Barcelona Tidak Akan Lakukan ‘Guard of Honour’ Untuk Real Madrid

Barcelona tidak akan melakukan pembarisan hormat atau lebih dikenali sebagai ‘Guard of Honour’ kepada Real Madrid apabila kedua-dua pasukan bertembung hujung minggu ini.

Direktor Barcelona, Guillermo Amor berkata pasukannya tidak akan melakukan ‘Guard of Honour’ kepada Real Madrid kerana Barcelona tidak terlibat dalam Piala Dunia Kelab yang berlangsung di Abu Dhabi, UEA minggu lepas.

Kejohanan antarabangsa tersebut yang memasuki edisi 2017 berjaya dimenangi Real Madrid selepas mereka menewaskan kelab dari Brazil, Gremio dengan jaringan 1-0. Cristiano Ronaldo muncul wira pasukan selepas berjaya menjaringkan gol cantik melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Tiada pembarisan hormat untuk mu Ronaldo

Selepas tamat perlawanan tersebut, Ronaldo ketika ditemuramah berkata adalah lebih bermakna jika Barcelona dapat menghadiahkan mereka ‘Guard of Honour’ sebelum pertemuan El-Clasico hujung minggu ini.

“Ia satu perkara yang bagus dan saya akan berasa gembira jika Barcelona dapat memberikan ‘Guard of Honour’ kepada Real Madrid sebelum perlawanan berlangsung.”

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak mentah-mentah Direktor Barcelona, Guillermo Amor kerana mereka tidak akan memberi penghormatan kepada juara pertandingan yang tidak disertai mereka. Amor dipetik berkata demikian selepas Barcelona mudah membenam cabaran Deportivo La Coruna 4-0 hujung minggu lalu.

“Kami ingin memberitahu secara jelas yang kami hanya melakukan barisan hormat kepada pihak lawan andainya pertandingan tersebut turut disertai kami.”

Juara Piala Dunia Kelab tidak layak menerima ‘Guard of Honour’ Barcelona

“Jika kami menyertai pertandingan tersebut, kami akan lakukannya tetapi tidak kali ini. Itu cara kami.”

Sudah tentu  Barcelona tidak terlibat dalam kejohana Piala Dunia Kelab tahun ini kerana Real Madrid adalah juara Liga Juara-Juara musim lepas selepas memenanginya Mei lalu dengan menumpaskan Juventus.

Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde turut menolak idea tersebut kerana berpendapat pemainnya tidak akan melakukan perkara sedemikian. Äpabila ditanya mengenai perkara tersebut, Valverde hanya menjawab:

“Kami baru sahaja menamatkan perlawanan ini [ketika menentang Deportivo]. Saya masih lagi belum fikirkan mengenai perkara tersebut.”

Jib

Real Madrid bakal menjadi tuan rumah dalam pertemuan El-Clasico Sabtu ini dan mereka sangat memerlukan kemenangan kali ini bagi merapatkan jurang 11 mata yang dimiliki Barcelona ketika ini.

Barcelona pula masih lagi belum kalah dalam 16 perlawanan liga musim ini, dan selesa mendahului 6 mata dihadapan pencabar terdekat mereka iaitu Atletico Madrid.

Selain Barcelona, satu lagi pasukan yang masih belum kalah musim ini dalam saingan liga utama Eropah adalah Manchester City yang kini dibawah bimbingan bekas pemain dan pengurus Barcelona, Pep Guardiola.

BACA:  El Clasico 2020/21: Barcelona 1-3 Real Madrid