Aksi Pogba Berlatih Bersama Juventus Membuktikan Beliau Sudah Kembali Menemui Sentuhan Terbaiknya

Paul Pogba dilihat sudah berjaya menemui sentuhan terbaiknya ketika sedang menjalani sesi latihan bersama skuad Juventus.

Bintang Perancis itu dilihat menunjukkan skill yang sungguh luar biasa dasyat dan para peminat sangat teruja melihat apa yang beliau persembahkan itu.

Pemain berusia 29 tahun itu kembali ke Turin pada musim panas ini selepas kontraknya bersama Man United tamat pada penghujung musim lalu.

Karier kedua beliau bersama Manchester United sepertinya berakhir dengan kegagalan dengan Pogba gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan.

Beliau merupakan antara pemain yang teruk dihentam seandainya Man United mencatatkan keputusan buruk sebelum ini.

Para penyokong juga menganggap beliau sebagai pemain yang toksik dan sememangnya patut disingkirkan dari kelab.

Beliau juga tentunya sangat berharap agar kepulangan semulanya ke Turin akan membantu beliau mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Pogba sepertinya sangat gembira dan turut sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Tular satu video yang menunjukkan bagaimana hebatnya skill yang dipersembahkan oleh pemain midfield itu.

Beliau menerima bola lalu melakukan skill yang dasyat untuk memintas seorang pemain sebelum beliau kemudiannya melakukan flick untuk memperdaya seorang lagi pemain.

Sejak rakaman itu tular, para peminat hangat membincangkan tentang hal tersebut di laman media sosial.

“Oh tuhanku…. Pogba sudah kembali, saya yakin Pogba sudah kembali dan beliau akan dapatkan semula kemuncak prestasi dia.”

“Jauh berbeza kalau kita lihat Pogba bersama Man United dan Pogba bersama Juventus, kita akan dapat saksikan kehebatan dia selepas ini.”

“Wow, skill yang dasyat dan dia lakukan dengan sangat sempurna.”

“Sungguh dasyat, memang menakjubkan, dia boleh lakukan skill itu dengan sangat sempurna.”

“Jelas sekali Man United bukan tempat yang sesuai untuk Pogba, dia sangat gembira berada di Turin dan kerana itulah dia mampu dapatkan tahap persembahan terbaik dia.”

Pogba sepertinya sudah sangat bersedia untuk diturunkan beraksi pada musim baharu nanti, dengan para peminat juga turut tidak sabar mahu melihat impak beliau bersama skuad The Old Lady itu.

Ketika sesi sidang media pertama beliau bersama Juventus, Pogba menegaskan yang beliau bertekad mahu melakukan yang terbaik untuk kelab.

“Saya percaya pada takdir, saya gembira dengan semua pilihan yang saya buat. Itulah kehidupan. Saya gembira sekarang. Siapa tahu, andai saya menang, pilihan mungkin berbeza sekarang.”

“Ketika kamu bermain untuk pasukan dan dia tukar pengurus setiap musim, ia sebenarnya sangat sukar.”

“Memang betul kadang kala saya mengalami kecederaan. Ia sebenarnya merangkumi segalanya. Pengurus, pasukan, perubahan peranan, semua ini sedikit mengganggu saya.”

Pemain midfield itu kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Sekarang adalah Paul yang berbeza, Paul berbeza dan semoga saja, saya tidak akan kerap cedera, saya akan selalu cergas dan akan bermain di posisi saya, lakukan yang lebih baik dari musim lalu.”

Ketika karier pertamanya bersama Juventus, Pogba ketika itu berjaya menjaringkan 34 gol dari 178 penampilan dalam semua pertandingan.

Beliau ketika itu sering mendapat pujian yang menggunung dari pelbagai pihak dan turut dianggap sebagai antara pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak.

Dengan Piala Dunia akan dilangsungkan tidak lama lagi di Qatar, Pogba jelas sekali akan sangat berharap agar beliau akan kembali mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.

Beliau jelas sekali mahu sedaya upaya membantu skuad kebangsaan Perancis, untuk sekali lagi memenangi piala paling berprestij dalam dunia bola sepak itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Paul Pogba Dimaki Penyokong Sendiri Selepas Tewas Mengejut Kepada Cardiff