Barcelona Mahu Dapatkan Bintang Real Madrid Buat Pertama Kali Sejak 1996

Barcelona dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain bintang Real Madrid secara terus buat kali pertama sejak 1996 dan jumlah pemain yang bermain untuk kedua-dua pasukan ini adalah tidak ramai.

Pada kebiasaannya urusan perpindahan pemain antara kedua-dua pasukan ini tidak terjadi secara terus di mana pemain akan ke kelab ketiga terlebih dahulu sebelum menyertai salah satu pasukan ini.

Seperti Ronaldo Nazario yang telah menyertai Barcelona pada 1996 dan ke Inter Milan pada 1997 dan pada tahun 2002 barulah legenda itu ke Real Madrid, ini bukan sengaja transit pemain ye tuan-tuan.

Perpidahan terpaling kontroversi melibatkan perpindahan pemain antara dua kelab ini adalah pada tahun 2000 melibatkan Luis Figo yang memilih untuk ke Real Madrid dari Barcelona.

Kepala babi telah dibaling kepadanya ketika mahu mengambil sepakan penjuru dalam perlawanan El Clasico di Nou Camp kerana penyokong Barcelona marah dan memanggilnya judas.

Kisah perpindahan Figo melibatkan kisah politik Florentino Perez yang membuat janji akan membawa Figo jika berjaya menjadi Presiden Real Madrid, dia menang dan telah berusaha merealisasiskan perpindahan itu.

Barcelona kini bersedia membuka lembaran baru apabila mengadakan perbincangan untuk mendapatkan Marco Asensio yang boleh mencetuskan kekecohan jika dia bersetuju untuk ke kelab Catalan itu.

Kontrak pemain antarabangsa Sepanyol yang mendapat gelaran Safawi Spain itu di Santiago Bernabeu akan tamat pada musim panas dan dia tidak lagi bersetuju dengan perjanjian baharu.

Marco Asensio dilaporkan tidak berpuas hati dengan pengurangan syarat yang ditawarkan oleh Real, dengan tuntutannya jauh lebih tinggi daripada apa yang presiden Florentino Perez sanggup tawarkan.

Pemain berusia 27 tahun itu, yang baru-baru ini menukar wakilnya daripada Horacio Gaggioli kepada ejen super Jorge Mendes dan agensi Gestifutenya, mampu berunding dengan kelab lain.

Jorge Mendes mempunyai hubungan kukuh dengan Barca dan SPORT berkata Blaugrana telah mengadakan perbincangan untuk mendapatkannya secara percuma. Inilah punca utama kenapa Barca berminat percuma dan lepas tu potong gaji.

Barca sangat berminat kerana Asensio tidak akan menyebabkan Blaugrana membayar yuran perpindahan dan berada di puncak kariernya pada usianya 27 tahun.

Jika Safawi Spain itu berpindah dari Real Madrid ke Barcelona, ia akan menjadi kali pertama pemain pasukan utama pergi dari Real ke Barca sejak Luis Enrique melakukannya pada 1996.

Ia juga berlaku dalam sejarah kelab dengan melibatkan pemain bernama Jose Canal dan Lucien Muller. Asensio dikatakan “selangkah lagi” untuk menyertai Barca ketika dia masih remaja di RCD Mallorca.

Barca tidak mahu membayar harga yang diminta dan Real telah mendapatkannya untuk menandatanganinya dengan bayaran €3.9 juta pada 2014, dengan legenda tenis Rafael Nadal dikatakan memainkan peranan penting untuk perjanjian itu berlaku.

Aensio telah memenangi tiga gelaran La Liga dan tiga Liga Juara-Juara. Asensio telah menjaringkan satu gol dan mencipta 3 assist untuk Los Blancos dalam 12 perlawanan dalam La Liga musim ini.

Dia menjadi tajuk utama pada bulan September kerana bertindak balas dengan satu kemarahan terhadap Carlo Ancelotti yang memilih untuk tidak membawanya menentang Mallorca.

Ditanya mengenai masa depannya baru-baru ini, Asensio berkata: “Satu-satunya perkara yang saya fikirkan ialah Real Madrid, saya gembira di sana, tetapi pada masa hadapan anda tidak pernah tahu apa yang boleh berlaku.”

Dia gembira namun masih lagi tidak bersetuju dengan kontrak baru yang tidak menepati kehendaknya dan pernah tercedera ketika mencukur bulu kaki.

BACA:  Liverpool Dilaporkan Sudah Mengadakan Pertemuan Dengan Ejen Bintang Real Madrid