Aubameyang Perli Media Selepas Tandatangan Kontrak Baru Bersama Dortmund

Penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang mengesahkan beliau telah menandatangani kontrak baru bersama Dortmund dengan kontraknya disambung sehingga tahun 2021

Sebelum ini, terdapat desas-desus dari media Jerman yang mengatakan Aubameyang telah melanjutkan kontraknya di Signal Iduna Park. Tidak lama selepas itu, pemain berusia 28 tahun telah mengesahkan berita tersebut sambil memerli pihak media yang agak lambat mengetahui perkara tersebut.

Dalam posting terbaru di laman sosial Twitter milik peribadinya, Aubameyang telah memuat naik gambar dirinya sedang mendengar muzik sambil dan memberitahu pihak media tidak tahu apa-apa mengenai kontrak barunya bersama Dortmund.

Bakal bersama Dortmund sekurang-kurangnya sehingga tahun 2021

“Baik aku dengar lagu je ! Lagi bagus dari baca surat khabar yang entah pape. Dah lama la woi aku sambung kontrak dengan Dortmund. Tapi itu bukan salah pihak media, kerana kamu tidak tahu apa-apa.”

Sebelum tawaran kontrak baru tersebut, kontrak Aubameyang di Dortmund hanya akan tamat pada tahun 2020, tetapi beliau telah memilih untuk menambah lagi 12 bulan dalam kontraknya dan bakal bermain bersama Dortmund sehingga tahun 2021.

Walaupun prestasi yang ditunjukkan Aubameyang di atas padang agak baik, beliau telah didenda kelab beberapa minggu lalu kerana melanggar peraturan kelab dengan melakukan penggambaran tanpa kebenaran pihak atasan. Beliau telah diketepikan selama satu perlawanan sebagai hukuman atas tindakan tersebut.

Pemain antarabangsa Gabon ini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Sepanyol musim lepas untuk menyertai Real Madrid. Pengurus Real Madrid, Zinedane Zidane melihat pemain ini sebagai pengganti terbaik kepada Karim Benzema yang semakin tenggelam prestasinya.

Ditambah pula prestasi Madrid yang agak terumbang-ambing musim ini, agak menarik untuk disaksikan sama ada Zidane akan cuba mendapatkan khidmat pemain ini apabila tirai perpindahan pemain dibuka kembali Januari depan.

Selain Real Madrid, pasukan dari Liga Perdana Inggeris turut dilaporkan berminat dengan Aubameyang. Antaranya adalah Everton yang sedang hangat mencari penyerang dan bersedia untuk berbelanja besar bagi memperkuatkan barisan hadapan mereka.

Walaupun beliau mencetuskan kontroversi di luar padang, insiden tersebut tidak mengganggu persembahannya di dalam padang. Terbaru beliau berjaya mencipta rekod baru dengan menjadi penjaring terbanyak dari benua Afrika  sepanjang penganjuran Bundesliga.

Beliau berjaya menjaringkan satu gol ketika Dortmund tewas mengejut kepada Werder Bremen 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung seminggu yang. Beliau kini sudah mengumpul 97 gol, mengatasi rekod lama yang dipegang oleh pemain berasal dari Ghana, Tony Yeboah.

BACA:  Emery: Aubameyang Mampu Menangi Kasut Emas Musim Ini