Aubameyang Buka Akaun Gol Bersama Barca Dengan Mencatatkan Hat-trick Bertemu Valencia

Pierre Emerick Aubameyang membuka akaun gol beliau bersama Barcelona dengan cara yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau berjaya mencatatkan hat-trick ketika membantu Barcelona menewaskan Valencia 4-1 dalam aksi saingan La Liga malam semalam.

Bekas bintang Arsenal itu sebelum ini masih belum mampu menjaringkan sebarang gol untuk Barcelona, selepas beliau menandatangani perjanjian bersama gergasi Catalan itu pada jendela perpindahan Januari lalu.

Walau bagaimanapun, beliau akhirnya berjaya membuka akaun golnya bersama Barca ketika aksi kemenangan menewaskan Valencia di Mestalla malam semalam.

Pemain berusia 32 tahun itu membuka tirai jaringan untuk Barcelona pada minit ke-23 perlawanan, selepas beliau cemerlang menyempurnakan bola umpanan dari Jordi Alba.

Untuk meraikan kejayaan beliau membuka akaun gol bersama Barcelona, Aubameyang meraikan gol jaringannya dengan keraian summersaults terkenalnya yang sering beliau lakukan ketika kariernya di Emirates.

Sekitar 15 minit sebelum tamat aksi babak pertama permainan, Aubameyang berjaya meledak gol keduanya dalam perlawanan ini, seterusnya membantu Barca untuk mendahului 3-0.

Aubameyang menjaringkan gol keduanya dengan sangat tenang dan beliau sekali lagi meraikan gol jaringannya dengan gaya keraian ikonik.

Gol kedua untuk pasukan pelawat berjaya dijaringkan oleh bintang Belanda, Frenkie De Jong yang tenang menolak masuk bola hantaran Ousmane Dembele untuk meletakkan Barca dua gol dihadapan.

Pada aksi babak kedua permainan, Aubameyang dinamakan sebagai penjaring gol keempat untuk Barcelona, walaupun yang merembat padu bola tersebut adalah Pedri.

Pedri melepaskan rembatan padu dari luar kotak penalti dengan bola rembatan beliau terkena badan Aubameyang lalu terus menerjah jaring gawang gol Valencia.

Gol itu juga secara tak langsung telah mengesahkan hat-trick untuk Aubameyang dan ia jelas sekali satu permulaan yang baik untuk karier bintang Gabon itu di Nou Camp.

Tidak dinafikan lagi yang Aubameyang sememangnya telah mempamerkan aksi persembahan sungguh luar biasa menakjubkan dalam tersebut dan menjadi nadi penting sebalik kejayaan Barcelona.

Beliau turut dinobatkan dengan anugerah pemain terbaik dalam perlawanan yang dilangsungkan di Mestalla itu.

Kejayaan Aubameyang mencatatkan hat-trick dalam perlawanan ini secara tak langsung membantu beliau untuk menjadi pemain pertama di abad ke-21 yang berjaya mencatatkan hat-trick dalam saingan Ligue 1, Bundesliga, Premier League dan La Liga.

Barcelona berjaya mengutip tiga mata penuh dari perlawanan ini, seterusnya membantu mereka untuk mengukuhkan kedudukan di kelompok empat teratas dalam saingan La Liga.

Mereka ketika ini berada di kedudukan keempat dan mengutip jumlah mata yang sama dengan Atletico Madrid yang kini berada di kedudukan kelima.

Barcelona walau bagaimanapun masih mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan dan mereka jelas lebih berpotensi untuk mengakhiri saingan musim ini di kedudukan keempat.

Walau bagaimanapun, skuad kendalian Xavi Hernandez itu ketika ini masih lagi berada 15 mata di belakang musuh tradisi mereka, Real Madrid yang kini sedang mendahului carta saingan La Liga.

Melihat Aubameyang sudah berjaya menemui rentak persembahan terbaiknya, sudah tentu para peminat akan sangat berharap agar bintang Gabon itu akan terus konsisten dan membantu kelab memenangi sesuatu.

Barcelona pada musim ini telah melalui musim yang sungguh mendukacitakan dan mereka kini di bawah kendalian Xavi Hernandez sedang dalam usaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan mahu kembali menjadi pasukan yang disegani.

Melihat kepada impak pemain-pemain dari skuad sedia ada sekarang, Barca sepertinya sedang berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran mereka itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Arsenal Sedia Menerima Tawaran Untuk Melepaskan Aubameyang