Bagaimana Perlawanan Antara Jerman dan England Mengubah Bola Sepak Zaman Moden

Beberapa pasukan gergasi sudah ditendang keluar dari saingan Euro 2020. Belanda dikejutkan oleh Republik Czech yang bermain dengan begitu berdisiplin dan bertenaga, manakala Perancis pula ditendang di atas tengkuk oleh Switzerland, yang menewaskan mereka menerusi sepakan penalti, walaupun pada suatu masa Perancis mempunyai kelebihan dua gol dengan baki 10 minit perlawanan.

Juara bertahan, Portugal pula gagal memecah kebuntuan walaupun membuat 23 cubaan ke arah gol Belgium.

Tap tup tap, hanya beberapa sahaja pasukan yang bertaraf bintang dan mempunyai ramai pengikut yang masih bersaing dalam Euro 2020 – Itali, Sepanyol dan Belgium.

Malam ini bakal menyaksikan satu lagi pasukan yang mempunyai ramai penyokong di seluruh dunia – Jerman dan England – berentap untuk menentukan siapa yang akan layak ke suku akhir.

Kedua-dua pasukan boleh dikatakan sebagai seteru utama di dunia bola sepak, bermula daripada Piala Dunia 1966 di England di mana pasukan tuan rumah muncul juara selepas menewaskan Jerman.

Sejak itu, perlawanan kedua-dua pasukan sentiasa mendapat perhatian seluruh warga England dan Jerman.

Secara totalnya, kedua-dua pasukan pernah bertemu sebanyak 23 kali, dengan setiap pasukan masing-masing merekodkan 10 kemenangan dan 3 seri.

Namun, dalam banyak-banyak perlawanan, pertemuan ketika suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan di mana Jerman dengan bersahaja membelasah England 4-1 hasil jaringan daripada Miroslave Klose, Lukas Podolski dan dua gol Thomas Muller.

England mendapat gol saguhati pada minit ke-37 menerusi Matthew Upson.

Dalam perlawanan tersebut sebenarnya berlaku satu peristiwa penting yang mengubah hala tuju bola sepak dunia (atau lebih tepatnya di Eropah je).

Pada minit ke-37, ketika Jerman sedang mendahului 2-1, pemain tengah England, Frank Lampard, telah merembat kencang di garisan kotak penalti ke arah gol yang dijaga oleh Manuel Neuer.

Rembatan tersangat padu tersebut telah menewaskan Neuer dan hinggap di bahagian bawah palang, lalu menyebabkan bola melantun ke dalam gol Jerman – melintasi garisan gol. Bola kemudiannya melantun keluar dan ditangkap kemas oleh Neuer yang kembali bangkit.

Namun pengadil ketika itu, Jorge Larrionda tidak memberikan sebarang isyarat pengesahan gol, sekaligus menimbulkan bantahan daripada pemain England.

Mungkin kerana patah hati, maka pemain England tidak lagi bersungguh untuk bermain dan membiarkan pasukan mereka dibelasah sebegitu rupa.

Peristiwa tersebut mendapat perhatian ramai termasuk pihak penggubal undang-undang bola sepak dunia, FIFA. Banyak pihak yang memberi pelbagai cadangan penambaikan supaya kejadian seperti itu tidak lagi berulang, tambah-tambah di kejohanan besar seperti Piala Dunia.

Ada yang mencadangkan supaya FIFA menggunakan pengadil tambahan di belakang gol, guna dua pengadil di tengah dan banyak lagi.

Pada tahun 2012, akhirnya FIFA menggunakan satu teknologi baharu pada waktu itu yang mampu mengesan jaringan gol pada situasi sukar – goal-line technology(GLT), ketika kejohanan Piala Kelab-Kelab Dunia di Jepun.

Melihat keberkesanan GLT, Liga Perdana Inggeris mengapplikasikan teknologi ini di dalam liga mereka, sekaligus dapat menutup pintu-pintu kontroversi ketika perlawanan berlangsung.

Piala Dunia edisi 2014 pula menyaksikan teknologi tersebut mula digunakan dalam kejohanan besar, dan diteruskan sehingga ke hari ini.

Jadi, apa benda GLT tu? Macam mana benda tu berfungsi?

Secara umumnya, ada lima jenis teknologi GLT yang diiktiraf oleh FIFA.

Goal Control

Goal Control adalah teknologi dari Jerman yang menggunakan sebanyak 14 kamera berkelajuan tinggi dan kamera ini dipasang di segenap penjuru stadium. Kamera yang berkemampuan merekod 500 frame per saat ini akan menghantar notifikasi kepada 15 komputer melalui jalinan fiber optik.

Goal Control

Daripada 14 gol, sebanyak tujuh kamera akan fokus ke setiap satu gol. Teknologi ini menjadi pilihan utama FIFA di kejohanan anjurannya.

Hawk Eye

Walaupun tidak menjadi pilihan FIFA, teknologi ini adalah teknologi yang paling menjadi pilihan di dalam liga domestik, termasuk di Liga Perdana Inggeris yang mula mengapplikasikan GLT pada musim 2013-14, sekaligus menjadi liga pertama yang menggunakan GLT.

Teknologi Hawk Eye

Kalau ikutkan, Hawk Eye sudah lama digunakan di dalam sukan lain seperti kriket, tenis dan juga snooker, dan terbaru, badminton turut menggunakan teknologi yang berguna ini.

Seperti GoalControl, Hawk Eye menggunakan tujuh kamera yang fokus ke arah permukaan pintu gol. Menariknya, Hawk Eye dan GoalControl tetap boleh digunakan dengan tepat meskipun sudut pandangan kamera mereka terhalang.

Cairos

Walaupun bernama Cairos, teknologi ini bukanlah berasal dari Mesir, sebaliknya ia dibangunkan oleh Adidas menerusi satu kerjasama dengan syarikat Jerman, Cairos Technologies AG di mana bola dipasangkan satu cip sensor di dalamnya.

Cairos

Sensor yang dipasang di dalam bola ini akan mengensan medan magnet yang dihasilkan oleh wayar halus yang dipasang di bawah kotak penalti. Kedudukan bola akan dikesan oleh komputer melalui cip sensor, dan menghantar isyarat kurang daripada 2 saat selepas bola melintasi garisan gol.

GoalRef

Walaupun tidak berapa menjadi pilihan FIFA, teknologi GoalRef sebenarnya merupakan GLT yang pertama diuji FIFA – di Piala Kelab-Kelab Dunia 2012. Asas kepada teknologi yang berasal dari Jerman ini adalah induksi magnet.

Goal Ref

Medan magnet yang dihasilkan di sekitar lingkaran tiang gol akan bertindak balas terhadap gerakan bola yang dipasang dengan litar elektronik pasif, sekiranya bola melepasi garisan gol.

Goal Minder

Goal Minder menggunakan teknologi mirip dengan Goal Ref, dan bezanya adalah ia menggunakan kamera berkelajuan tinggi yang dipasang di sekitar tiang gol. Kamera ini akan menghantar rakaman tersebut kepada pengadil dan membiarkan pengadil membuat keputusan sendiri.

Goal Minder

Dengan pengenalan terknologi di atas, siapa yang patut kita berterima kasih?

Ya tuan-tuan. Terima kasih England.

Sumber :

Axello.net
goal.com
wikipedia

BACA:  Rooney Enggan Di Ingati Sebagai Kapten Yang Gagal