Bekas pengurus Manchester United yang berstatus legenda, Sir Alex Ferguson berpendapat pemisahan liga dengan pembentukan European Super League (ESL) merupakan satu pengakhiran kepada sejarah bola sepak selama 70 tahun.
Sejarah bola sepak yang mengambil masa selama 70 tahun untuk dicipta akan lenyap begitu sahaja terutamanya bagi peminat Champions League yang wujud sejak 1955 kira-kira 66 tahun lalu.
Hampir 70 tahun kewujudan Champions League, Liverpool hanya menang 6 kali, Manchester United menang 3 kali dan Real Madrid paling banyak pun 13 kali.
Sir Alex Ferguson has called the European Super League an end to "70 years of European football history" #mufc https://t.co/HfgBTyiOpc pic.twitter.com/ldWtZhII5n
— Man United News (@ManUtdMEN) April 19, 2021
Real Madrid, Liverpool dan Manchester United mengambil masa hampir 70 tahun untuk mengecap jumlah gelaran diraih mereka dan ada lagi pasukan masih berusah untuk meraihnya.
Sir Alex Ferguson yang memenangi gelaran dua kali Champions League bersama Manchester United telah meluahkan perasaan bagaimana beliau sangat menikmati malam istimewa di Champions League.
“Super League ni sebenarnya adalah satu bid’ah yang lari daripada sejarah kelab bola sepak Eropah selama 70 tahun,” kata Pak Alex dengan lagak gaya seorang ustaz selebriti.
“Aku sebagai pemain di kelab pendalaman Dunfermline pada tahun 60an dan juga pengurus Aberdeen yang menjulang Cup Winner’s Cup, bagi kelab pedalaman di Scotland, perasaan dia tu macam daki Gunung Everest.”
Sir Alex Ferguson: “Talk of a Super League is a move away from 70 years of European club football. In my time at United, we played in four Champions League finals and they were always the most special of nights.” [@Reuters]
— United Zone (@ManUnitedZone_) April 18, 2021
Sebagai orang lama dalam bola sepak, Sir Alex Ferguson dapat melihat perkembangan banyak kelab dan mula membuka cerita sejarah.
“Everton telah membelanjakan £500 juta untuk membina stadium dengan cita-cita untuk bermain di Champions League. Peminat seluruh dunia sukakan pertandingan ini macam kau juga.”
“Ketika aku kat United, kami bermain di empat perlawanan akhir Champions League dan perlawanan itu selalu menjadi perlawanan paling istimewa.”
Sir Alex Ferguson on the proposed breakaway #europeansuperleague
"Everton are spending £500 million to build a new stadium with the ambition to play in Champions League. Fans all over love the competition as it is." pic.twitter.com/a9MO2F1VCz
— Toffee TV 🇧🇷🇨🇴🇫🇷🏴🇸🇪🇳🇴 (@ToffeeTVEFC) April 18, 2021
Manchester United merupakan salah satu pasukan yang telah bersetuju menyertai gagasan pembentukan European Super League (ESL), namun Sir Alex Ferguson tidak tahu tentang penglibatan Manchester United.
“Aku tak pasti Manchester United terlibat dalam perkara ini, sebab aku tidak terlibat dalam proses membuat keputusan.”
Mungkin Sir Alex Ferguson saja buat tak tahu sebab malas nak mengutuk bekas kelab sendiri.
Perlawanan akhir Champions League sememangnya istimewa buat peminat bola sepak walaupun pasukan sokongan dan pasukan kesayangan tidak mara ke final namun tetap dinanti-nanti serta menjadi bualan.
Sir Alex Ferguson da #EuropeanSuperLeague’e karşı çıkanlardan..
“Şampiyonlar Ligi Kupası Everest’e tırmanmak gibiydi. Bundan vazgeçme!.. United’da geçirdiğim süre içerisinde dört şampiyonlar Ligi finalinde oynadık ve bunlar her zaman kariyerimin en özel geceleriydi..” pic.twitter.com/6hFaFq39Pq— Futbol Arşiv (@FutbolArsiv1) April 19, 2021
Apatah lagi buat kelab, pemain, pengurus dan jurulatih yang berjaya ke final Champions League, ada kelab yang bergelut untuk layak ke kejohanan Champions League dan meletakkan itu sebagai sasaran kelab.
Ada pasukan yang selalu mara namun tak lepas-lepas peringkat kumpulan dan ada yang menyasarkan mara ke final buat kali pertama.
Untuk layak ke Champions League ini sistem merit diguna pakai dan liga dari negara-negara tidak kuat akan melalui pusingang kelayakan.
All Sir Matt Busby Sir Alex Ferguson Bill Shankly and Bob Paisley ever wanted to do was make their teams Kings of England and Champions of Europe.
Competitions we may never win again in August, hundreds of years of history destroyed by a love of money not football. Heartbreaking pic.twitter.com/Eaz07HOme2— James Jackson (@Doublejayz72) April 19, 2021
Daripada sinilah wujudnya kisah-kisah dongeng bola sepak, kebangkitan Istanbul dan Treble season 1999 serta kejayaan hatrik Real Madrid beberapa tahun lalu.
European Super League (ESL) merupakan pemisahan liga (Breakaway League) yang akan memberi kekayaan berlimpahan kepada 15 kelab pengasas yang dipanggil Founding Club.
Pasukan daripada Founding Club ini akan beraksi di European Super League (ESL) buat selama-selamanya sampai Abang Jamil kau mampos.
Setiap pasukan di European Super League (ESL) akan meraih sehingga $400 juta semusim tidak bergantung kepada prestasi berbanding Champions League walaupun kau bergelar juara.
Musim 2019-20 sebanyak €2 bilion telah dibahagikan kepada pasukan yang mengambil bahagian dalam Champions League dan pasukan juara membawa pulang €82,400,000.
Setakat ini, European Super League (ESL) masih berstatus sebagai liga haram dan ditentang keras, jika diberi pilihan liga mana kau akan main?
Kalau kau jadi Manchester United kau setuju ke tidak?
UEFA Tekad Hentikan Liga Haram
Union of European Football Associations (UEFA) dan rakan kongsi tekad untuk menghentikan European Super League (ESL) yang dianggap mengarut dan tidak menerapkan semangat kesukanan yang diamalkan dalam bola sepak.
Tindakan tegas dan keras akan dikenakan kepada pasukan yang terlibat dengan European Super League (ESL) yang boleh melenyapkan kelab dan pemain dari peta bola sepak.
Kenyataan daripada bersama dan sebulat suara UEFA, English Football Association, Premier League, the Royal Spanish Football Federation (RFEF), LaLiga, Italian Football Federation (FIGC) dan Serie A hadir selepas European Super League (ESL) dilaporkan bakal membuat pengumuman rasmi.
UEFA, the English Football Association, the Premier League, the Royal Spanish Football Federation (RFEF), LaLiga, the Italian Football Federation (FIGC) and Lega Serie A have today released a statement.
Read it in full here: 👇
— UEFA (@UEFA) April 18, 2021
UEFA juga turut memuji pasukan dari Liga Perancis, Ligue 1 dan Jerman, Bundesliga kerana tidak menyertai liga yang mengarut ini.
Menurut kenyataan bersama UEFA dan rakan kongsi:
UEFA, Persatuan Bola Sepak Inggeris dan Liga Perdana, Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) dan LaLiga, dan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) dan Lega Serie A telah mengetahui bahawa beberapa kelab Inggeris, Sepanyol dan Itali mungkin merancang untuk mengumumkan penciptaan liga tertutup yang dipanggil Super League.
—
Sekiranya ini berlaku, kami ingin mengulangi bahawa kami – UEFA, FA Inggeris, RFEF, FIGC, Liga Perdana, LaLiga, Lega Serie A, tetapi juga FIFA dan semua ahli persatuan kami – akan tetap bersatu dalam usaha kami untuk menghentikan projek yang sinis ini, projek yang didasarkan pada kepentingan diri beberapa kelab pada masa ketika masyarakat memerlukan solidariti lebih daripada sebelumnya.
—
Kami akan mempertimbangkan semua langkah yang tersedia untuk kami, di semua peringkat, baik kehakiman dan sukan untuk mencegah hal ini terjadi. Bola sepak didasarkan pada pertandingan terbuka dan prestasi sukan; ia tidak boleh dilakukan dengan cara lain.
—
Seperti yang diumumkan sebelumnya oleh FIFA dan keenam Gabungan, kelab-kelab yang bersangkutan akan dilarang bermain dalam pertandingan lain di peringkat domestik, Eropah atau dunia, dan pemain mereka tidak diberi kesempatan untuk mewakili pasukan kebangsaan mereka.
—
Kami mengucapkan terima kasih kepada kelab-kelab di negara lain, terutamanya kelab Perancis dan Jerman, yang enggan mendaftar. Kami menyeru kepada semua pencinta bola sepak, penyokong dan ahli politik, untuk turut serta dalam memerangi projek seperti ini sekiranya ia akan diumumkan. Kepentingan diri berterusan oleh segelintir umat ini telah terjadi terlalu lama. Cukuplah cukup.
Selain UEFA ramai pihak termasuk bekas pemain bola sepak dan pengurus tidak bersetuju dengan idea penubuhan European Super League (ESL) yang dilihat akan membunuh bola sepak itu sendiri.
Apakah Itu European Super League?
Menatang apakah itu European Super League yang tiba-tiba meletup lalu menjadi sebutan dan bualan dunia bola sepak yang dilaporkan akan diumumkan secara rasmi penubuhannya dalam masa terdekat ini?
European Super League boleh dikatakan liga baru yang akan ditubuhkan bagi menyaingi UEFA Champions League yang kini mendominasi bola sepak Eropah dan terkenal di seluruh dunia.
Liga orang kaya ini akan disertai oleh kelab-kelab yang kaya-raya di Eropah bagi menambahkan lagi kekayaan kelab lebih tepat kekayaan pemilik sebenarnya.
🏆 La liste des 12 clubs qui devraient annoncer la Superleague :
🇪🇸 FC Barcelone
🇪🇸 Real Madrid
🇪🇸 Atletico de Madrid
🇮🇹 Inter Milan
🇮🇹 Juventus Turin
🇮🇹 AC Milan
🏴 Manchester United
🏴 Liverpool
🏴 Manchester City
🏴 Arsenal
🏴 Chelsea
🏴 Tottenham— RMC Sport (@RMCsport) April 18, 2021
Sebanyak 12 kelab dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai gagasan baru yang melibatkan 6 kelab Inggeris 3 kelab Sepanyol dan 3 kelab Itali
Premier League (England) – Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham.
La Liga (Sepanyol) – Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid.
Serie A (Itali) – Inter Milan, AC Milan and Juventus.
European Super League anthem leaked😳 pic.twitter.com/TwStPhUKS2
— Dave is 6od (@MarcelFCBbut2) April 18, 2021
Liga Eropah yang baru ini akan melibatkan sejumlah wang yang sangat besar dan akan dinikmati oleh kelab yang menyertai European Super League.
Sebanyak $6 bilion dan ada laporan menyebut $5 bilion telah disediakan untuk projek baru ini dan pembiayaan ini dilakukan melalui American bank JP Morgan.
Here's a clue as to why 12 clubs have signed up for a European Super League:
They lost a combined £1.2 billion in 2019/20 before player sales*
And that was for a season where only the last 3 months were impacted by COVID…
*Liverpool have not yet published their accounts pic.twitter.com/7o1ubiDX6z
— Swiss Ramble (@SwissRamble) April 18, 2021
Idea ini bukan perkara baru dan terus direalisasikan selepas kewangan kelab teruk dibadai oleh wabak melanda sejak setahun yang lalu sehingga kita semua tidak dapat balik kampung untuk beraya.
Ini merupakan salah satu sebab kenapa kelab besar Eropah merasakan inilah masa terbaik untuk liga orang kaya ini dilaksanakan.
Bagaimana European Super League akan dijalankan?
Menurut laporan The Times, gadisku dalam koma seriuskah keadaannya? telah mendedahkan kertas kerja bagaimana European Super League akan dijalankan mengikut format pertandingan dan pembahagian wang untuk pasukan bertanding.
Modal Awal
Sebanyak 15 pemilik kelab yang digelar Founding club akan akan berkongsi modal awal sebanyak €3.5 bilion (£3.1 bilion) sebagai ‘geran infrastruktur’ yang dibelanjakan untuk stadium, fasiliti latihan atau tempat perlawanan yang bebas dari wabak.
Untuk modal awal ini setiap kelab akan mengeluarkan wang dari £89 juta sehingga £310 juta dan ini mungkin bergantung kepada kekayaan kelab.
Format European Super League
Format European Super League akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan dihuni oleh 10 pasukan yang akan bermain di home dan juga away. Maknanya akan ada 20 pasukan di European Super League.
15 Founding club ini akan kekal di European Super League sampai kiamat dan lima lagi pasukan akan melalui pusingan kelayakan.
European Super League akan bermula pada bulan Ogos dan perlawanan akhir pada bulan Mei. Sama macam jadual Champions League.
The format of the Super League
via @ManUtd pic.twitter.com/UYESv2IRjG
— utdreport (@utdreport) April 18, 2021
Tiga pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke suku akhir dan dimainkan secara timbal balik dan perlawanan akhir seperti biasa dengan satu perlawanan tunggal sahaja.
Pasukan tempat ke-4 dan ke-5 akan bermain play-off secara timbal balik untuk merebut dua tempat suku akhir yang berbaki.
Super League format details via The Athletic.
15 fixed members + 5 qualified teams playing in this format. 18-22 European matches a season instead of the current 6-15.
Teams would need more squad depth so they'd hoover up more players. pic.twitter.com/4UMqkZWPxN
— UtdResurgent (@UtdResurgent) April 18, 2021
Perlawanan akan diadakan pada pertengahan minggu dan kelab masih lagi boleh beraksi di liga domestik.
Kelab yang menyertai European Super League ini akan diberikan hak penyiaran sebanyak empat perlawanan semusim dan boleh menyiarkan perlawanan di platform digital mereka sendiri ke seluruh dunia.
Pembahagian Wang
Pendapatan daripada TV dan penajaan sudah tentu akan dinikmati oleh kelab yang mengeluarkan modal awal atau Founding club di mana 32.5 peratus akan dibahagikan sama rata antara 15 kelab ini.
Manakala 32.5 peratus lagi akan dinikmati oleh semua kelab yang bertanding di liga orang kaya ini termasuklah lima kelab yang melepasi pusingan kelayakan.
Founding club ini saja dah makan 65 peratus dah. Masyuk. Nampak tak?
Crucial UEFA vote to approve new CL format scheduled for tomorrow. Today, plenty rumors that a number of clubs (inc MUFC, Real Madrid, Juventus, Barca, LFC, City, Arsenal, Inter) have signed up to breakaway Super League. Some background from October… https://t.co/lbYUZRUTx4
— Gabriele Marcotti (@Marcotti) April 18, 2021
Sebanyak 20 peratus akan dibahagikan secara merit sebagaimana yang dilakukan oleh Premier Leageu. Setiap pasukan akan mendapat bahagian mereka berdasarkan kedudukan mereka di European Super League. Juara dapat paling banyak.
Baki 15 peratus lagi dipanggil ‘commercial share’ akan dibahagikan mengikut populariti kelab. Semakin popular kelab semakin tinggi nilai komersial dan paling banyak dapat makan.
Untuk mengawal kelab tidak berbelanja sewenang-wenangnya, had dikenakan, hanya 55 peratus daripada pendapatan yang dibenarkan dibelanjakan untuk gaji dan pindahan.
Dengan itu ‘Financial Sustainability Group’ atau ‘Kumpulan Kelestarian Kewangan’ diwujudkan bagi memantau perbelanjaan kelab.