Diego Simeone Menangis Teresak-esak Sebaik Melihat Sorloth Meledak Gol Kedua Sociedad

Diego Simeone menangis teresak-esak ketika melihat skuadnya ditewaskan oleh Real Sociedad seterusnya menyebabkan mereka tersingkir dari saingan Copa Del Rey.

Simeone gagal menahan air matanya ketika melihat Sociedad menjaringkan gol kedua mereka dalam perlawanan ini, dan beliau jelas sekali kecewa melihat kekalahan anak-anak buahnya dalam perlawanan tersebut.

Ia bukanlah minggu yang baik untuk Diego Simeone dengan Atletico Madrid sebelum ini tersingkir dari saingan Spanish Super Cup di tangan Athletic Bilbao di peringkat separuh akhir.

Harapan mereka mahu menjulang Piala pertama dengan menewaskan Real Madrid terkubur selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-1 bertemu Bilbao.

Selepas tersingkir dari Spanish Super Cup, mereka bertekad mahu bangkit dan sudah tentu saingan Copa Del Rey menjadi medan terbaik untuk Atletico buktikan sesuatu.

Mereka turun bertemu Real Sociedad si Reale Arena malam semalam, namun nasib jelas tak memihak pasukan pelawat dengan mereka terpaksa akur dengan kekalahan di tangan pasukan tuan rumah.

Kekalahan 2-0 di tangan Sociedad menyebabkan Atletico Madrid harus akur tersingkir dari pertandingan tersebut.

Adnan Januzaj membuka tirai jaringan pada minit ke-33 permainan untuk membantu Real Sociedad mendahului permainan dengan keputusan 1-0.

Dua minit sebaik aksi babak kedua bermula, Sociedad berjaya menggandakan kedudukan dengan Alexander Sorloth muncul sebagai penjaring gol.

Pemain penyerang yang dipinjam dari RB Leipzig itu menghukum Atletico Madrid selepas pemain pertahanan Felipe melakukan kesilapan dan sebaik beliau meledak gol, Simeone dilihat sudah mula menangis.

Simeone jelas sekali sangat kecewa melihat gawang golnya sekali lagi dibolosi dan kerana itulah air mata beliau tidak teragak-agak untuk terus mengalir.

Selepas memenangi gelaran La Liga musim lalu, skuad kendalian Diego Simeone itu jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada musim ini.

Mereka pada ketika ini sedang bergelut untuk masuk ke kedudukan empat teratas dalam saingan La Liga dan terlalu jauh ditinggalkan oleh pendahulu saingan liga, Real Madrid.

Walaupun mereka kini sudah berjaya mendapatkan semula khidmat Antoine Griezmann pada musim panas lalu, mereka tetap bergelut untuk mencatatkan kemenangan penting dalam saingan La Liga.

Mereka kini 16 mata dibelakang pendahulu saingan La Liga yang juga merupakan musuh sebandar kelab, Real Madrid.

Sociedad memiliki kutipan mata yang sama seperti mereka, dengan mereka mempunyai kelebihan satu perlawanan yang masih belum dimainkan.

Bahkan Barcelona yang sedang dalam rentak persembahan terburuk mereka itu juga ketika ini hanya satu mata sahaja dibelakang Atletico Madrid.

Atletico kehilangan Kieran Trippier pada awal bulan baru-baru ini dengan mereka menjual pemain pertahanan England itu kepada Newcastle United.

Perpindahan yang agak mencetuskan kontroversi kerana Trippier merupakan pemain yang sebelum ini sedang berada dalam saingan Champions League, dan kini beliau memilih untuk sertai pasukan yang sedang bergelut di zon penyingkiran.

Namun dek kerana beliau menegaskan yang beliau mahukan cabaran baru, maka agak diterima lah yang perpindahan itu kerana beliau mahukan cabaran.

Simeone berkemungkinan akan hilang seorang lagi pemain yang mahu ke saingan Premier League, dengan ada ura-ura yang Steven Gerrard mahu mendapatkan khidmat bekas rakan sepasukannya, Luis Suarez di Villa Park.

Kontrak Suarez bersama Atletico Madrid akan tamat pada penghujung musim ini, dan beliau masih lagi belum menandatangani apa-apa kontrak bersama kelab.

Selepas mendapatkan Philippe Coutinho, Gerrard mahu mendapatkan seorang lagi bekas rakan sepasukannya, Suarez dan beliau benar-benar bertekad mahu hal itu berlaku.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Trippier Dedah Simeone Pernah Haramkan Pemain Atletico Sebut Dua Perkataan Ini