Wira Comoros, Chaker Alhadhur mencuri perhatian peminat pada hari ini, selepas beliau mempamerkan aksi penjaga gol berkelas dunia walau hakikatnya beliau sebenarnya pemain pertahanan.
Beliau menghiburkan para peminat seluruh dunia dengan aksi mantap ketika beraksi bertemu Cameroon di pusingan 16 terbaik saingan AFCON awal pagi tadi.
Pemain berusia 30 tahun itu sebenarnya merupakan pemain full-back untuk pasukan AC Ajaccio dalam saingan Ligue 2.
On Cameroon's second goal, Chaker Alhadhur, who is a defender by trade, forgot he was a goalkeeper and put his hands behind his back. 😄❤️🇰🇲 pic.twitter.com/TN3pb1b9NT
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) January 25, 2022
Dek kerana Comoros tidak mempunyai penjaga gol selepas kesemua tiga penjaga gol mereka mengalami kecederaan, maka beliau bersetuju untuk bermain di posisi tersebut.
Penjaga gol utama Salim Ben Boina menderita kecederaan bahu ketika beraksi bertemu Morocco, dengan penjaga gol kedua dan ketiga Moyadh Ousseini serta Ali Ahamada disahkan positif C0V-19.
Alhadhur yang hanya berketinggian 5 kaki 7 itu turun sebagai penjaga gol utama Comoros dalam aksi perlawanan terbesar dalam sejarah negara mereka.
Beliau bukan hanya menjadi bidan terjun yang sekadar mengisi kekosongan dalam gawang gol Comoros, namun Alhadhur sebenarnya telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Berikut merupakan kompilasi aksi luar biasa menakjubkan Alhadhur ketika beraksi bertemu Cameron dalam saingan AFCON 2021.
Alhadhur berjaya melakukan beberapa aksi penyelamatan luar biasa termasuk aksi double save seakan-akan David De Gea ketika berdepan dengan percubaan dari penjaring terbanyak AFCON Aboubakar.
Pada minit ke-53 permainan, penjaga gol Comoros itu telah melakukan aksi penyelamatan yang sungguh menakjubkan ketika menggagalkan percubaan dari Vincent Aboubakar.
Pada aksi babak kedua permainan, Alhadhur sekali lagi mencuri perhatian peminat ketika beliau seolah-olah terlupa yang beliau sebenarnya sedang beraksi sebagai penjaga gol.
Beliau meletakkan tangannya di belakang untuk mengelak dari situasi handball, sedangkan beliau pada ketika itu bermain sebagai penjaga gol.
Beliau berdiri seorang diri di dalam gawang gol, berdepan dengan Aboubakar namun beliau meletakkan tangannya di belakang.
You made your nation 🇰🇲 proud tonight.
Take a bow, Chaker Alhadhur 👏🏾#AFCON2021 #3Sports #TeamComoros pic.twitter.com/WYjIEbsSdd
— #3Sports (@3SportsGh) January 24, 2022
Malang sekali tindakan beliau itu telah menyebabkan gawang golnya dibolosi oleh Aboubakar, namun hal itu sama sekali tidak menjejaskan kecemerlangan beliau dalam perlawanan tersebut.
Agak menyedihkan untuk melihat beliau rasa bersalah kerana menjadi punca gawang golnya dibolosi, namun para peminat seluruh dunia tetap memberikan pujian menggunung kepada Alhadhur.
Chaker Alhadhur of Comoros is a hero to all of us outfield players who have been forced to go in goal.
This is him momentarily forgetting he was no longer at fullback, and hiding his hands behind his back against Cameroon. pic.twitter.com/qEwBbVNJ0x
— Tony Harper (@toneharper) January 25, 2022
Chaker Alhadhur, who is orignally Comoros' left-back, forgot he is the GK and put his hands back.😭 pic.twitter.com/Vr0gbbWkjh
— BRGoals (@BRGoals) January 24, 2022
#TeamComoros Left Back goalkeeper Chaker Alhadhur had his defensive techniques not forgotten on this occasion where Aboubakar got Cameroon's second goal.
His hands are firmly behind him to make naturally smaller
😅😅😅 pic.twitter.com/lg47zQqjd2
— Boabeng Barhyster Brhyghyt Jnr (@khay_ikon) January 24, 2022
Chaker Alhadhur mempamerkan aksi penjaga gol berkelas dunia
Chaker Alhadhur telah mempamerkan aksi penjaga gol berkelas dunia ketika aksi kekalahan 2-1 Comoros bertemu Cameroon awal pagi tadi.
Apa yang lebih menakjubkan lagi adalah, Chaker Alhadhur sebenarnya merupakan pemain yang bermain di posisi left back dan beliau turun sebagai penjaga gol dalam perlawanan ini hanya kerana Comoros kekurangan pemain.
Dengan masalah C0V-19 dan masalah kecederaan, ditambah pula dengan peraturan tegas dari CAF, Comoros tidak mempunyai pemain penjaga gol sebenar untuk diturunkan dalam aksi perlawanan bertemu pasukan tuan rumah ini.
With all three of their goalkeepers unavailable, Comoros play the biggest game in their history with 5’7” left-back Chaker Alhadhur in goal 😳 pic.twitter.com/fJgNqXYwCo
— GOAL (@goal) January 24, 2022
Comoros terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 di tangan Cameroon di pusingan 16 terbaik, namun mereka tetap boleh berbangga dengan aksi dan persembahan Alhadhur yang menjadi cemerlang menjadi penjaga gol utama walau itu bukan posisi asalnya.
Berketinggian 5 kaki 7, Alhadhur merupakan pemain left back untuk Ajaccio di Perancis dan beliau sememangnya seorang pemain full-back yang lincah.
Beliau boleh dianggap sebagai sweeper keeper dalam perlawanan ini dengan Alhadhur berjaya melakukan beberapa aksi penyelamatan untuk menafikan percubaan dari jentera serangan Cameroon.
Antara yang paling mencuri tumpuan adalah beliau berjaya melakukan aksi double save ala David de Gea pada aksi babak kedua permainan, untuk menyelamatkan gawang golnya dari terus dibolosi.
Beliau bermula dengan melakukan aksi penyelamatan sungguh luar biasa menakjubkan untuk menafikan percubaan dari penjaring terbanyak AFCON 2021, Vincent Aboubakar.
⋄ The saves from Alhadhur
⋄ The screamer from M’Changama
⋄ Barely beaten after 84 minutes with ten menComoros might be out of #AFCON2021, but they did themselves proud 👏 pic.twitter.com/Vh5sKip1mJ
— GOAL (@goal) January 24, 2022
Sebaik menyelamatkan percubaan dari Aboubakar, beliau sekali lagi menyelamatkan percubaan kedua dari jentera serangan Cameroon yang menyambar bola muntah dari percubaan pertama.
Alhadhur telah melakukan debutnya untuk negara yang berada di kedudukan ke-132 dunia itu pada tahun 2014 yang lalu, dan AFCON 2021 merupakan edisi pertama yang disertai oleh Comoros dalam sejarah negara mereka.
Beliau pada hari ini bermain di posisi penjaga gol dan tetap memakai jersi No.3 untuk menggantikan Moyadh Ousseini yang disahkan positif C0V-19 sebelum ini.
Pemain berusia 30 tahun itu turut berjaya menyelamatkan tandukan padu dari Aboubakar dengan menggunakan kakinya untuk terus melindungi gawang gol Comoros.
Bekas pemain penyerang Porto itu walau bagaimanapun tetap berjaya juga menewaskan Alhadhur, seterusnya menambah jumlah gol jaringan beliau dalam pertandingan ini.
Chaker Alhadhur, who is orignally Comoros' left-back, forgot he is the GK and put his hands back.😭 pic.twitter.com/Vr0gbbWkjh
— BRGoals (@BRGoals) January 24, 2022
Beliau kini sudah berjaya menjaringkan enam gol di kejohanan AFCON 2021, namun tidak dinafikan beliau bergelut untuk meledak gol ketika berdepan dengan penjaga gol sementara Comoros itu.
Pemain full-back Comoros itu jelas telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dan tidak keterlaluan untuk menganggap beliau seolah-olah sememangnya penjaga gol dan bukannya pemain pertahanan.
Left-back Chaker Alhadhur's game by numbers in goal vs. #TeamCameroon
52 touches
42 passes
4 saves made
1 clearanceThe latest AFCON icon. 🙌#TeamComoros #AFCON2021 pic.twitter.com/nieRa1e3xw
— Squawka Football (@Squawka) January 24, 2022
Comoros juga tidak memberikan kemenangan mudah kepada Cameroon dalam perlawanan ini dengan mereka turut beberapa kali menguji gawang gol pasukan tuan rumah.
Andre Onana sendiri beberapa kali diuji sepanjang perlawanan dan beliau walau sudah mempamerkan aksi persembahan yang sangat cemerlang, namun akhirnya berjaya jugs ditewaskan oleh Youssouf M’Changama.
Comoros secara keseluruhannya mempunyai 12 pemain yang disahkan positif C0V-19 termasuk penjaga gol kedua mereka, sementara penjaga gol utama mereka pula, Salim Ben Boina terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan ketika aksi bertemu Morocco sebelum ini.
Ali Ahamada, penjaga gol kedua mereka yang diturunkan ketika aksi kemenangan 3-2 menewaskan Ghana sebelum ini, telah disahkan negatif, namun CAF telah mengubah peraturan mereka berkait protokol C0V-19, dan melarang beliau untuk bermain dalam perlawanan ini.
Comoros terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 di tangan Cameroon, seterusnya menyebabkan mereka tersingkir di pusingan 16 terbaik saingan AFCON 2021.
Cameroon berjaya mara ke peringkat suku akhir dengan mereka selepas ini akan turun bertemu Gambia pada 30 Januari nanti.
Sumber: SPORTbible