Perkataan Bahasa Melayu Pertama Dion Cools Belajar

Dion Johan Cools merupakan pemain pertahanan Harimau Malaya yang mempunyai darah keturunan campuran, Malaysia dan Belgium.

Mungkin ramai yang nak tahu agak-agaknya Dion Cools pandai tak cakap Melayu dan apa agaknya perkataan pertama yang dia belajar.

Jangan terkejut bila mendengar perkataan bahasa Melayu pertama yang dia belajar sebab ia memang perkataan yang sangat terkenal di negara ini.

Tapi sebelum kita pergi ke perkataan bahasa Melayu pertama Cools belajar baik kita berkenalan dulu dengan dia secara lebih dekat.

Kenali Dion Johan Cools

Dion Johan Cools dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 4 Jun 1996. Bapanya berasal dari Belgium dan ibunya pula anak kelahiran Malaysia dari Sarawak.

Pemain posisi bek kanan ini memulakan karier bola sepak bersama Tempo Overijse sebelum berpindah ke OH Leuven pada usia 9 tahun.

Dion Cools kemudiannya telah menyertai pasukan remaja Anderlecht pada 2010 dan kembali semula bersama akademi remaja OH Leuven pada 2013.

Pada 3 Ogos 2014, Cools membuat penampilan sulung bersama pasukan senior OH Leuven yang beraksi di Liga Divisyen kedua Belgium di bawah bimbingan jurulatih Ivan Leko.

Dion Cools berada dalam kesebelasan utama untuk perlawanan menentang Racing Mechelen. Selepas itu Cools mula menjadi pemain utama walaupun selepas pemecatan Leko.

Di bawah bimbingan ketua jurulatih baru, Jacky Mathijssen pada bulan Disember 2014, Cools tetap menjadi pemain permulaan di skuad utama.

Pada bulan Mei 2015, dia turut beraksi untuk OH Leuven di pusingan akhir untuk promosi. Cools tidak terlepas satu minit pun dalam perlawanan pusingan akhir dan memenangi promosi ke Divisyeb pertama Belgium.

Pada 23 Jun 2015, Cools telah diikat oleh Club Brugge yang beraksi di Jupiler Pro League merupakan liga divisyen pertama Belgium, liga di mana Luqman Hakim berkelana sekarang.

Cools menjadi pemula di bawah ketua jurulatih Michel Preud’homme pada musim 2016-17 kerana prestasi buruk oleh bekas pemain antarabangsa Belanda Ricardo van Rhijn.

Cools juga kekal sebagai pemain utama di bawah jurulatih baru Ivan Leko, di mana mereka pernah bergandingan di OH Leuven. Kehadiran Clinton Mata menyebabkan Cools kehilangan tempatnya.

Bersama Club Brugge selama lima musim, Dion Cools berjaya merangkul dua kali gelaran liga dan dua kali Belgian Super Cup.

Pada 31 Januari 2020, Cools menandatangani kontrak tiga tahun bersama Midtjylland yang beraksi di Superliga Denmark.

Dion Cools membuat debut pada 17 Februari ketika Midtjylland menang 2-0 ke atas Lyngby.

Cools menjaringkan gol pertamanya untuk Midtjylland pada 14 Februari 2021, satu-satunya gol perlawanan tersebut menentang Horsens di Superliga.

Beliau kini beraksi bersama SV Zulte Waregem dalam aksi saingan liga bola sepak Belgium.

Dion Cools sertai skuad kebangsaan Malaysia

Pada 1 Jun 2021, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), secara rasmi telah memperkenalkan pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya.

Satu nilai tambah yang begitu berharga yang ada pada Dion Cools yang ketika itu beraksi di Liga Denmark, Danish Superliga bersama pasukan FC Midtjylland.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) proses penukaran status pasukan negara Dion Cools dari Belgium ke Malaysia sebenarnya sudah berjalan lama selepas Dion Cools sendiri telah menyatakan bahawa beliau berminat dan bersetuju untuk memilih Malaysia sebagai negara yang ingin diwakilinya di peringkat senior ini.

Biarpun telah mewakili Belgium bagi skuad B-18, B-19 dan B-21 negara berkenaan, Dion Cools masih layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya dengan perlunya untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Status Pemain FIFA dengan syarat beliau tidak pernah beraksi bersama skuad senior kebangsaan Belgium.

Syarat lain juga telah dipenuhi apabila beliau lahir di Malaysia dan ibunya juga merupakan warganegara Malaysia.

Bagi mendapatkan perincian mengenai perlawanan Dion Cools bersama pasukan bola sepak Belgium, FAM telah beberapa kali menghantar surat secara rasmi kepada Persatuan Bolasepak Belgium (RBFA).

Setelah FAM menerima bantuan FIFA, RBFA telah pun membalas permintaan FAM dengan memberikan perincian berkenaan penglibatan Dion Cools dalam skuad B-18 dan B-19 Belgium dari 2014 hingga 2015 dan skuad B-21 Belgium dari 2016 hingga 2019 bersama senarai perlawanan, selain mengesahkan bahawa Dion Cools tidak pernah beraksi dalam mana-mana perlawanan rasmi bersama skuad senior kebangsaan Belgium.

FAM kemudiannya telah membuat permohonan kepada Jawatankuasa Status Pemain FIFA dengan melampirkan dokumen-dokumen berkaitan pemain bersama surat perincian yang diterima daripada RBFA.

Setelah membuat penelitian terhadap asas-asas yang diguna pakai dan dokumen-dokumen berkaitan, Jawatankuasa Status Pemain FIFA akhirnya telah membuat keputusan untuk meluluskan permohonan tersebut.

Selepas mendapat kelulusan FIFA, FAM dengan segera mendaftarkan nama Dion Cools dalam senarai awal pendaftaran pemain bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan selepas ia diluluskan FIFA dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), barulah FAM boleh mengumumkan secara rasmi Cools sebagai pemain Harimau Malaya.

Insan yang berada yang memainkan peranan penting untuk meyakinkan Dion Cools untuk memilih Malaysia adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Perkataan Melayu pertama Dion Cools belajar

Terdapat satu video yang sedang berlegar di laman media sosial pada ketika ini, yang memperlihatkan seseorang (mungkin Junior Eldstal) bertanya kepada Cools perkataan pertama yang beliau belajar.

Dalam video tersebut, Cools yang sedang baring santai telah ditanya perkataan bahasa Melayu yang beliau tahu.

Tanpa berfikir panjang, Cools segera menjawab:

“Buto!”

Cools dan Junior kemudiannya sama-sama ketawa kerana terhibur dengan perkataan tersebut.

Siapa yang ajar dia perkataan ni? Kira ok lah tu boleh dia maki pengadil dekat Belgium dengan perkataan tu kan, sebab mana pengadil tu paham buto tu apa.

BACA:  Dion Cools Antara Pemain Buriram Dan Zhejiang Bakal Terima Hukuman AFC Selepas Pergaduhan Ketika Aksi ACL