Bengang Dikeluarkan, Luis Suarez Mencarut Memaki Hamun Diego Simeone

Nama Luis Suarez menjadi topik perbualan hangat para peminat pada ketika ini, selepas beliau memaki hamun pengurusnya, Diego Simeone ketika aksi bertemu Sevilla awal pagi semalam.

Beliau memanggil Simeone dengan gelaran yang tak sepatutnya dan ia jelas sekali satu hal yang mengejutkan ramai pihak.

Atletico Madrid terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 bertemu Sevilla awal pagi semalam, dan kerana itu mereka kini semakin jauh tercicir dibelakang Real Madrid.

Kekalahan itu menyebabkan Atletico Madrid kini sekadar berada di kedudukan kelima sahaja dalam carta saingan La Liga, dengan mereka kini 14 mata dibelakang Real Madrid.

Ivan Rakitic terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Sevilla dalam perlawanan ini, sebelum Felipe menyamakan kedudukan sebelum tamat aksi babak pertama.

Gol kemenangan Sevilla berjaya dijaringkan oleh Lucas Ocampos pada minit ke-88 permainan, seterusnya memastikan skuad kendalian Julen Lopetegui itu membawa pulang tiga mata penuh.

Berbanding gol kemenangan Sevilla yang berjaya dijaringkan pada minit-minit akhir, aksi Suarez yang dirakam memaki hamun Simeone lebih mencuri tumpuan peminat.

Tindakan pemain penyerang kebangsaan Uruguay itu dirakam dan tular di media sosial selepas tamat perlawanan tersebut, dan insiden itu menjadi topik perbualan paling hangat para peminat.

Ketika keputusan perlawanan masih 1-1, Diego Simeone memutuskan untuk mengeluarkan Luis Suarez dan memasukkan Matheus Cunha.

Hal itu jelas sekali tidak diterima dengan baik oleh Luis Suarez dengan beliau naik angin ketika namanya dipanggil untuk keluar.

Zaman sekarang, melihat pemain bintang mengamuk kerana dikeluarkan sudah bukan lagi satu hal yang mengejutkan.

Walau bagaimanapun, reaksi dan ayat yang keluar dari mulut Suarez itu sebenarnya sangat luar biasa dan kerana itulah insiden tersebut mencuri perhatian ramai.

Directo Gol telah mendakwa yang Suarez sebenarnya memanggil pengurus beliau dengan gelaran a****** selepas beliau dipanggil untuk keluar dalam perlawanan tersebut.

Nak tulis pun serba salah, tapi ayat tu memang mencarut dan ia melambangkan sebuah lubang begitu lah lebih kurang.

Beliau juga dikatakan turut membebel kepada pengurusnya ketika berjalan keluar meninggalkan padang.

Suarez kemudiannya dilihat sangat emosi dan bengang ketika beliau sedang duduk di bangku tempat duduk pemain simpanan.

Namun agak masuk akal juga untuk menganggap yang beliau sebenarnya tengah marah pada diri sendiri kerasa kecewa dengan prestasinya.

Walaupun beliau berjaya untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan dalam saingan La Liga musim lalu, Suarez sepertinya sangat bergelut dengan masalah prestasi sepanjang musim ini.

Musim 2021/22 boleh dikatakan bukan musim yang terbaik untuk Suarez dengan beliau turut berdepan kesukaran untuk menjaringkan gol.

Bekas pemain Liverpool itu hanya mampu menjaringkan 8 gol sahaja dari 23 perlawanan untuk Atletico Madrid sepanjang musim ini.

Mengenangkan yang Suarez sememangnya salah seorang penyerang paling prolifik dalam dunia bola sepak, rekod tersebut sebenarnya satu hal yang sangat membimbangkan.

Pada musim lalu beliau mampu mencatatkan kadar purata untuk menjaringkan gol yang lebih tinggi dalam setiap perlawanan dan musim ini beliau mencatatkan kadar purata yang jauh lebih rendah.

Statistik itu saja sudah cukup untuk membuktikan yang Suarez pada musim ini tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.

Termasuk aksi bertemu Sevilla pada minggu ini, Suarez sebenarnya sudah merekodkan kemarau gol sejak tujuh perlawanan terakhir untuk Atletico Madrid.

Ia merupakan kemarau paling panjang Luis Suarez tanpa gol sejak dari 2007, ketika bekas bintang Barcelona itu masih beraksi bersama Ajax dalam saingan Eredivisie.

Untuk lebih adil kepada Suarez, bukan hanya beliau seorang sahaja yang bergelut dengan masalah prestasi pada ketika ini.

Boleh dikatakan hampir kesemua pemain dalam skuad Atletico Madrid tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.

Kadar purata jaringan Atletico Madrid sebagai satu pasukan pada musim lalu jauh lebih tinggi berbanding musim ini, dan ia juga satu bukti nyata yang menunjukkan skuad kendalian Diego Simeone itu tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Sumber: GMS

BACA:  Lihat Reaksi Simeone Mengagumi Lionel Messi