Arsenal Bersedia Mengeluarkan Dana Untuk Mendapatkan Lingard

Berita mengejutkan dari kota London bahawa Arsenal kini dalam pemburuan untuk mendapatkan Jesse Lingard mula tersebar di merata tempat.

Arsenal dilaporkan mahu mencari pengganti untuk Dani Ceballos, pemain pinjaman dari Real Madrid yang bakal meninggalkan Gunners sehingga habis musim ini.

Lingard dilihat agak struggle dalam dua musim kebelakangan ini dan sebelumnya beliau adalah prospek yang hebat di United.

Pemain kebangsaan England itu pernah menjadi antara pemain harapan yang bakal menggegar dunia bola sepak.

Dua tahun lalu beliau adalah pemain yang telah membantu pasukan kebangsaan England untuk mara hingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018.

Selepas dari itu Lingard mengalami detik kesukaran dalam kariernya. Beliau sudah berusaha untuk memberikan impak kepada pasukan United walau kadang kala nampak seperti bermain-main sewaktu menjalani latihan.

Namun langit tidak selalu cerah, pemain Antarabangsa England itu hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dalam semua pertandingan musim ini.

Jaringan terakhir beliau dalam saingan Liga Perdana adalah pada Disember 2018 ketika Lingard berjaya menjaringkan gol untuk perlawanan pertama bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Tetapi kini Lingard tidak lagi mendapat tempat sebagai kesebelasan utama dibawah kendalian Solskjaer.

Pemain midfield England ini lebih kerap digunakan untuk pertandingan lain seperti Europa League dan Piala FA. Beliau jarang diberi minit permainan ketika dalam saingan Liga Perdana.

Lingard tidak beraksi dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana untuk United. Malah beliau hanya bermain sekitar 25 minit sahaja dari lapan perlawanan terakhir setan merah.

Namun, walaupun Lingard dilihat agak struggle dalam dua musim terakhir ini, hal itu tidak sedikit pon merencatkan keyakinan beliau.

Menurut GOAL, Lingard masih percaya bahawa dirinya adalah salah seorang pemain nombor 10 yang terbaik di Eropah setakat ini.

Tetapi itu adalah dari sudut penilaian dirinya sendiri. Malangnya Solskjaer tidak mempunyai penilaian yang sama terhadapnya.

Solskjaer tidak berpuas hati dengan persembahannya pada musim ini. Ramai yang mempersoalkan apa yang dilakukan oleh Lingard ketika sesi latihannya.

Pengurus pasukannya sendiri pernah membuat kenyataan yang menuntut Lingard untuk memperbaiki etika dan persembahannya.

Rentetan dari itu, pengurus dari Norway ini dilaporkan sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Lingard dan bersedia untuk menjualnya pada musim panas nanti.

Bagi pihak Arsenal pula, mereka melihat ada sesuatu dalam diri Lingard yang mungkin tidak ada pada pemain lain.

Arsenal masih belum mengeluarkan sebarang tawaran rasmi untuk mendapatkan pemain muda setan merah itu.

United kini dalam perancangan untuk membawa masuk seorang pemain untuk memperkuat barisan serangan mereka.

Pierre Emerick Aubameyang turut berada dalam senarai pemain yang dikehendaki oleh pasukan setan merah.

Mungkin United boleh masukkan Lingard dalam tawaran kepada Arsenal untuk mendapatkan Aubameyang.

Lingard telah bersama United selama hampir 20 tahun dan telah menyertai setan merah sejak seawal usia tujuh tahun.

Nampaknya perjalanan suram Lingard bersama setan merah bakal berakhir tidak lama lagi.

Siapa tahu pemain yang pernah dianggap bakal menggegar dunia bola sepak satu masa dulu akan kembali bersinar.

BACA:  Dari Anak Murid, Lingard Kini Menjadi Rakan Sepasukan Cristiano Ronaldo