Ali Sangare Jatuh Tersembam Lalu Menyebabkan Ivory Coast Hilang Tiga Mata Berharga

Penjaga gol utama Ivory Coast, Badra Ali Sangare telah mengharungi detik paling menyedihkan sepanjang kariernya, kerana secara tak sengaja beliau telah menghadiahkan gol percuma kepada Sierra Leone.

Kerana permukaan padang yang teruk, beliau jatuh tersembam dan menyebabkan bola terlepas ke kaki lawan, lalu mencetuskan gol untuk pasukan lawan.

Kesilapan beliau itu mengizinkan Sierra Leone untuk menjaringkan gol penyamaan di minit-minit akhir permainan ketika aksi pertemuan bertemu Ivory Coast dalam saingan AFCON.

Sierra Leone sebelum ini berjaya mengejutkan ramai pihak selepas kejayaan mereka mencatatkan keputusan seri bertemu Algeria dalam perlawanan pembukaan mereka.

Penjaga gol utama mereka, Mohamed Kamara dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu, dan aksi hebat yang beliau persembahkan berjaya mencuri perhatian peminat seluruh dunia.

Tidak dinafikan lagi yang Mohamed Kamara sememangnya mempamerkan aksi persembahan sungguh luar biasa dasyat dalam perlawanan tersebut, hingga membantu Sierra Leone mencuri satu mata sungguh berharga.

Minggu ini, Sierra Leone turun bertemu Ivory Coast dan hari ini giliran penjaga gol pasukan lawan pula yang menjadi topik perbualan hangat para peminat.

Penjaga gol Ivory Coast telah melakukan kesilapan ngeri dan kesilapan beliau itu berjaya membantu Sierra Leone untuk menjaringkan gol penyamaan.

Ivory Coast ketika itu sudah mendahului permainan dengan keputusan 2-1 dan perlawanan juga sudah masuk ke masa kecederaan.

Sangare ketika itu cuba pergi untuk menangkap bola yang ditanduk oleh pertahanan beliau sendiri, dalam usahanya untuk mengelak dari menghadiahkan sepakan sudut kepada pasukan lawan.

Malang untuk penjaga gol berusia 35 tahun itu, keadaan padang yang teruk menyebabkan beliau jatuh tersembam lalu bola yang beliau pegang juga terlepas dari pelukannya.

Beliau dilihat jelas berada dalam kesakitan yang teramat sangat, dan Alhaji Kamara memanfaatkan kesempatan yang ada untuk menjaringkan gol penyamaan selepas menerima hantaran dari rakan sepasukannya.

Gol itu berjaya membantu Sierra Leone untuk menyamakan kedudukan, seterusnya mengesahkan satu mata berharga untuk mereka.

Insiden itu bukan hanya menyakitkan fizikal Sangare, namun ia juga sebenarnya benar-benar menyakitkan mental dan emosinya.

Sangare juga turut tidak mampu untuk meneruskan permainan kerana beliau dibelenggu masalah kecederaan selepas jatuh tersembam itu.

Dek kerana mereka telah menggunakan kesemua lima pertukaran pemain, maka Ivory Coast tidak lagi dibenarkan untuk membuat sebarang pertukaran pemain.

Oleh yang demikian, Serge Aurier โ€“ pertahanan Spurs โ€“ terpaksa menjadi penjaga gol yang berkawal di depan gawang pasukannya untuk baki perlawanan.

Ianya juga dianggap satu lagi insiden yang pelik dalam perlawanan ini selain daripada kisah penjaga gol utama mereka yang hanya mampu menangis melihat bola masuk.

Ivory Coast memulakan aksi dalam saingan AFCON tahun ini dengan mencatatkan kemenangan selesa 1-0 menewaskan Equatorial Guinea sebelum sekadar terikat 2-2 bertemu Sierra Leone.

Mereka dijangka bakal menjadi pasukan kegemaran untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya, namun Sierra Leone juga tidak dinafikan berpotensi untuk mara.

Sebastian Haller meneruskan prestasi cemerlangnya musim ini, di mana dia menjaringkan 10 gol dalam enam perlawanan Liga Juara-Juara, dengan membuka tirai jaringan selepas 25 minit.

Musa Noah Kamara menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-55 tetapi ianya hanya bertahan 10 minit, ketika Nicolas Pepe, yang merupakan winger Arsenal, sekali meletakkan Ivory Coast di depan.

Sudah tentu Sierra Leone tidak menjangka mereka akan bernasib sangat baik ketika penjaga gol lawan tersandung di atas padang ketika cuba menangkap bola dan menyamakan kedudukan lewat perlawanan.

Insiden itu mendapat perhatian ramai pihak. Ianya dianggap penerus tradisi AFCON yang sentiasa sarat dengan kisah dramatik dan pelik. Aurier pasti lega kerana lawan tidak melakukan percubaan bahaya ke atasnya dalam perlawanan ini.

Bintang Ivoryu Coast dan Arsenal iaitu Nicolas Pepe dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas menunjukkan aksi cemerlang serta menjaringkan 1 gol dalam perlawanan ini.

Ada juga yang simpati dengan Sangare kerana permukaan padang yang sangat teruk. Sesiapa sahaja boleh cedera. Ataupun berisiko cedera dengan lebih teruk lagi.

Sumber: Axello.net

BACA:ย  AFCON: Tuan Rumah Pecat Jurulatih Sebelum Layak Ke Pusingan Kalah Mati Dengan Cara Memalukan