Gol Safawi dan Cools Letakkan Harimau Malaya Sebelah Kaki Ke Piala Asia

Perlawanan bermula dengan agak seimbang di mana kedua-dua pasukan dilihat settle down dengan begitu awal. Malaysia menerusi trio serangan Safawi Rasid, Arif Aiman serta Syafiq Ahmad dilhat begitu rancak melancarkan serangan ke arah kubu Bangladesh manakala pasukan lawan pula dlihat dengan tenang mengatur perlawanan.

Segalanya berubah pada minit ke 16 apabila Matthew Davies diterjah oleh pertahanan Bangladesh di dalam kotak penalti dan pengadil tidak teragak-agak untuk menganugerahkan sepakan penalti kepada Harimau Malaya.

Safawi Rasid yang ditugaskan untuk mengambil sepakan teresebut tidak mempunyai masalah apabila merembat padu ke sebelah kiri penjaga gawang Bangladesh. Gol ini ternyata menaikkan lagi semangat pemain Malaysia yang dilihat semakin garang melancarkan serangan.

Pada minit ke-19, Safawi sekali lagi hampir menjaringkan gol kedua Malaysia apabila bola lontaran ke dalam daripada Corbin Ong ditanduk padu oleh pemain sayap JDT ini di dalam kotak enam ela. Namun sayang, tandukannya dapat ditepis keluar oleh penjaga gol lawan.

Syafiq Ahmad juga turut hampir berjaya menggandakan kedudukan buat Malaysia pada minit ke-28 namun sepakan separa akrobatik pemain ini sedikit tersasar daripada gol Bangladesh.

Pada minit ke-30, Bangladesh berjaya menyamakan kedudukan. Gol berpunca daripada lontaran ke dalam yang sangat padu ke dalam kotak penalti Malaysia, dan pemain berjersi nombor 11 melakukan flick header sebelum ditanduk laju oleh pemain berjersi nombor 19, Mohammad Ibrahim yang telah disepak secara tidak sengaja oleh seorang pemain Malaysia.

Tidak meratapi gol lawan, Malaysia terus menerus melakukan serangan bertali arus dan pada minit ke-35, Safawi yang menerima umpanan leret dari sebelah kanan daripda Arif Aiman telah melakukan satu turn yang sangat cantik dan melepaskan rembatan ke arah gol Bangladesh dalam kotak enam ela, namun sepakan tersebut disekat oleh kaki pertahanan lawan.

Dion Cools menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil pada minit ke 40, apabila rembatan kaki kirinya tidak dapat ditahan dengan kemas oleh penjaga gol Bangladesh, lalu menerjah gawang.

Gol ini merupakan gol pertama kalinya Cools buat pasukan Harimau Malaya.

Serangan bertali arus Malaysia diteruskan sehingga tamat babak pertama dan tiada gol ketiga hadir walaupun hampir-hampir 2-3 gol tambahan terhasil.

Syafiq Ahmad berjaya melakukan tandukan padu selepas menerima umpanan daripada Matthew Davies pada minit ke-45, tetapi sekali lagi dikecewakan oleh penjaga gol Bangladesh yang beraksi begitu cemerlang menafikan cubaan demi cubaan daripada barisan serangan Malaysia.

Malaysia masuk ke bilik persalinan untuk waktu rehat separuh masa dengan keyakinan yang tinggi hasil daripada persembahan yang mengkagumkan.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Bangladesh

Perlawanan Malaysia bertemu Bangladesh merupakan salah satu perlawanan penting dalam sejarah bola sepak Malaysia di mana Harimau Malaya berpeluang layak ke Piala Asia 2023.

Kali terakhir Harimau Malaya bermain di pentas Piala Asia adalah pada tahun 2007 dan mendapat kelayakan beraksi selepas menjadi tuan rumah bersama, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Kali terakhir Malaysia layak secara merit adalah pada tahun 1980 yang berlangsung di Kuwait kira-kira 42 tahun yang lalu.

Sepanjang kewujudan kejohanan Piala Asia ini hanya 3 kali Malaysia berjaya melayakkan diri kali pertama pada 1976 di Iran, 1980 dan 2007.

Dalam ketiga-tiga edisi Malaysia layak ini, Harimau Malaya gagal melepasi peringkat kumpulan dan paling cemerlang di tahun 1980.

Kini peluang Malaysia masih cerah untuk layak dengan syarat mudah hanya menang ke atas Bangladesh selepas Palestin menghulurkan bantuan secara tidak langsung.

Kemenangan besar Palestin ke atas Filipina sebentar tadi bermakna laluan skuad Harimau Malaya ke Piala Asia 2023 menjadi semakin mudah dan luas.

Jumlah jaringan yang besar membolosi Filipina bermakna Malaysia akan muncul naib juara Kumpulan E sekiranya tidak tewas kepada Bangladesh, dan mengatasi Filipina dari segi kelebihan gol.

Yang pasti pemain yang bakal diturunkan oleh Kim Pan Gol menentang Bangladesh ini dinanti-nanti ramai selepas melakukan rombakan pada perlawanan menentang Bahrain.

Percaturan Kim Pan Gon menjadi dan kesilapan sendiri memberi kemenangan kepada Bahrain serta kemasukan Guilherme de Paula terus dipertikaikan kerana menjadi beban kepada pasukan.

Yang pasti penyokong tiada masalah dengan dengan senarai kesebelasan utama asalkan De Paula tidak diturunkan dan sekali lagi perubahan dilakukan Kim Pan Gon.

Muhammad Safawi Rasid, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhamad Nor Azam Abdul Azih dan Mohamad Faisal Abdul Halim kembali memperkasakan jentera serangan.

Dan paling dinantikan adalah persembahan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang menggantikan Farizal Marlias.

Berikut merupakan kesebelasan utama Malaysia vs Bangladesh:

Penjaga Gol

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

Pertahanan

Corbin-ong La’vere Lawrence
Matthew Davies
Dion-johan Cools
Shahrul Mohd Saad

Tengah

Mohamed Syamer Kutty Abba
Muhamad Nor Azam Abdul Azih
Mohamad Faisal Abdul Halim

Penyerang

Muhammad Syafiq Ahmad
Muhammad Safawi Rasid
Arif Aiman Mohd Hanapi

Simpanan

Mohd Farizal Marlias
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
Ahmad Khuzaime Piee
Dominic Tan Jun Jin
Ruventhiran A/l Vengadesan
Safiq Rahim
Guilherme De Paula Lucrecio
Muhammad Nazmi Faiz Mansor
Darren Yee Deng Lok
Mohamadou Sumareh
Muhammad Akhyar Abdul Rashid

BACA:  Harimau Malaya Dirompak Pengadil Lagi