Bagaimana Pedro Porro Mengajar Manchester United Bermain Bola

Dalam tontonan pertama (siaran langsung) Tottenham Hotspur lawan Manchester United, Yves Bissouma dan James Maddison mungkin merupakan pemain terbaik perlawanan.

Cristian Romero antara yang paling menyerlah di bahagian pertahanan dan persembahan Son Heung-min juga tidak kurang hebatnya.

Namun apabila perlawanan itu ditonton untuk kali kedua, Pedro Porro adalah antara pemain paling menarik dalam perlawanan itu.

Pada babak pertama Porro mengalami banyak kesukaran. Sesiapa yang hanya melihat sorotan perlawanan, mereka akan bersetuju dengan Gary Neville.

Neville menggambarkannya Porro mempunyai prestasi buruk. Neville sebenarnya agak skeptikal dengan sistem permainan Ange Postecoglou.

Postecoglou mahu kedua-dua bek-sisinya masuk ke bahagian tengah tetapi Neville percaya bek-sisi Spurs perlu kekal di bahagian itu.

Terdapat dua insiden pada babak pertama yang mengambarkan sistem permainan Postecoglou mempunyai risiko yang sangat besar.

Perkara inilah yang diangkat telah oleh Neville ketika perlawanan itu berlangsung.

Seawal minit kedua, Porro menerima hantaran daripada Guglielmo Vicario dalam kedudukan terbalik (inverted) dan bolanya telah dirampas oleh Mason Mount.

Kesilapan itu telah memberi peluang kepada United untuk melakukan percubaan dari luar kotak penalti oleh Antony yang meluru ke kawasan tengah.

“95% kenapa pemain bek-sisi perlu bermain sebagai bek-sisi kerana mereka tidak boleh menerima bola pada half turn di bahagian tengah,” kata Neville yang tidak bersetuju dengan pelan permainan Postecoglou

Sejurus sebelum separuh masa berakhir, perkara sama berlaku lagi. Porro kehilangan bola dalam satu lagi posisi agak berbahaya.

Kali ini hilang bola kepada Alejandro Garnacho. Namun Mount melakukan hantaran overhipping kepada Bruno Fernandes.

Neville apa lagi, dia terus mengecam Porro dengan mengatakan pemain itu menganggap dirinya seperti Rodri.

“Ia hampir menyebabkan pasukannya menghadiahkan gol kepada pasukan lawan.” – kecam Neville

“Jika anda tidak selesa dengan bola… Porro dan (Destiny) Udogie melakukannya dengan baik apabila mereka masuk ke bahagian serangan di padang, tetapi di bahagian pertahanan mereka perlu keluar dari situ kerana ia menyebabkan mereka bermasalah.”

…S…

Porro sudah dikenali sebagai seorang pertahanan goyah. Dalam aksi pra musim dia terperangkap dengan satu hantaran lintang lawan yang telah menghasilkan jaringan ketika bertemu West Ham dan Lion City Sailors.

Persepsi buruk akan mempengaruhi cara seseorang pemain digambarkan. Jika menonton semula, jelas majoritinya Porro cemerlang dalam perlawanan itu.

Selepas dua kesilapan awal yang dilakukan Porro, lihat apa yang sebenarnya yang berlaku sebelum dan selepas kesilapan itu.

Sebelum kesalahan pertama, Porro menyongsangkan kedudukannya dan menghantar bola kepada Dejan Kulusevski.

Ia memberi peluang kepada Kulusevski untuk pergi kebahagian pertahanan United dan melakukan hantaran silang kepada Son.

Untuk berangka baik kepada Neville, mungkin dia bermaksud Porro tidak sepatutnya mengawal bola di kawasan yang terlalu hampir dengan gawang pasukannya.

Tetapi jika Porro tidak mempelbagaikan kedudukannya di atas padang, dia juga tidak mungkin mendapat ruang seperti gambar diatas.

Selepas beberapa minit Porro hilang bola kepada Mount dalam kesilapan pertamanya tadi, dia mencetuskan satu hantaran hebat kepada Maddison. Kali ini Porro naik di kawasan lebih tinggi.

Sebelum Porro melakukan kesilapan kedua, dia mempunyai beberapa minit yang mantap. Pada minit ke-40, dia melepaskan satu percubaan menghala ke palang dari garisan kotak penalti.

Selepas itu Porro mengawal bola tetapi hantaran lintangnya gagal pergi ke tempat yang betul namun beberapa saat selepas itu dia sudah berada di dalam kotak penalti sendiri untuk memotong hantaran lintang Bruno Fernandes.

Pada peringkat awal babak kedua, Porro memberi sumbangan paling besar kepada pasukannya. Dia memintas hantaran daripada Garnacho.

Porro bersama bola berada jauh di bahagian belakang pasukannya. Mungkin Neville mahu Porro melakukan clearance.

Namun Porro memilih untuk memberikan bola itu kepada Richarlison yang berada dikawasan tengah.

Richarlison memberikannya kepada Maddison, Maddison kepada Yves Bissouma dan Bissouma memberikan semula kepada Porro.

Porto melihat Kulusevski melakukan larian dari sebelah kanan dan dia memberi bola kepada pemain sayap itu. Kulusevski melakukan hantaran lintang yang disudahkan oleh Sar.

Gerakkan kepada jaringan ini berpunca dari pintasan dari Porro yang berlaku kurang dari 30 saat sebelumnya.

Ketika perlawanan memasuki sejam permainan, Porro menunjukkan kepantasannya yang luar biasa dengan memenangi perlumbaan menentang Garnacho. Dia merampas bola dari pemain itu untuk memberi semula kepada Vicario.

Apabila Spurs sedang berada dihadapan, Porro secara amnya bermain dengan cara lebih konservatif tetapi dia masih mampu menceroboh masuk ke dalam kotak lawan untuk melakukan percubaan.

Dari perspektif pertahanan, detik paling menonjol yang dilakukan oleh Porro ialah memenangi pertarungan satu lawan satu menentang Marcus Rashford.

Rashford cuba masuk dari bahagian luar Porro tetapi penyerang United itu tidak cukup pantas atau tidak cukup kuat untuk menewaskan Porro.

Penutup

Spurs pasti berharap pemain lain akan mendapat inspirasi dari Porro, seorang pemain yang dikatakan bergelut dalam bertahan tetapi meningkat ketika perlawanan berlangsung.

Mungkin kesungguhan Porro timbul kerana dia mempunyai pesaing yang setanding di posisinya iaitu Emerson Royal.

Menonton semula perlawanan Spurs lawan United, ia merupakan satu peringatan tentang cara Postecoglou membantu pemain mencabar persepsi buruk terhadapnya.

Ini akan membawa kepada era baru tentang keyakinan di kelab yang kini dalam proses.

BACA:  Kane Tolak Pinangan PSG Dan Hanya Mahukan Bayern Munich