Beban Gaji Terlalu Tinggi- PSG Bakal Lepaskan 7 Pemain Januari Nanti

Paris Saint Germain mahu melakukan rombakan besar-besaran pada jendela perpindahan Januari ini nanti, dengan tujuh pemain dilaporkan akan dilepaskan.

Gergasi Perancis itu pada ketika ini sedang mengungguli carta saingan Ligue 1 dengan kelebihan 12 mata, dan mereka berpeluang besar untuk merampas kejuaraan liga pada musim ini.

Skuad depth Paris Saint Germain jelas sekali sangat jauh berbeza berbanding mana-mana pasukan dalam saingan Ligue 1 pada ketika ini.

Satu hal yang pasti, ia tentu kerana mereka memiliki dana yang sangat besar untuk berbelanja berbanding seteru lain dalam saingan Ligue 1.

Walau bagaimanapun, menurut sumber laporan dari Foot Mercato, tidak kurang dari tujuh orang pemain senior yang akan PSG lepaskan pada jendela perpindahan Januari ini nanti dengan mereka kebiasaannya akan ada tiga pemain senior di setiap posisi.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu berkemungkinan akan melepaskan Sergio Rico, yang pada ketika ini sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama.

Kehadiran Gianluigi Donnarumma seolah-olah memadam terus harapan untuk Sergio Rico mendapat tempat, dengan PSG kebiasaannya hanya akan menggunakan khidmat penjaga gol Itali itu dan Keylor Navas sahaja.

Thilo Kehrer dan Abdou Diallo kedua-dua mereka juga sukar untuk mendapat minit permainan yang mencukupi, dengan mereka juga dilaporkan akan dijual.

Hal yang sama turut menimpa Layvin Kurzawa dengan pemain left back itu jelas sekali bukan pemain yang digemari atau dipercayai oleh Pochettino.

Mauricio Pochettino lebih mempercayai Nuno Mendes dan Bernat untuk diturunkan beraksi, berbanding Layvin Kurzawa, dan kerana itulah beliau turut akan dilepaskan.

Pemain midfield Brazil, Rafinha juga merupakan antara pemain yang akan dilepaskan dek kerana beliau bergelut untuk mendapatkan minit permainan bersama skuad utama.

Laporan sama turut menyatakan yang Leandro Paredes juga turut disenaraikan dalam senarai pemain yang mahu dilepaskan pada jendela perpindahan Januari ini.

Aksi persembahan beliau sejak kebelakangan ini tidak begitu konsisten, dengan beberapa kelab dari saingan Serie A menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain ketujuh yang sepertinya sudah hampir pasti untuk dijual oleh pihak kelab adalah Mauro Icardi dengan PSG meletakkan nama beliau dikedudukan pertama dalam senarai pemain yang mahu dilepaskan.

Beliau hanya mampu menjaringkan tiga gol sahaja dari 15 perlawanan dalam semua pertandingan untuk PSG sepanjang musim 2021/22 ini.

Beliau juga langsung tidak membuat sebarang kemunculan bersama skuad kebangsaan Argentina sejak dari 2018 lagi sehingga ke hari ini.

Walaupun Paris Saint Germain merasakan mereka masih tetap hebat walau tanpa barisan pemain ini, namun tidak dapat dinafikan yang aksi skuad pada ketika ini sering mengundang kecaman dari peminat.

Trio mewah mereka gandingan Neymar, Lionel Messi dan Kylian Mbappe teruk dihentam oleh pelbagai pihak kerana ketiga-tiga mereka tidak menunjukkan tahap persembahan konsisten.

Lebih teruk lagi, ketiga-tiga mereka sering dihentam oleh pelbagai pihak kerana tidak mambantu barisan pertahanan, dengan trio tersebut lebih selesa berjalan-jalan ketika pasukan mereka diserang.

PSG pada ketika ini mengeluarkan dana yang cukup besar untuk membayar gaji para pemain dalam skuad mereka, dan kerana itulah mereka memutuskan untuk melepaskan tujuh pemain ini.

Pihak kelab dan wakil para pemain pada ketika ini dilaporkan sedang berusaha untuk mencari kelab terbaru untuk kesemua tujuh pemain tersebut.

PSG mahu melepaskan mereka pada jendela perpindahan Januari ini mungkin juga kerana mereka mahu menandatangani pemain-pemain lain pada musim panas akan datang.

Oleh yang demikian, selepas beban mereka berjaya dikurangkan, maka pihak kelab boleh memulakan rencana untuk membawa masuk pemain lain pada musim panas nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bengang Tak Dapat Tempat, Pemain Ini Upah Gangster Pukul Rakan Sepasukan