Ben Foster Yakin Manchester United Memang Lubuk Dapatkan Mata

Ben Foster merupakan antara pemain terbaik ketika aksi pertemuan antara Manchester United bertemu Watford di Old Trafford malam semalam.

Penjaga gol veteran itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam memastikan agar gawang golnya tidak dibolosi lawan.

Beliau juga berjaya menjadi penjaga gol paling tua (38 tahun 329 hari) yang mencatatkan clean sheet di Old Trafford bertemu Manchester United.

Rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh legenda Arsenal, David Seaman yang mencatatkan clean sheet di Old Trafford bertemu Man Utd ketika berusia 38 tahun 231 hari pada tahun 2002.

Dalam perlawanan ini, Ben Foster berjaya melakukan tiga saves seterusnya membantu Watford untuk mengikat setan merah 0-0 di Old Trafford.

Beliau kerap kali menyelamatkan gawang Watford termasuk beberapa kali berdepan situasi satu lawan satu bertemu Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes.

Manchester United musim ini dua kali keciciran mata bertemu Watford dengan mereka dibelasah 4-1 di Vicarage Road pada November tahun lalu.

Ben Foster ketika itu sudah meramalkan lebih awal lagi yang Man Utd sebenarnya lubuk mata dan hasilnya Watford benar-benar berjaya mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.

Ben Foster yakin Man Utd lubuk mata

Ben Foster mengejutkan peminat bola sepak seluruh dunia selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang sangat berani sebelum sepak mula perlawanan bertemu Manchester United pada November tahun lalu.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, kata-kata beliau yang awalnya diketawakan kerana tidak masuk akal itu benar-benar menjadi kenyataan selepas Watford membelasah setan merah 4-1.

Ben Foster sebelum sepak mula perlawanan sudah menyatakan keyakinan beliau yang Manchester United merupakan antara pasukan yang boleh memberi Watford tiga mata penuh.

Pada awalnya ramai yang mentertawakan kenyataan dari Foster itu kerana menganggap beliau terlalu bercita-cita tinggi dan terlalu memandang rendah kemampuan Manchester United.

Jelas sekali di atas kertas Man Utd merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan tersebut, memandangkan mereka memiliki skuad yang jauh lebih baik berbanding Watford.

Walau skuad setan merah sedang bergelut dengan masalah prestasi, tiada siapa yang menduga mereka bakal ditewaskan oleh kelab seperti Watford.

Apa lagi selepas melihat kedudukan Watford yang ketika itu sedang bergelut di zon penyingkiran, tentu saja ramai yang percaya United bakal mudah membawa pulang tiga mata penuh.

Namun sebaliknya yang berlaku, dengan pasukan tuan rumah yang mudah mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan yang didominasi sepenuhnya oleh mereka.

Ben Foster turut beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut dengan beliau berjaya menyelamatkan dua percubaan bahaya Man Utd yang sepatutnya boleh disudahi dengan jaringan.

Beliau cemerlang menyelamatkan percubaan dari Marcus Rashford dan Cristiano Ronaldo, seterusnya memastikan gawang golnya tidak dibolosi lebih dari sekali.

Lebih menarik lagi, Foster turut berjaya mencatatkan satu assists dalam perlawanan tersebut untuk gol keempat Watford yang dijaringkan oleh Emmanuel Dennis.

Bercakap dalam satu temu bual sebelum sepak mula perlawanan bertemu Man Utd, Foster menyatakan bahawa:

“Saya boleh cakap dari apa yang kamu dengar dari media, dari apa yang kamu baru kata di sini misalnya, itu sepertinya lebih jelas.”

“Sejujurnya saya tak begitu yakin tentang itu, ketika kamu ada pemain berkualiti seperti Man United ada, kamu tak susah untuk dapatkan keserasian dan akan kembali bersinar.”

“Ada beberapa pasukan yang kamu jelas sekali akan risaukan, tapi 17 ke 18 pasukan lain sejujurnya saya yakin kami boleh dapatkan mata dan ia termasuk Man Utd.”

Ben Foster sudah menunjukkan keyakinan yang Watford bakal mencuri mata dari aksi pertemuan bertemu Manchester United dan ia sangat menyakitkan untuk penyokong setan merah.

Kenyataan Ben Foster itu sekali lagi dibuktikan dengan kejayaan Watford mencuri satu mata berharga dari Old Trafford hari ini.

Manchester United kini berada di kedudukan keempat dalam carta saingan liga dengan mengumpul 47 mata, dua mata mengatasi Arsenal yang berada di kedudukan kelima.

Walau bagaimanapun, Arsenal sepertinya lebih berpotensi untuk berada di kedudukan keempat, dek kerana skuad kendalian Mikel Arteta itu memiliki kelebihan tiga perlawanan yang masih belum dimainkan.

Watford sementara itu kekal di kedudukan kedua tercorot dengan mereka hanya mampu mengutip 19 mata dari 26 perlawanan musim ini.

Agak sayang untuk Manchester United gagal mencuri tiga mata penuh ketika bertemu pasukan bawahan seperti Watford, apa lagi memikirkan yang mereka terdesak untuk mengutip mata dalam usaha mahu kekal berada di kelompok empat teratas.

Sumber highlights: Stadium Astro

BACA:  Lima Kekalahan Paling Memalukan Man Utd Dalam Sejarah Saingan Premier League