Marco Asensio Sanggup Terima Pemotongan Gaji Demi Untuk Menyertai Liverpool

Bintang Real Madrid, Marco Asensio pada ketika ini sedang bersedia untuk menerima syarat pemotongan gaji dalam usahanya mahu segera meninggalkan Santiago Bernabeu.

Menurut laporan dari media Sepanyol, Sport, bintang Real Madrid itu sangat berminat mahu menyertai Liverpool dan beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk memenuhi kriteria dan memastikan perpindahan itu berlaku.

Laporan sama turut menjelaskan yang Jurgen Klopp turut sama sangat berminat mahu mendapatkan Asensio dalam usahanya mahu memantapkan skuad sedia ada.

Liverpool pada musim panas ini telah melakukan persiapan yang sangat rapi untuk menghadapi musim baharu dan ia juga langkah untuk mereka terus kukuh untuk tempoh yang panjang.

The Reds menandatangani pemain penyerang prolifik, Darwin Nunez dan pada masa sama turut membeli prospek masa hadapan yang menakjubkan, Fabio Carvalho.

Marco Asensio bahkan sanggup menerima pemotongan gaji dalam usahanya untuk menyertai Liverpool pada musim panas ini.

Berita itu sebenarnya agak mengejutkan kerana pemain kebangsaan Sepanyol itu menolak segala dakwaan yang mengaitkan beliau mahu meninggalkan kelab.

Beliau bahkan berazam mahu terus bersama Real Madrid dan akan berjuang untuk merebut tempat dalam skuad utama.

Ketika Liverpool dan AC Milan mula menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya, dan ditambah Real Madrid sudah mempunyai pemain berprofil tinggi di posisi beliau, Asensio mula mempertimbangkan untuk pergi.

Asensio walau bagaimanapun menegaskan yang beliau hanya akan menyertai kelab yang boleh menawarkan minit permainan sahaja kepadanya.

Jelas sekali beliau sukar untuk mendapatkan itu bersama Liverpool, kerana beliau perlu bersaing dan berjuang untuk masuk ke kesebelasan utama di Anfield.

Kontrak beliau bersama Real Madrid akan tamat pada musim panas akan datang dengan beliau kini hanya menerima £150,000 seminggu.

Media Catalan turut mendakwa yang Asensio meminta kenaikkan £100 ke £115 ribu seminggu (sekitar £250,000 seminggu) kepada Real Madrid untuk tandatangani kontrak baru.

Beliau bahkan sanggup menerima gaji yang lebih rendah dari itu andai beliau boleh melengkapkan perpindahannya menyertai Liverpool pada musim panas ini.

Hal ini sebenarnya memberi perkembangan positif kepada Liverpool kerana mereka sememangnya terkenal sebagai sebuah pasukan yang mementingkan struktur gaji pemain.

Laporan sama turut mendakwa yang juara saingan Champions League itu sebenarnya sudah penat melayan Asensio dan mereka turut sanggup menurunkan harganya dari £43 juta kepada £26 juta sahaja.

Juara saingan Scudetto, AC Milan dan gergasi Premier League, Arsenal turut dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan tiga kali pemenang gelaran Champions League itu.

Marco Asensio walau bagaimanapun sudah mendedahkan yang beliau sememangnya hanya berhasrat untuk menyertai Liverpool sahaja.

Memandangkan Liverpool sudah melepaskan Sadio Mane, Divock Origi dan Takumi Minamino pada jendela perpindahan musim panas ini, maka mereka jelas sekali bakal memerlukan pemain di posisi penyerang yang baru untuk menjadi back up.

Marco Asensio akan menjadi penambahan yang baik untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu, dengan pengurus dari Jerman itu sendiri juga turut sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Liverpool berjaya mengakhiri saingan musim lalu dengan memenangi dua piala domestik, FA Cup dan Carabao Cup dan mereka juga turut layak ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu juga berjaya mencabar Man City untuk memenangi gelaran liga sehingga ke hari terakhir saingan musim lalu.

Sudah tentu musim ini mereka akan cuba perbaiki kesilapan yang ada dan berusaha sehabis daya untuk mengakhiri musim baharu nanti dengan lebih baik berbanding musim lalu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jurgen Klopp : Pemain Liverpool Tidak Memberi Sokongan Kepada Darwin Nunez