Salt Bae Dipalau Lionel Messi Berkali-Kali

Salt Bae telah dipalau oleh Lionel Messi berkali-kali ketika cuba untuk bergambar bersama wira Argentina itu dan aksi memalukan itu pula dirakam ketika dipancarkan secara langsung.

Selepas selesai upacara penyampaian hadiah dan julangan Piala Dunia oleh Lionel Messi dan pasukan Argentina, Salt Bae telah berjaya masuk ke padang untuk bertemu pemenang.

Entah bagaimana Salt Bae atau nama sebenanrnya, Nurset Gokce boleh dibenarkan untuk masuk ke padang mungkin kerana pengaruhnya.

Dia masuk dan berada di kawasan yang sama dengan kapten kerama Argentina, Lionel Messi tetapi kamera merakam pemain berusia 35 tahun memberi reaksi yang agak dingin.

Penyiram garam ke atas daging itu memakai sut dan cermin mata hitam yang menjadi cap dagangnya, mencuit Messi dan memegang bahu Messi untuk memalingkan pemain itu ke arahnya.

Kali pertama tidak dilayan, satu tarikan ke tangan Messi jelas kelihatan Messi hanya berpaling dan berjabat tangan tanpa melihat muka Salt Bae.

Messi terus tidak melayan Nurset Gokce selepas berjabat tangan dan pautan ke bahu kali kedua pula hadir untuk mendapatkan perhatian Messi yang mula kelihatan bengang dan tidak selesa.

Pada ketika itu Messi telah dihujani oleh permintaan begambar daripada ahli keluarga rakan sepasukannya dan individu lain yang datang memberi ucapan tahniah.

Salt Bae jelas kelihatan gigih untuk bergambar dengan Messi buat raso-raso dan berjaya mendapatkan gambarnya dengan Messi, berkongsi di laman Instagramnya kepada 49.8 juta pengikutnya.

Usaha keras Salt Bae yang sangat menjengkelkan Messi dan orang ramai itu jelas membuahkan hasil. Salt Bae juga dilihat bergambar bersama Angel Di Maria.

Dan penabur garam yang mendonia kerana aksinya itu juga berjaya bergambar dan memegang trofi keagungan bola sepak, Piala Dunia untuk tatapan peminatnya.

Namun tindakan Salt Bae bergambar dengan trofi Piala Dunia itu mendapat kecaman hebat dari peminat bola sepak yang mengatakan penabur garam itu tidak layak memegangnya.

Trofi asli Piala Dunia dibuat daripada emas 18 karat yang yang seberat 6.142kg dianggarkan bernilai sekitar USD$20 juta yang menjadi idaman setiap pemain bola sepak hanya dibenarkan disentuh oleh segelintir orang terpilih.

Reka bentuk terkini Piala Dunia ini dihasilkan pada tahun 1974. Trofi itu menggambarkan dua figura manusia yang memegang bumi menjulang ke atas.

Menurut laman web FIFA :

“Trofi Piala Dunia FIFA yang asal hanya boleh disentuh dan dipegang oleh sekumpulan orang yang sangat terpilih, termasuk bekas pemenang Piala Dunia FIFA dan ketua negara.”

Trofi asli Piala Dunia akan diberikan kepada pemenang Piala Dunia FIFA untuk dijulang namun piala ini kekal dalam simpanan FIFA buat selama-lamanya.

Pasukan juara akan dipinjamkan trofi ini buat sementara untuk diraikan dan kemudiannya dianugerahkan secara kekal trofi edisi kejohanan, Trofi Pemenang Piala Dunia FIFA (replika).

Trofi Pemenang Piala Dunia FIFA (replika) hanya bersalut emas, bukannya emas pepejal dan diukir dengan tahun, negara tuan rumah dan pemenang acara masing-masing).

Pada 2014, penyanyi pop terkenal dunia Rihanna juga telah melanggar peraturan yang sama apabila dia menyentuh trofi semasa pesta kemenangan Jerman selepas perlawanan.

Dia juga menyiarkan untuk selfie dan mendedahkan dia telah mencium trofi itu:

“Saya sentuh cawan, pegang cawan, cium cawan, selfie dengan cawan!!! I meeeaan…… macam mana rupa bucket list YO bruh?”

Kini ramai mula mempertikaikan atas kapasiti apakah yang melayakkan Salt Bae untuk memasuki padang dan memegang trofi original Piala Dunia.

BACA:  Gol Sulung Messi, Bantu PSG Benam City Di Parc des Princes