Pemain bola sepak kontroversi, Mario Balotelli telah mencetuskan sensasi apabila telah menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan dan salah satu jaringannya itu merupakan satu gol Rabona yang sangat jahat.
Tidak dapat dinafikan lagi Mario Balotelli adalah salah seorang pemain bola sepak yang paling menghiburkan pada era bola sepak moden dengan kisah di dalam dan di luar padang.
Pernah disebut-sebut sebagai pemenang Ballon d’Or masa depan dan seorang pemain yang mengimpikan peluangnya untuk mencapai tahap seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, Balotelli tidak pernah kekurangan hiburan bertaraf blockbuster.
Malangnya, Balotelli tidak pernah mencapai tahap yang diharapkan dalam kariernya yang meruncing sepanjang tempoh bersama Manchester City, AC Milan dan Liverpool, tetapi wajar untuk mengatakan bahawa ia adalah satu perjalanan masih menghiburkan.
Daripada perbuatan nakal bermain bunga api di bilik air hinggalah ke ‘Why Always Me?’ di Old Trafford dan segala-galanya di antaranya, pemain Itali itu juga terkenal dengan masalah disiplin.
Dan kenakalan yang menjadikan Balotelli sebagai watak popular jauh dari padang juga akan memupuk persembahan yerbaiknya di atas padang dari semasa ke semasa.
Mario Balotelli kini seperti menikmati bola sepaknya lebih daripada sebelumnya di Adana Demirspor dan dibuktikan dalam pertembungan Liga Turki, Super Lig menentang Göztepe S.K.
Mario Balotelli did this today 😳
(via @beINSPORTS_TR)pic.twitter.com/9yYIhB3JqD
— ESPN FC (@ESPNFC) May 22, 2022
Mario Balotelli telah membantu Adana Demirspor membelasah Göztepe S.K. dengan jaringan 7 gol tanpa balas dan Balotelli telah mencetak nama selaku penjaring untuk 5 gol.
Stadium Adana telah menyaksikan detik yang sangat istimewa dipamerkan oleh Balotelli yang telah melakukan satu larian solo penuh berseni lagi mengasyikkan.
Gerakan daripada Balotelli itu telah disudahkan dengan satu sepakan Rabona yang merupakan satu teknik yang sukar dilakukan dalam perlawanan sebenar.
Balotelli'nin attığı çalım ve rabona ile bitirişi.. pic.twitter.com/53wElfM5S9
— 59.748 epik futbol anı (@epicfutmoment) May 22, 2022
Balotelli meluru masuk ke kawasan penalti dengan beberapa silang kaki yang mirip kepada gaya pemain dalam permainan FIFA dengan menekan beberapa kali butang skil.
Ketika dia menghampiri penjaga gol, dia melengkapkan gerakan ala FIFA itu dengan gol ala FIFA. Di mana dia melakukan rabona menyilang meleret melepasi penjaga gol.
Dunia bola sepak nyata terhibur dengan aksi daripada Mario Balotelli ini.
Dengan 5 jaringan ini telah melonjakkan Mario Balotelli ke tangga kedua senarai penjaring terbanyak Super Lig Turkey di belakang Umut Dilan Bozok yang muncul pemenang kasut emas dengan 20 gol.
Adana Demirspor menamatkan saingan Super Lig Turkey di tangga kesembilang dengan mencatatkan 15 kemenangan, 10 seri dan 13 kekalahan.
Sebelum ini Balotelli telah mencetuskan kontroversi selepas tidak dapat menahan diri dan nafsu apabila telah menganjing kegagalan pasukan kebangsaan Itali.
Juara Eropah yang merangkul gelaran EURO 2020 pada bulan Julai yang lalu, Itali hanya mampu berputih mata selepas ditendang keluar oleh North Macedonia dipusingan play-off kelayakan Piala Dunia 2022.
Just saying… if Balotelli started then Italy would've won pic.twitter.com/EjD2tTvCcj
— ZUHAIR🇵🇰🤟 (@Zuhair_0396) March 24, 2022
Ketika undian play-off ini dibuat, ternyata Portugal atau Itali yang menjadi pilihan untuk bertemu di perlawanan akhir memandang lawan yang dihadapi adalah lebih lemah.
Namun North Macedonia melakukan kejutan dengan terus menamatkan impian Itali dengan penuh dramatik sekali apabila gol kemenangan dijaringkan pada minit akhir perlawanan.
Kegagalan Itali ini tidak dikongsi kesedihannya oleh Mario Balotelli yang tanpa belas telah menganjing pasukan kebangsaannya sendiri.
Mario Balotelli tidak mengulas panjang mengenai penyingkiran Itali dari Piala Dunia tetapi berkongsi satu gambar sindiran di Instagram Story sebaik sahaja tamat perlawanan.
Pemain antarabangsa Itali itu berkongsi satu grafik di mana dia diletakkan sebagai penyerang tengah terbaik liga Turki untuk musim ini dalam senarai kesebelasan utama terbaik.
Mario Balotelli seperti menujukan mesej sinis itu kepada pengurus pasukan, Roberto Mancini yang menggugurkan namanya pada saat akhir.
Balotelli mengejek barisan penyerang Itali yang gagal untuk menjaringkan sebarang gol walaupun melakukan 32 percubaan ke arah Macedonia Utara.
Balotelli telah bermain perlawanan terakhirnya dengan Azzurri pada 2018 tetapi berharap untuk dimasukkan ke dalam skuad play-off selepas dipanggil untuk berkumpul di Coverciano pada akhir Januari.
Roberto Mancini's mum thinks Mario Balotelli should have played for Italy against North Macedonia https://t.co/dtO48NscJS
— MailOnline Sport (@MailSport) March 26, 2022
Balotteli seperti memberi satu mesej kepada Mancini dengan menyatakan bahawa jika Mancini menurunkannya, mereka akan berjaya merobek gawang pasukan kerdil Macedonia Utara tersebut.
Pasukan Itali gagal ke Piala Dunia 2022 akibat ketumpulan mereka. Memang laluan ini agak sukar namun ramai menjangkakan bahawa Itali tidak akan ada masalah untuk beraksi di final play off menentang Portugal.