Para penyokong Liverpool mungkin akan sedikit terkejut selepas mengetahui yang Diogo Jota bukanlah nama sebenar pemain penyerang kesayangan mereka itu.
Jota yang kini telah berjaya menjaringkan 33 gol dari 71 penampilan untuk Liverpool dari awal beliau ditandatangani pada 2020 lalu itu sebenarnya hanya menggunakan nama samaran beliau sahaja.
Ketika karier remajanya, beliau dikenali dengan nama yang berbeza dari nama Diogo Jota yang para peminat kenal sekarang.
The real story behind Diogo Jota’s name change and fascinating reason why Liverpool star was known as ‘Silva’ at Wolves https://t.co/ZmFziidzsf pic.twitter.com/XRR5nUMJW8
— SPORTS CIRCUS INT. (@SPORTSCIRCUSINT) April 8, 2022
Pemain berusia 25 tahun itu dilahirkan di Massarelos di Porto pada tahun 1995 yang lalu dengan nama sebenar beliau yang diberikan oleh ibu bapanya adalah Diogo Jose Teixeira da Silva.
Ketika beliau memulakan karier bola sepaknya, beliau nemilih untuk menggunakan nama samaran ‘Diogo J’ di belakang jersinya untuk membezakan dirinya dari pemain lain dalam skuad.
Ia kerana terlalu ramai pemain yang menggunakan nama Silva itu kerana ia nama yang cukup terkenal di kalangan warga Portugal.
Di Portugal, huruf ‘J’ disebut dengan cara seperti mana nama Jota disebut dengan kata-kata.
Ia disebut dengan ‘J’ yang keras, tidak sama seperti di Sepanyol yang mana nama Jota itu akan disebut dengan bunyi ‘H’ seperti bekas bintang Brentford, Birmingham dan Aston Villa, Jota.
His name is Diogo José Teixeira Da Silva
Jota means “J” in Portuguese
His name would be listed as Diogo J. when he was younger
So he literally called himself Diogo Jota lmao
— The Steady Gooner (@thesteadygooner) April 11, 2022
Dengan Diogo Jota memilih untuk meletakkan huruf ‘J’ dibelakang jersinya, nama itu kemudiannya menjadi gelaran beliau di kalangan rakan sepasukannya.
Ketika Jota mula-mula menyertai Wolves dari Atletico Madrid sebagai pemain pinjaman pada tahun 2017, beliau ketika itu menggunakan nama ‘Silva’ di helakang jersinya berbanding ‘Diogo J’ seperti kebiasaannya.
Wolves kemudiannya menjelaskan yang Jota menggunakan nama ‘Silva’ itu kerana mereka mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh EFL, yang mana semua pemain mestilah menggunakan nama sebenar mereka pada jersi masing-masing.
Sebaik Wolves di promoted ke saingan Premier League pada musim 2018/19, Jota sekali lagi dibenarkan untuk menggunakan nama samaran beliau dengan beliau memilih untuk menggunakan nama Diogo Jota.
Nama yang sama juga beliau gunakan ketika kariernya di Anfield dengan para peminat lebih mengenali beliau sebagai Diogo ‘J’ (Jota) berbanding Diogo Jose Teixeira da Silva.
WAKTU PENUH #PremierLeague: Manchester City 2-2 Liverpool FC
Gol:
⚽ 5' Kevin De Bruyne
🅰️ 5' Bernardo Silva
⚽ 37' Gabriel Jesus
🅰️ 37' Joao Cancelo
___
⚽ 13' Diogo Jota
🅰️ 13' Trent Alexander-Arnold
⚽ 46' Sadio Mane
🅰️ 46' Mohamed SalahPenguasaan bola: 🔵 55% – 45% 🔴 pic.twitter.com/sjrhEpDpmH
— Jadwal, Hasil, dan Klasemen Liga Champions (@LigaChampions_) April 10, 2022
Jota dianggap pemain Portugal terhebat dalam dunia bola sepak hari ini
Pemain penyerang Liverpool, Diogo Jota kini dianggap sebagai pemain Portugal terhebat dalam dunia bola sepak.
Atas kemampuan yang dipersembahkan dan sumbangan yang disumbangkan, tiada dakwa dakwi lagi Jota jauh meninggalkan pemain Portugal lain dari segi prestasi, terutama dalam saingan Premier League.
Beliau mungkin tidak memiliki nama yang besar seperti Cristiano Ronaldo atau Bruno Fernandes, namun jika dilihat dari aksi beliau pada ketika ini, Jota berhak untuk lebih disanjungi.
Diogo Jota's Liverpool record:
🔴 60 appearances
⚽️ 30 goalsA goal every other game. 🔥 pic.twitter.com/LpqqI0hHka
— William Hill (@WilliamHill) February 10, 2022
Beliau ditandatangani oleh Liverpool pada musim panas 2020 dengan yuran perpindahan bernilai €44.70 juta dari Wolves.
Tidak dinafikan yang bekas bintang Atletico Madrid itu berjaya meninggalkan impak yang segera dan membuktikan kepada peminat bahawa beliau merupakan penandatanganan yang tepat.
Kemampuan beliau dalam menjaringkan gol tidak boleh dipertikaikan lagi dengan Jota dianggap antara penyerang paling tajam dalam dunia bola sepak hari ini.
Dari 28 penampilan dalam saingan Premier League sepanjang musim ini, beliau berjaya menjaringkan 15 gol untuk berada di kedudukan ketiga sebagai penjaring terbanyak.
Jota hanya lima gol sahaja dipisahkan dari Mohamed Salah yang sedang mendahului senarai penjaring terbanyak saingan Premier League musim ini.
Diogo Jota is the only Premier League player to score 3+ goals with his left-foot, his right-right foot and his head this season:
◉ 5 left-foot
◉ 3 right-foot
◉ 3 headersHe can do it all. 👏 pic.twitter.com/knZbkyuHWd
— Squawka (@Squawka) February 10, 2022
Lebih menarik lagi, beliau turut berjaya menjaringkan gol dalam semua pertandingan yang beliau sertai bersama Liverpool sepanjang musim ini.
Selain 15 gol dalam saingan Premier League, Jota turut berjaya menjaringkan satu gol dalam saingan Champions League dan FA Cup, dan beliau turut berjaya menjaringkan tiga gol dalam saingan Carabao Cup untuk bantu Liverpool mara ke perlawanan akhir kejohanan tersebut.
Melihat kepada statistik, rekod serta persembahan yang beliau persembahkan, sepertinya tiada dalil untuk mana-mana individu menolak yang beliau merupakan pemain Portugal paling berprestasi pada ketika ini.
Memandangkan beliau baru berusia 25 tahun, agak cerah sebenarnya peluang untuk Jota menjadi pengganti Ronaldo yang kini sudah dihujung kariernya, untuk memimpin skuad Portugal.
17 – Diogo Jota has now scored 17 goals across all competitions for Liverpool this season; already his most in a single campaign while playing for a Premier League club. Explosion. pic.twitter.com/ZGLCkbJOcR
— OptaJoe (@OptaJoe) February 10, 2022
Beliau jelas sekali berjaya memikul tugas sebagai penyerang utama dengan sangat baik sepanjang ketiadaan dua mesin pencetak gol Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane yang sebelum ini berada di Cameroon untuk beraksi dalam saingan AFCON.
Sumber: SPORTbible