Hanya empat tahun lalu Ajax menewaskan Real Madrid dan Juventus untuk menempah tempat ke separuh akhir Champions League.
Dan mereka hanya memerlukan beberapa saat sahaja sebelum ditidakkan tempat ke perlawanan akhir pertandingan elit bola sepak Eropah itu yang menoktahkan perjalanan melangkaui fantasi pada musim tersebut.
Kurang 18 bulan lalu Ajax meraih kejuaraan ke-36 sebagai juara Belanda. Ia adalah kejuaraan ketiga daripada empat musim untuk meneruskan dominasi di pertandingan domestik.
Namun demikian semua kejayaan dan kebangaan yang pernah mewarnai bola sepak di Ajax tampak seperti akan berakhir.
Kelab itu melalui tempoh yang menyukarkan apabola pada Ahad lalu tewas buat kali keempat musim ini kepada Utrecht, meletakkan mereka di tempat kedua tercorot Erdivisie.
Perlawanan tersebut terpaksa dihentikan pada minit ke-89 selepas objek dibaling oleh penyokong yang tidak berpuas hati.
Apabila keadaan kembali terkawal perlawanan disambung kembali namun Ajax gagal mempertahankan kedudukan untuk dibolosi pada minit akhir perlawanan dan tewas 3-4.
Pemain kemudiannya terpaksa menenangkan penyokong mereka yang berang , namun atmosfera toksik di Ajax jelas kelihatan selepas melalui lapan perlawanan di semua pertandingan tanpa sebarang kemenangan.
Dan selepas kekalahan perit itu, Rafael van der Vaart berkata bekas kelabnya itu harus mulai memikirkan diri mereka sebagai antara calon pilihan tersingkir dari divisyen utama pada penghujung musim nanti.
Tiada siapa boleh meramal kenyataan sedemikian boleh dikaitkan dengan kelab yang dilihat sebagai gergasi Belanda, dan pernah terkenal sebagai pelopor bola sepak moden seperti yang kita semua nikmati pada hari ini.
Semuanya kembali ke satu soalan: Bagaimana Ajax boleh menempatkan diri mereka di posisi ini?
Akar kepada segala isu yang dihadapi kelab yang mempunyai sejarah selama 123 tahun sejak ditubuhkan itu sebenarnya bermula pada musim panas 2022.
Selepas kejayaan selama empat musim di Amsterdam, Erik ten Hag meninggalkan kelab itu untuk menyertai Manchester United – membawa sekali beberapa pemain seperti Antony dan Lisandro Martinez bersamanya – dan diganti oleh Alfred Schreuder.
😯 Ajax game suspended after fans launch missiles with manager Maurice Steijn facing sackhttps://t.co/fZAMH9FHl2 pic.twitter.com/JfcWlq6pSb
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 22, 2023
Schreuder sebelum ini berperanan sebagai pembantu jurulatih sepanjang karier kejurulatihannya dan kemudiannya mengambil peranan di dalam sebuah kelab yang dianggap antara terbesar di Eropah.
Dan hanya selepas beberapa bulan muncul laporan pergolakan di bilik persalinan tatkala pasukan itu gagal menampilkan prestasi sepatutnya sehingga menyebabkan Schreuder dipecat pada Januari.
Kemudian tiba Johnny Heitinga pada penghujung musim, dan dia juga gaga membawa kejuaraan ke Ajax yang menamatkan saingan musim tersebut di kedudukan ketiga, 13 mata di belakang juara Feyenoord.
Heitinga kemudiannya turut meninggalkan kelab otu dan tempatnya diganti oleh Maurice Steijn pada musim panas lalu dengan harapan mampu membawa perubahan.
Situasi di Ajax sememangnya sudah menunjukkan tanda-tanda amaran pada musim lalu, namun harapan tetap diberikan kepada Steijn untuk mengembalikan kelab itu ke landasan sepatutnya.
Malah Steijn turut disokong oleh dana dan pelaburan yang besar oleh kelab untuk membawa pemain baharu.
Ajax membelanjakan £100 juta untuk pemain dengan harapan mereka mampu kembali mendominasi pertandingan domestik.
Kejayaan menewaskan Heracles dengan jaringan 4-1 membuatkan ramai optimis tempoh masa yang lebih baik bakal tiba.
Ajax kemudiannya hanya mengumpul dua mata daripada tiga perlawanan seterusnya dan mencatat keputusan seri menentang Marseille di perlawanan pertama peringkat kumpulan Europa League untuk kembali merencatkan perjalanan mereka.
Pengarah Sukan Sven Mislintat jelas tidak gembira dan dikhabarkan menyerbu ke bilik persalinan untuk memaklumkan kemungkinan Steijm dipecat hanya selepas beberapa perlawanan musim ini.
Are Ajax going down? They've won one of their last nine, fans are smashing up their own stadium to get games called off and ex-players think they're heading for the drop 🤯 https://t.co/vlJIF8RYF9
— Mail Sport (@MailSport) October 23, 2023
Tekanan yang amat tidak diperlukan kemudiannya menghantui Steijn dan pada 29 September Ajax berhadapan juara bertahan Feyenoord.
Skuad kendalian Steijn menampilkan aksi buruk apabila dibolosi tiga gol dalam tempoh sejam dan ia mengundang respon daripada penyokong yang mulai melempar suar ke dalam padang sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa ditangguhkan.
Tempat duduk penyokong turut dirosakkan dan pihak polis berusaha keras meleraikan rusuhan dengan menggunakan gas pemedih mata.
Senario buruk itu memberikan gambaran bagaimana Ajax telah jatuh daripada era kemegahannya. Tatkala Steijn risau akan kedudukkannya, Ajax memecat Mislintat beberapa hari selepas Pengarah Sukan itu menyerbu masuk ke bilik persalinan – tindakan yang memberi indikasi terdapat perbezaan pendapat di kalangan pengurusan tertinggi Ajax.
Pemecatan Mislintat tetap tidak mengubah keadaan Ajax. Ajax melalui tiga perlawanan seterusnya selepas itu tanpa sebarang kemenangan.
Kedudukan kelab itu di carta liga semakin nazak, dan prestasi di Eropah turut tidak membantu apabila turut merekodkan keputusan seri pada perlawanan berikutnya.
Situasi pada Ahad lalu sekali lagi menjelaskan tiada perubahan positif berlaku di Ajax dan Van der Vaart pantas menyuarakan kerisauannya.
Rafael van der Vaart laid #Ajax's crisis at the feet of the players after being accused of keeping Maurice Steijn in a job. pic.twitter.com/9CwRCgciGb
— foot.mundo (@foot__mundo) October 23, 2023
“Saya berpendapat Maurice Steijn berada di kedudukan sukar.
“Semuanya serba tidak kena. Jika diberikan 100%, dia mungkin hanya melakukan 20% dan bukan 80%.
“Ajax harus bermain seperti Excelsior. Anda bukan lagi Ajax. Anda harus menanggap diri tidak sebagus lawan anda, kerana mereka memang tidak mempunyai kualiti sedemikian. Pemain yang sebelum ini berkualiti juga jatuh ke tahap itu. Hanya ada sedikit sahaja yang tertinggal.
“Ia kedengaran sedikit hambar, tetapi anda harus berfikir seperti sebuah pasukan yang akan tersingkir pada penghujung musim. Itu amat menyedihkan. Tetapi itulah realitinya sekarang,” kata Van der Vaat.
Kenyataan Van der Vaat ini turut menimbulkan persoalan mengenai kualiti pembelian pemain.
Sudah kebiasaan sejak beberapa musim lalu Ajax cenderung menjual pemain terbaik mereka. Perkara sama berlaku pada musim ini apabila pemain seperti Jurrien Timber, Mohammed Kudus dan Edson Alvarez semuanya menuju ke Premier League.
Kebiasaannya Ajax akan mempromosikan pemain baharu daripada akademi untuk menjadi pengganti. Namun musim panas lalu mereka memilih untuk berbelanja untuk menggantikan pemain yang meninggalkan mereka.
Jelas langkah itu adalah kesilapan besar apabila tiada seorang pun daripada rekrut pada musim panas lalu menyerlah setakat ini.
Van der Vaart tidak meramalkan Ajax akan pulih dalam masa terdekat, namun tetap menyatakan sokongan kepada Steijn.
Van der Vaart: “I don’t rate Ajax higher than Excelsior or FC Volendam. I’m being serious. 12 players have been signed who all turned out to be useless.” pic.twitter.com/TAyAASGEQb
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) October 23, 2023
“Adakah situasi semasa akan menjadi lebih ekstrem apabila seorang pengarah teknikal membawa masuk sehingga 12 pemain baharu?” persoal Van der Vaart.
“Dengan £100 anda wajib menjadi juara dengan dua jari di hidung. Saya akan kekalkan Stein. Masalahnya ada memiliki 12 pemain di atas padang yang gagal bermain dengan baik.”
Ajax memecat Steijn pada awal pagi tadi dan melantik Hedwiges Maduro sebagai pengendali interim, namun tugasannya sidah pasti akan menjadi lebih sukar selepas ini apabila berhadapan PSV Eindhoven pada minggu hadapan, selepas menentang Brighton pada Khamis ini.
🚨⚪️🔴 OFFICIAL: Maurice Steijn has been fired and he’s no longer Ajax head coach, club confirms.
Ajax are currently 17th in Eredivisie. pic.twitter.com/fMAcxSU5yC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 23, 2023
PSV menang semua sembilan perlawanan liga mereka setakat ini dan merupakan skuad yang penuh dengan keyakinan – kontra dengan apa yang dilalui Ajax.
Ajax kemudiannya akan berhadapan Volendam, satu-satunya pasukan yang berada di bawah mereka di dalam kedudukan liga pada masa ini.
Kerisauan terbesar Van der Vaart ialah apabila bekas kelabnya gagal keluar dari zon penyingkiran jika gagal melalui tempoh sukar pada dua minggu berikutnya.
Pada masa ini penyokong jelas sudah berpaling, keputusan perlawanan juga tidak menyebelahi mereka dan masa depan Steijn turut menjadi tanda tanya. Ajax jelas mempunyai isu besar pada masa ini untuk diselesaikan.
Tiada keraguan mereka telah melalui permulaan terburuk di dalam sejarah kelab dengan semua perkara menjadi serba tidak menentu di atas padang.
Baru dua bulan dan Ajax seperti sudah berhadapan sebuah gunung yang tinggi untuk didaki untuk menyelamatkan kelab diri mereka.