Arsenal Sedia Menerima Tawaran Untuk Melepaskan Aubameyang

Arsenal dilaporkan sudah menyerah untuk memujuk ketua pasukan mereka, Pierre Emerick Aubameyang untuk terus beraksi bersama the gunners musim hadapan.

Ekoran dari itu, Arsenal secara rasmi menghentikan perbincangan kontrak dengan Pierre-Emerick Aubameyang dan bersedia untuk mendengar tawaran dari pasukan yang berminat untuk mendapatkan beliau.

The Gunners juga telah bersetuju untuk memotong 12.5% dari gaji para pemain untuk menyelamatkan ekonomi pasukan ekoran dari impak penularan wabak Covid-19.

Pierre Emerick Aubameyang kini menerima pendapatan sekitar £200,000 seminggu.

Menurut sumber dari Mail, Aubameyang dilaporkan mahu meminta kenaikkan gaji yang lebih tinggi jika ditawarkan untuk menandatangani kontrak perjanjian baru.

Arsenal sepertinya tidak mungkin mampu untuk memberikan tawaran yang lebih lumayan kepada pemain berusia 30 tahun itu memandangkan kepada keadaan semasa di dunia ketika ini.

Pemain kebangsaan Gabon itu juga mahu beraksi di pentas saingan Liga Juara-juara dan ia sepertinya senario yang tidak mungkin untuk Arsenal musim depan.

Barcelona dan Inter Milan antara pasukan dari luar England yang telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Aubameyang.

Penyerang sensasi Arsenal itu merupakan pemenang kasut emas premier league musim lalu dan setakat musim ini beliau sudah menjaringkan 17 gol dalam saingan liga.

Berita yang sangat mengecewakan buat Mikel Arteta yang sebelum ini pernah mendedahkan bertapa pentingnya Aubameyang dalam sistem serangannya.

Jelas Artera pada Februari lalu.

“Dia sememangnya layak untuk menjadi pemain rebutan. Saya harap kami mampu untuk memujuknya kekal disini dan memastikan beliau mempunyai masa depan yang baik sepanjang berada disini.”

“Harapnya dengan kemenangan dan melayakkan pasukan ke pentas saingan Eropah boleh membantu untuk memujuk beliau. Adakah beliau gembira sepanjang berada disini? Sebenarnya itu lah yang kami sedang bangunkan disini. Supaya semua orang gembira dan bahagia di disini.”

“Saya rasa sukar bagi pemain seperti dia, kerana ada banyak kekecewaan yang beliau hadapi dalam beberapa bulan atau tahun terakhir ini. Beliau adalah jenis pemain yang mempunyai cita-cita yang tinggi dan sudah tentunya mahu bermain bersama pasukan lebih baik dan kejohanan lebih besar.”

“Beliau pasti mahu beraksi bersama bintang-bintang handalan dunia di puncak sana dan kami akan cuba untuk menyokong dan memberikan segalanya kepada dia sebagai majikannya. Mungkin dengan cara itu dia akan lebih gembira disini. Itulah cabaran yang perlu kami tempoh.”

Selain dari Barcelona dan Inter yang menunjukkan minat untuk mendapatkan Aubameyang, Manchester United dan Chelsea turut dilaporkan mahu menandatangani pemain antarabangsa Gabon itu.

BACA:  Hantaran Membelah Padang Saka Disusuli Jaringan Super Padu Aubameyang