Ali Daei Tidak Kecewa Jika Ronaldo Berjaya Pecahkan Rekod Jaringannya

Bekas pemain antarabangsa lagenda bola sepak Iran, Ali Daei menegaskan bahawa beliau tidak akan berasa kecewa jika Cristiano Ronaldo berjaya pecahkan rekod jaringan yang dilakukan beliau di persada antarabangsa.

Ali Daei memegang rekod sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman di pentas antarabangsa apabila merekodkan 109 jaringan dalam 149 perlawanan untuk pasukan kebangsaan Iran.

Pemain lagenda Iran ini telah menjadi pemain bola sepak pertama menjaringkan 100 gol dalam perlawanan antarabangsa sebelum Cristiano Ronaldo menyertai beliau sebagai manusia kedua.

Ali Daei ketika ditemuramah oleh IRNA News telah berkata itu bukan suatu isu jika rekod yang dipegang beliau selama ini dipecahkan.

β€œRekod adalah sesuatu untuk dipecahkan, aku lakukan ketika tibanya giliran aku dan akan ada seseorang yang akan memecahkan rekod aku bila tiba masanya. Ini bukan satu isu yang besar.”

Dan Ali Daei juga ditanya adakah beliau akan kecewa jika rekod itu dileburkan?

β€œTidak, kenapa aku perlu kecewa? Ronaldo seorang pemain yang hebat dengan pelbagai penghormatan yang diterima dalam dunia bola sepak. Beliau berada dikemuncak prestasi sekarang.”

Pada 17 November 2004, Ali Daei telah menjaringkan 4 gol ketika menentang Laos dalam kempen kelayakan Piala Dunia dan melepasi angka 100 dengan 102 gol.

Ali Daei mula memegang rekod penjaring gol terbanyak sepanjang zaman di pentas antarabangsa pada 28 Bovember 2003 dalam perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Lebanon.

Ali Daei telah menjaringkan gol ke-85 membolehkan beliau memintas lagenda Hungary, Ferenc Puskas. 17 tahun sudah gelaran ini dipegang Ali Daei.

Gol pertama Ronaldo di peringkat antarabangsa dijaringkan pada minit ke-93 melalui satu sundulan yang terhasil daripada hantaran silang sesedap rasa pemain lagenda Portugal, Luis Figo.

Pada ketika itu Ronaldo berusia 19 tahun dan gol itu tidak memberi sebarang makna selepas Portugal tewas kepada Greece 2-1 pada perlawanan pembukaan EURO 2004.

Enam belas tahun kemudian pada tanggal 9 September 2020 sekitar jam 3.30 pagi waktu Malaysia, Ronaldo telah menjaringkan gol yang ke-100, centurion katanya.

Gol yang ke-100 dan ke-101 diperingkat antarabangsa hadir diusia 35 tahun ketika menentang Sweden dalam kejohanan UEFA Nation League.

Ronaldo menjadi pemain kedua menjaringkan 100 gol di peringkat antarabangsa dan satu-satunya pemain yang masih aktif beraksi memasuki kelab centurion(100 gol).

Hanya sembilan gol lagi diperlukan Ronaldo untuk memintas rekod Ali Daei.

Senarai Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Peringkat Antarabangsa

1. Ali Daei (Iran) – 109 gol, 149 penampilan.

2. Cristiano Ronaldo (Portugal) – 101 gol, 165 penampilan.

3. Ferenc PuskΓ‘s (Hungary & Spain) – 84 gol, 89 penampilan.

4. Kunishige Kamamoto (Jepun) – 80 gol, 84 penampilan.

5. Godfrey Chitalu (Zambia) – 79 gol, 111 penampilan.

6. Hussein Saeed (Iraq) – 78 gol, 137 penampilan.

7. Pele (Brazil) – 77 gol, 92 penampilan.

8. Bashar Abdullah (Kuwait) – 75 gol, 134 penampilan.

9. Sunil Chhetri (India) – 72 gol, 112 penampilan.

10. Kinnah Phiri (Malawi) – 71 gol, 115 penampilan.

Majed Abdullah (Arab Saudi) – 71 gol, 116 penampilan.

Kiatisuk Senamuang (Thailand) – 71 gol, 134 penampilan.

Miroslav Klose (Germany) – 71 gol, 137 penampilan.

BACA:Β  Perbezaan Dan Penilaian Messi VS Ronaldo Dari Segi Kebolehan Mereka