Arteta Rayu Pemain Arsenal Agar Kembali Menang, Tak Nak Seri Dah

Mikel Arteta tidak gembira dengan prestasi Arsenal ketika diikat oleh Burnley. Lantas pengurus dari Sepanyol yang kacak bergaya dengan laungan trust the process itu akhirnya menyeru agar pemain pemainnya kembali semula ke landasan kemenangan.

Selepas kemenangan bergaya 5-0 ke atas Pukki dan rakan rakannya, Arsenal mencatatkan rekod buruk dalam beberapa perlawanan selepas ini.

Mereka kalah 1-2 di tangan City dalam aksi yang dipuji peminat Arsenal. Ini diiukuti oleh kekalahan di tangan pasukan liga bawahan, Nottingham Forest yang ada 2 UCL dalam sejarah mereka.

Namun selepas itu, Arsenal meraikan keserian bergaya dengan 10 pemain menentang Liverpool di Anfield. Keputusan yang tiba tiba membuatkan keyakinan penyokong Arsenal jadi tak tentu hala dan di luar jangkaan dunia.

Mereka malah yakin akan membantai Liverpool yang tiada Mane dan Salah di Emirates. Malangnya mereka kena kicap pulak di depan penyokong sendiri.

Arteta yang ketika itu berjanji Arsenal akan bangkit, sekali lagi gagal melakukannya ketika berdepan dengan Burnley. Arsenal seri 0-0 dan mempersia siakan peluang untuk kembali berada di kedudukan 4 teratas.

Arteta menegaskan bahawa keletihan menjadi faktor kenapa Arsenal gagal menang. Walaupun Arsenal sebelum ini sudah meminta penundaan perlawanan dan tidak beraksi dalam UCL ataupun Piala FA sebelum aksi berdepan dengan Liverpool. Arsenal turut tak terlibat dalam UECL dan UEL.

Kalau ikut data dikeluarkan dalam risalah hari perlawanan Chelsea ini, Arsenal bermain 13 perlawanan sahaja berbanding 18 perlawanan oleh Chelsea dalam 61 hari terakhir.

“Saya tak tahulah,” kata Arteta dengan wajah malu malu.

Arteta juga menyatakan bahawa Arsenal tidak cukup pemain untuk berdepan dengan jadual padat. Kenyataan itu dibuat selepas Arteta melepaskan beberapa pemainnya secara pinjaman ke kelab lain. Tanpa menyedari bahawa pemain pemain itu sebenarnya dia boleh gunakan untuk mengisi squad depth.

Ainsley Maitland Niles, Pablo Mari dan Balogun semua dilepaskan ke kelab lain secara pinjaman. Ini pun Arsenal masih ada hati lagi nak lepaskan Aubameyang pula ke kelab lain.

“Saya perhatikan mereka dari awal sampai tamat perlawanan. Mereka [pemain] benar benar letih. Kita tahu dalam 4 minggu terakhir ini, ianya sangat menuntut keringat dan situasinya mencabar kerana kita tak cukup pemain. Ada pemain yang sakit.”

“Kami cuba pastikan mereka dapat rentak kembali dan menyuruh mereka bermain dalam keadaan mereka tak bersedia.”

“Saya tak boleh nak kritik usaha mereka. Mereka benar benar perlukan rehat. Namun bila kita lihat balik situasi kita perlu kembali bekerja dan mulai memenangi perlawanan semula.”

Arsenal telah melepaskan pemain kepada Udinese sebagai pemain pinjaman 24 jam sahaja selepas perlawanan mereka bertemu Tottenham Hotspur ditangguhkan minggu lalu.

Apa yang lebih menarik lagi, mereka meminta agar perlawanan bertemu Spurs ditangguhkan kerana kekurangan pemain, dan sebaik permohonan mereka diterima, Gunners terus melepaskan seorang pemain.

Diorang sebenarnya kekurangan pemain atau ada lebihan pemain? Atau lepaskan seorang lagi supaya boleh minta tangguh perlawanan lagi?

Para peminat benar-benar bengang dan tak gembira dengan cara Arsenal meminta agar perlawanan mereka ditangguhkan kepada Premier League.

Hal ini kerana mereka hanya ada satu kes positif wabak sahaja dan mereka meminta penangguhan dengan memasukkan sekali masalah pemain yang dipinjamkan.

Gary Neville sendiri tidak gembira dengan keputusan itu dan turut berharap agar Premier League tidak lagi membenarkan pasukan meminta penangguhan.

Arsenal sebelum ini meminta tangguh perlawanan kerana mereka kehilangan dua pemain, Maitland Niles dan Florian Balogun yang dihantar ke pasukan lain sebagai pemain pinjaman.

Memandangkan kes positif C0V-19, kes pemain cedera dan ditambah ada pemain dipinjamkan maka mereka menganggap yang mereka tak cukup pemain untuk berdepan dengan Spurs.

Paling tak masuk akal, sehari selepas aksi North London Derby ditangguhkan, Arsenal telah menghantar pemain centre-back, Pablo Mari untuk menyertai Udinese sehingga akhir musim sebagai pemain pinjaman.

Hal itu telah disahkan sendiri oleh Fabrizio Romano dan kerana manusia paling jujur yang mengeluarkan berita itu maka ia dipercayai 100 peratus benar.

Para peminat percaya yang Arsenal sememangnya melepaskan Mari mengikut apa yang didakwa oleh Fabrizio Romano itu.

Sudah tentu hal ini tidak diterima dengan baik oleh para peminat dengan mereka menghentam teruk Arsenal kerana melakukan hal ini.

Peminat Arsenal sendiri keliru dengan pengurus yang digelar Pep Muda ini.

Preye berkata: “Mikel Arteta setuju pergi pinjamkan pemain dia dalam bursa perpindahan yang rumit ini. Namun saya harus percaya mamat ni Pep Jr?”

“Guardiola tak akan loankan pemain pemain dia. Dia hanya menjual pemain lepas dapat 2 pemain baru di posisi sama.”

Walaupun tak dapat mata, namun hasrat Arsenal untuk berada di empat teratas masih terbuka kerana mereka kurang 1 perlawanan lagi berbanding Man United yang sedang menikmati kedudukan slot UCL tersebut.

BACA:  Senarai Kelab Liga Perdana Inggeris Paling Ramai Pengikut Di Twitter