatia layak sehingga perlawanan akhir sebelum dikecewakan Perancis.

Vida ni tidak boleh pakai

Berikutan persefahaman mantap yang dipamerkan Vida dan Lovren di Russia, spekulasi mula bertiup kencang mengatakan Liverpool mungkin akan cuba membawa masuk Vida ke Anfield untuk kembali bersatu dengan Lovren di peringkat kelab.

Walaupun demikian, bekas full-back Liverpool, Steve Nicol menolak idea tersebut dan menggesa bekas pasukannya itu supaya mensasarkan Godin untuk memperkuatkan bahagian pertahanan Liverpool yang agak longgar musim lepas.

Vida menjadi sasaran beberapa kelab utama Eropah berikutan persembahan cemerlang beliau dalam Piala Dunia 2018.

West Ham dan Everton dikhabarkan berminat dan harganya juga tidaklah terlalu tinggi sekitar £20 juta sahaja. Klopp mungkin melihat Vida sebagai pilihan yang lebih ekonomi memandangkan Liverpoolsudah berbelanja besar dengan mendapatkan Fabinho dan Alisson.

Alang-alang nak beli centre back, baik beli Godin

Nico merasakan Vida bukan pemain yang akan membawa Liverpool ke tahap yang lebih tinggi. Bagi membolehkan Liverpool mencapai tahap yang lebih tinggi musim depan, Nicol menggesa Klopp supaya memancing Godin dari Atletico Madrid. Tambahan pula, Godin hanya mempunyai baki setahun dalam kontraknya.

“Saya katakan tidak kepada niat Liverpool untuk mendapatkan Vida. Jika saya berada di tempat Klopp sekarang, saya akan pergi ke Atletico Madrid dan cuba mendapatkan Diego Godin.” Ujar Nicol kepada ESPN.

“Godin mungkin mempunyai 2 musim lagi di tahap tertinggi dan beliau merupakan pemain yang mampu menyelia bahagian pertahanan dengan cukup cemerlang.”

Nicole juga tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan Liverpool berada di tahap yang lebih bawah daripada Atletico Madrid.

“Liverpool mara ke final Liga Juara-Juara Eropah musim lepas. Siapa yang mara lebih jauh musim lepas, Liverpool atau Atletico Madrid ?”

“Berapa kali Atletico Madrid memenangi pertandingan tersebut ? Kosong. Berapa kali Liverpool memenangi pertandingan tersebut ? Lima. Menyertai Liverpool bukan langkah ke belakang.”

Setakat ini, Liverpool telah menandatangani empat pemain baru bagi menghadapi musim hadapan. Fabinho, Alisson, Naby Keita, dan Xherdan Shaqiri telah dibawa masuk lebih awal dan Klopp dijangka akan berhenti setakat itu sahaja.

Perjanjian Nabil Fekir ke Liverpool dibatalakan pada saat akhir kerana rekod kesihatan Fekir yang kurang cantik

Liverpool hampir menandatangani Nabil Fekir dari Lyon sebelum Piala Dunia bermula tetapi ia tergendala kerana Liverpool risau dengan rekod kesihatan Fekir.

Sekiranya Liverpool menghidupkan kembali perjanjian tersebut, Nicole percaya Fekir tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk bermain dalam sistem Klopp.

“Saya suka Nabil Fekir. Beliau mempunyai kebolehan yang bagus, dan juga mampu menjaringkan gol dengan banyak. Beliau mempunyai bakat yang hebat dan pemain yang mengujakan untuk dilihat.”

BACA:  UEFA Senaraikan Man Utd Sebagai 10 Kelab Terbaik Eropah Dalam Ranking Terbaru