Bekas Pemain Liverpool Dakwa Van Dijk Adalah Gabungan ‘Terry, Ferdinand Dan Vidic’

Memang tidak dinafikan Virgil van Dijk merupakan pemain pertahanan paling menonjol dalam Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Mana tidaknya, Liverpool muncul pasukan paling sedikit bolos musim ini dengan hanya melepaskan 7 gol selepas 18 perlawanan, rekod baru bagi Liga Perdana Inggeris.

Betul ke Van Dijk ni power macam Terry, Vidic dan Ferdinand ?

Pujian demi pujian dilemparkan terhadap pemain pertahanan paling mahal dalam sejarah bola sepak sehinggakan bekas pemain Liverpool pada era 90-an dahulu, Jamie Redknapp membuat kenyataan berani mendakwa Van Dijk ‘terjadi’ apabila Nemanja Vidic, John Terry dan Rio Ferdinand digabungkan menjadi satu.

Redknapp turut mendakwa sekiranya Van Dijk berterusan menunjukkan prestasi yang dipamerkan beliau musim ini, tidak mustahil jika beliau diangkat menjadi pemain pertahanan terbaik sepanjang sejarah Liga Perdana Inggeris. Wow.

“Kita baru sahaja berada di pertengahan musim tetapi tiada siapa yang mampu mencapai tahap Virgil van Dijk dalam persaingan untuk merebut anugerah Pemain Terbaik Tahunan. Beliau merupakan pemain yang diidam-idamkan setiap pasukan.”

Kenyataan berani dari Jamie Redknapp, bekas pemain Liverpool, anak kepada Harry Redkanpp dan sepupu kepada Frank Lampard.

“Lihat pada pemain pertahanan terbaik sepanjang sejarah Liga Perdana Inggeris – John Terry, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic. Van Dijk adalah gabungan ketiga-tiga pemain tersebut.”

“Beliau membaca permainan seperti Terry dan juga pandai menghantar bola, dan membuat hantaran sejauh 30 kaki. Van Dijk juga mempunyai kelajuan seperti Rio. Jarang kita lihat beliau ditangkap berada dalam situasi satu lawan satu.”

“Walaupun Van Dijk tidak lah se aggresif Vidic, beliau mempunyai semangat pahlawan yang sama dan keinginan untuk menang. Beliau juga seorang yang tenang, cool, bagus di udara, dan pemimpin yang bijak.”

“Lupakan sahaja pemain terbaik tahunan – jika beliau terus bermain pada tahap sekarang, beliau mempunyai semua ciri untuk bergelar pemain pertahanan terbaik sepanjang sejarah Liga Perdana Inggeris.”

Menang EPL ngn Champion League dulu baru sembang

“Cuma saya agak terkejut beliau mengambil masa yang agak lama untuk bersama pasukan yang mampu mencabar kejuaraan liga.”

“Untuk menjadi yang terbaik, Van Dijk perlu memenangi banyak trofi. Beliau berjaya sampai ke final Liga Juara-Juara Eropah musim lepas dan sekarang mempunyai peluang yang sangat baik untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.”

“Sekiranya Liverpool mahu memenangi liga musim ini, Van Dijk merupakan pemain yang tidak boleh mengalami sebarang kecederaan.”

BACA:  Klopp: Tiada 'Gunung Yang Tidak Boleh Didaki' Liverpool Selepas Tumpaskan PSG