Berita Ronaldo Menawarkan Hotelnya Untuk Dijadikan Hospital Adalah Palsu

Semalam telah tular berita mengenai kemuliaan hati seorang pemain bola sepak terhebat dunia bernama Cristiano Ronaldo yang mahu menukarkan hotel miliknya menjadi hospital untuk menempatkan pesakit yang dijangkiti virus Covid-19.

Hampir semua media arus perdana telah menyebarkan berita itu dan mendapat perkongsian yang banyak dari seluruh lapisan masyarakat.

Semua orang memuja dan memuji kemuliaan hati Ronaldo yang sanggup menukarkan hotel miliknya untuk menjadi pusat rawatan wabak Covid-19.

Bah kan lebih hebat lagi, ada yang mendakwa bahawa Ronaldo turut akan menanggung kos untuk penjaga yang mengurus pesakit di hotel beliau.

Namun sebenarnya berita itu adalah palsu. Ronaldo tidak pernah sama sekali menawarkan untuk menukar hotel miliknya menjadi hospital merawat pesakit yang dijangkiti virus Covid-19.

Berita palsu itu sebenarnya memberikan kesan buruk kepada perniagaan Ronaldo. Hampir seluruh dunia mempercayai khabar angin yang tersebar itu lalu menyebabkan mereka yang tinggal di hotel berkenaan berasa terancam dan bimbang bakal terdedah dengan virus berbahaya itu.

Ramai yang hendak keluar dari hotel itu kerana tidak mahu berada di kawasan yang bakal menempatkan pesakit yang dijangkiti virus Covid-19.

Sebenarnya apa yang Ronaldo lakukan selain dari bermain bola sepak dan apa yang menariknya tentang hotel mewah milik Ronaldo?

Sebelum menceburi bidang perhotelan Ronaldo sudah mempunyai perniagaan seluar dalam jenama sendiri dan beliau jugalah model untuk seluar dalam tersebut.

Dalam ucapan pembukaan hotelnya Ronaldo mengakui dia mula merancang masa depan bagi menghadapi kehidupan selepas menamatkan karier bolasepak.

Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana berpeluang membuka hotel di tempat yang penuh bermakna kepada dirinya.

“Semasa muda remaja saya pernah mengimpikan untuk memiliki hotel sendiri.”

“Sekarang saya sudah mempunyai dua buah hotel dan saya bangga dengan kejayaan itu terutama apabila berjaya membuka hotel di Lisbon.”

Menurut Marca, sebanyak €15 juta (RM70 juta) dilaburkan oleh Ronaldo bersama Pestana dan mereka merancang untuk membuka dua lagi hotel di New York dan juga Madrid pada tahun 2017 dan 2019.

Kepoweran hotel ini bermula disaat tetamu mula melangkah masuk ke lobby. Didalam lif terdapat skrin animasi yang memaparkan perjalanan hidup Ronaldo dan ditangga terdapat pengesan bunyi yang akan mengeluarkan bunyi sorakan penonton seperti anda berada distadium.

Didalam bilik pula pengalaman berada dalam dunia bolasepak terus bersambung dimana terdapat susunan 7 tapak kaki di karpet yang merupakan replika sebenar tapak kaki Ronaldo apabila melakukan pecutan di padang.

Terdapat 82 buah bilik dan harga bermula dari €200 (RM929.91) semalaman hingga boleh mencecah €1,250(RM5811.94) untuk CR7 Suite yang teletak di tingkat paling atas.

Setiap bilik dilengkapi WI-FI berkelajuan tinggi, Apple TV bersama sambungan Bluetooth dan HDMI. Terdapat juga lampu LED di bilik mandi.

Tiada perempuan disediakan jika perlu carilah melalui WeChat.

Hotel Pestana CR7 Funchal merupakan hotel pertama yang dibuka oleh Cristiano Ronaldo yang terletak di Pulau Madeira di Bandar Funchal.

Hotel bertaraf 4 bintang yang diberi nama Hotel Pestana CR7 Funchal hanya terletak 300 meter daripada jeti kapal persiaran berlabuh.

Kewujudan hotel ini adalah hasil kerjasama Christiano Ronaldo dan Kumpulan Pestana Hotel.

Tempat penginapan ini yang memenuhi gaya hidup mewah menawarkan rekaan terkini dan menjadikan Funchal sebagai tempat tumpuan.

Hotel ini dilengkapi kolam renang berbumbung, sauna dan jacuzzi outdoor.

Bar di bumbung juga membolehkan anda menikmati keindahan matahari terbenam sambil menanti malam menjelma.

BACA:  Messi Rindukan Saat Bersama Ronaldo Di Sepanyol