Aksi Penyelamatan Berkelas Dunia Dion Cools Memukau Peminat Seluruh Dunia

Bintang FC Midtjylland, Dion Cools berjaya melakukan aksi penyelamatan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika bertemu AaB Fodbold awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan dipertemukan dalam aksi di pusingan 16 terbaik dalam saingan Sydbank Pokalen (Piala Denmark) di MCH Arena.

Midtjylland berjaya mara ke peringkat 16 terbaik selepas mereka menewaskan Kjellerup IF 5-0, sementara AaB Fodbold pula mara selepas menewaskan Lyngby 4-0.

Kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang agak sengit dengan pemenang hanya mampu ditentukan selepas perlawanan di bawa ke masa tambahan.

Perlawanan dilihat agak seimbang dalam aksi 90 minit pertama selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.

Namun selepas masuk Dion Cools dimasukkan, Midtjylland dilihat mula mendominasi permainan, dan mereka berjaya menjaringkan dua gol untuk menewaskan AaB Fodbold 3-1.

Aksi babak pertama dalam perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, dengan kedua-dua pasukan berjaya mempamerkan aksi serang menyerang yang menarik.

Joel Andersson berjaya membuka tirai jaringan untuk FC Midtjylland pada minit ke-56 permainan, hasil umpanan dari Pione Sisto.

Kedua-dua pasukan kemudiannya gagal untuk menjaringkan sebarang gol, dengan perlawanan juga berlangsung agak seimbang.

Ketika para pemain FC Midtjylland merasakan yang mereka sudah menang, dengan perlawanan sudah masuk ke masa kecederaan, Louka Prip berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-94 permainan.

Aksi babak kedua tamat dengan kedudukan seri 1-1 dan perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan untuk menentukan pemenang.

Dion Cools dibawa masuk menggantikan penjaring gol dalam perlawanan ini, Joel Andersson pada minit pertama aksi tambahan masa.

Sebaik di bawa masuk beliau berjaya memberikan impak yang sangat positif dengan Midtjylland berjaya menjaringkan dua gol untuk mengesahkan kemenangan 3-1.

Pada minit ke-103, Midtjylland berjaya mendahului permainan selepas Evander meledak gol untuk mereka mendahului 2-1.

Pada minit ke-110, giliran Gustav Isaksen pula mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini, seterusnya mengesahkan kemenangan 3-1 Midtjylland menewaskan Aab Fodbold.

Dion Cools juga berjaya melakukan aksi penyelamatan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan ini, seterusnya menyelamatkan gawang gol Midtjylland dari dibolosi.

Frederick Borsting ketika itu melakukan hantaran lintang masuk ke kotak penalti Midtjylland untuk mencari Iver Fossum yang sedang menunggu di belakang Dion Cools.

Pemain kebangsaan Malaysia itu cuba melompat untuk menanduk keluar bola tersebut, namun ia terlalu tinggi dan tepat menemui kepala Iver Fossum.

Iver Fossum kemudiannya menanduk padu bola menuju ke arah gawang gol Midtjylland, namun bola tersebut berjaya dihalang oleh Dion Cools.

Apa yang menariknya, Cools ketika itu sudah melompat dan sedang terapung di udara, dan beliau sempat mengangkat kakinya untuk menghalang bola tersebut dari menuju ke arah gawang gol Midtjylland.

Ia merupakan aksi penyelamatan yang sungguh luar biasa menakjubkan, dan seandainya beliau melepaskan bola tersebut, potensi untuk ia berakhir di dalam jaring adalah sangat tinggi.

Para pemain AaB Fodbold sendiri tepuk dahi melihat bola tersebut berjaya dihadang dan peluang untuk mereka memperoleh gol dalam perlawanan ini dinafikan oleh Dion Cools.

Reaksi dari pengulas perlawanan sudah cukup untuk menunjukkan betapa pentingnya aksi penyelamatan yang dilakukan oleh Cools itu dalam membantu skuadnya mengelak dari dibolosi.

Dan seandainya bola itu berjaya disudahi dengan jaringan, keputusan perlawanan juga jelas sekali tidak akan sama.

Midtjylland berjaya menewaskan AaB Fodbold dengan keputusan 3-1, seterusnya melayakkan diri mereka untuk mara ke peringkat suku akhir.

Dion Cools pada musim ini telah membuat sembilan penampilan bersama FC Midtjylland, dengan empat darinya beliau beraksi sebagai pemain utama.

Pemain berusia 25 tahun itu jelas menunjukkan peningkatan dalam aksinya dan beliau sering berfungsi ketika skuad benar-benar memerlukan khidmatnya.

Sumber: FC Midtjylland

BACA:Β  "Saya Minta Maaf"- Dion Cools Mengaku Pamer Aksi Hambar Bertemu Singapura