Alisson: Liverpool Mampu ‘Diamkan’ Neymar

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker percaya dan yakin rakan sepasukannya mampu mempamerkan persembahan yang mantap di bahagian pertahanan bagi menghalang Neymar dalam pertemuan Liga Juara-Juara Eropah di antara Paris Saint-Germain menentang Liverpool awal pagi Khamis nanti.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu yakin rakan senegaranya itu akan menghadapi waktu yang sukar apabila berhadapan dengan barisan pertahanan Liverpool yang mantap musim ini.

Dengan bahagian pertahanan yang hanya melepaskan 5 gol dari 13 perlawanan liga musim ini, Alisson percaya Liverpool mampu mencatat keputusan yang baik di Parc des Princes

Liverpool yang kini menghuni tangga ke-2 dalam kumpulan C, sedar mereka perlu mencatatkan keputusan yang bagus sekiranya mahu melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

PSG pula terdesak untuk meraih kemenangan bagi mendaki anak tangga dimana mereka kini menghuni tangga ke-3 kumpulan selepas hanya mampu menang sekali dan seri dua kali.

Buat masa sekarang, Liverpool dan Napoli menghuni dua slot untuk layak ke pusingan kalah mati diikuti PSG yang hanya ketinggalan 1 mata di belakang dua pasukan teratas. Walau bagaimanapun, berikutan kemenangan mengejut Red Star Belgrade ke atas Liverpool tempoh hari, kesemua pasukan dalam kumpulan tersebut masih mempunyai peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Liverpool akan mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati sekiranya mereka berjaya mencatatkan kemenangan ke atas PSG. Namun begitu, untuk berbuat demikian, mereka perlu mencari cara bagaimana untuk menghalang trio serangan PSG yang diketuai Neymar bersama Edinson Cavani dan Kylian Mbappa dari membuat onar di hadapan gol Liverpool.

Duk diam-diam ye Neymar. Jangan nano-nano

Selepas melihat persembahan mantap yang dipamerkan barisan pertahanan Liverpool musim ini, Alisson percaya mereka mampu mengunci trio serangan PSG dan yakin beliau juga akan beraksi baik di gawang gol Liverpool.

“PSG mempunyai Neymar untuk menenang barisan pertahanan kami. Tetapi kami juga mempunyai barisan pertahanan yang mantap, jadi saya percaya ia bakal menjadi satu perlawanan yang menarik untuk disaksikan.”

“Saya juga percaya saya akan beraksi cemerlang dalam perlawanan itu nanti.”

Sejak menyertai Liverpool dari AS Roma awal musim ini, Alisson cepat untuk menyesuaikan diri dan berjaya menambat hati peminat The Kop.

Bukan Neymar je yang perlu dirisaukan Virgil van Dijk, Joe Gomez, Trent-Arnold dan Andy Robertson.

Dengan Liverpool kini mendudui tangga ke-2 dalam Liga Perdana Inggeris dan berpeluang cerah untuk memenangi sesuatu musim ini, penjaga gol utama Brazil itu yakin beliau telah menyesuaikan diri dengan baik dalam pasukan utama Liverpool.

“Saya sedang membiasakan diri dengan pasukan, rakan sepasukan yang lain, dan juga budaya di sini. Saya sangat gembira dengan apa yang saya lalui ketika ini bersama kelab dan pasukan kebangsaan.”

BACA:  Klopp: Kami Sudah Jangka Salah Bakal Jadi Pembelian Terbaik Ketika Beliau Masih Di Roma