Ben Foster Label Salt Bae Terpaling Najis, Masak Stik Tak Sedap, Harga Peras Ugut

Bekas penjaga gol England, Ben Foster telah melakukan serangan dan kecaman bertali arus ke atas Salt Bae dengan melabelkan selebriti chef itu sebagai individu terpaling najis di perlawanan akhir Piala Dunia.

Tidak cukup dengan itu, Ben Foster juga melancarkan serangan peribadi apabila mengutuk rangkaian restoran stik mewah kepunyaan Salt Bae, Nusr-Et sebagai tidak sedap dan biasa-biasa serta harga yang melampau seperti mahu memeras ugut pelanggan.

Kenyataan pedas dan keras dari pesara bola sepak ini hadir melalui saluran Youtubenya, Ben Foster – The Cycling GK yang membuat ulasan mengenai Piala Dunia 2022.

Ben Foster telah berbicara pelbagai topik seperti detik terbaik dan terburuk termasuklah Kylian Mbappe, gol padu dari Richarlison dan banyak lagi.

@benfcyclinggk

Reacting to THAT last minute Emi Martinez save in the #WorldCupFinal 😲🧤 #Football #WorldCup #Argentina #EmiMartinez #Goalkeeper

♬ original sound – Ben Foster The Cycling GK

Paling menarik apabila Ben Foster mahu bercakap mengenai penghuni rumah najis yang ada pada perlawanan akhir itu dan menamakan Emiliano Martinez adalah salah seorang penghuninya.

“Menurut orang ramai Emi Martinez adalah najis dengan perangai antiknya dipenentuan sepakan penalti, tapi itu adalah aksi kelas dunia untuk sebab yang baik.”

“Dengan cara yang betul Emi Martinez berada dalam kepala otak semua orang, satu dia harap Argentina menang dan dua dia berada dalam otak pemain Perancis.”

Bagi Ben Foster Emi Martinez adalah najis yang baik yang melakukan segala kerja kotor bagi membolehkan Argentina menjadi juara dan aksinya sangat berkelas dunia.

@benfcyclinggk

I’ve got a message for Salt Bae… 😡 #Football #WorldCup #Messi #SaltBae #BenFoster #Argentina

♬ original sound – Ben Foster The Cycling GK

Dan manusia terpaling najis tidak lain tidak bukan adalah Salt Bae si lelaki penabur garam yang melakukan aksi memalukan secara berganda-ganda.

“Pemenang sebenar kejohanan itu yang terpaling najis wajib pergi kepada Salt Bae. Anda mesti tahu lelaki itu, Anda tahu lelaki garam itu, jadi selepas wisel sepenuh masa, pergi ke padang, mula berarak sakan.”

“Mengerikan, menghina semua orang, dan ada satu klip di mana dia cuba memegang lengan Martinez dan cuba melakukan gaya Salt Bae (menabur garam) di atas Piala Dunia. Eurgh! Mengerikan!

Ben Foster turut mengulas kelakuan Salt Bae yang memegang lengan Messi seolah-olah mahukan Messi menegur khabarnya ketika Messi sibuk meraikan kemenangan.

“Tetapi yang paling teruk, Messi baru sahaja turun dia melihat lelaki Salt Bae dan Messi berpusing dan pergi ‘ko ok bro?'”

“Dengan cara Salt Bae memegang lengannya seperti mahu Messi menyapa ‘cakap hello kat aku, cakap hello kat aku’, Messi seperti ‘ya, ya. , cool’ dan Salt Bae masih memegang lengannya.”

Bagi bekas penjaga gol Manchester United itu, Salt Bae adalah najis yang menjijikkan dan musang sebenar sambil mengutuk makanan dan harga restoran selbirit chef itu.

“Messi marah dengannya, dia seperti ‘berambus, musang kecil’. Ia sangat menjijikkan. Itulah dia tanpa keraguan lagi.”

“Salt Bae, harga anda memeras ugut, stik anda biasa-biasa, saya pasti saya boleh masak stik yang lebih bagus dan anda musang mutlak. Jangan buat lagu tu!!”

Salt Bae merupakan pemilik Nusr-Et, rangkaian restoran stik mewah. Sehingga 2021, beliau mempunyai cawangan Nusr-Et di Turki, Greece, Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Arab Saudi.

Nama rangkaian restorannya Nusr-Et berasal dari namanya sendiri iaitu Nusret Gokçe dan “Et”, yang bermaksud “daging” dalam bahasa Turki.

Harga minuman bertenaga Red Bulls di Nurst-Et adalah RM249 (£44) tu baru air dan korang bayang sendiri la harga makanan macam mana pergi.

Salt Bae sebelum ini teruk dikecam apabila mencari pekerja untuk restoran mewahnya dengan bayaran £12 sehingga £13.50 sejam berserta tips di mana gaji purata perkerja restoran di UK adalah £9.53 sejam.

BACA:  Foster Terkejut Dan Kagum Dengan Soalan Yang Ditanya Oleh Salah