Bernardo Silva Dedah Hasratnya Mahu Menyertai Barcelona

Pemain midfield Manchester City, Bernardo Silva telah memberi gambaran yang beliau sangat berhasrat mahu meninggalkan Etihad dan menyertai Barcelona pada musim panas ini.

Bintang berusia 27 tahun itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan bersama Man City pada musim lalu.

Silva tidak dinafikan lagi telah memainkan peranan yang sangat penting sebalik kejayaan Man City menjuarai saingan Premier League musim lalu.

Beliau membuat 50 penampilan dari semua pertandingan pada musim lalu, dengan Silva turut berjaya menjaringkan 13 gol dan turut dinamakan dalam senarai PFA Premier League Team of The Year.

Barcelona dilaporkan sangat berminat mahu mendapatkan khidmat bintang Portugal itu dan turut melihat beliau sebagai calon pengganti untuk menggantikan Frenkie de Jong.

Bintang Belanda itu berkemungkinan menyertai seteru utama Man City, Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, SPORT, Silva telah mendedahkan kepada ejennya, Jorge Mendes tentang hasratnya untuk menyertai Barcelona.

Walau bagaimanapun, Silva pada ketika ini masih dalam kontrak bersama City sehingga 2025 dan pengurus kelab, Pep Guardiola turut berhasrat mahu memastikan bintang Portugal itu kekal di Etihad.

Laporan sama turut mendakwa yang Manchester City telah meletakkan tanda harga bernilai €100 juta (£86 juta) untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Silva.

Bersama Manchester City, Bernardo Silva berjaya menjaringkan 48 gol dari 249 penampilan sejak tiba di Etihad dari Monaco pada tahun 2017.

Barcelona sementara itu sangat berharap agar The Citizens akan sanggup menerima tawaran yang lebih rendah untuk melepaskan Silva.

Gergasi Catalan itu hanya mampu untuk membayar €40 juta (£34.4 juta) sahaja kepada Manchester City untuk mendapatkan pemain midfield itu.

Walau bagaimanapun, perpindahan Silva hanya akan berlaku seandainya Barcelona dapat dana tambahan hasil penjualan De Jong.

United pada ketika ini masih berunding dengan Frenkie de Jong dengan Barcelona sendiri sebenarnya sudah bersetuju untuk melepaskan beliau.

Bekas pengurusnya ketika bersama Ajax, Erik Ten Hag sememangnya sangat berminat mahu mendapatkan khidmat beliau di Old Trafford.

Laporan sama turut mendakwa yang kedua-dua United dan Barcelona sudah berjaya capai kata sepakat berkait urusan perpindahan De Jong dengan yuran perpindahan bernilai €65 juta (£56 juta).

Namun begitu, walaupun Barcelona mampu mendapatkan dana tambahan untuk mendapatkan Silva, namun sepertinya masih tak jelas sama ada mereka akan gunakan dana itu untuk dapatkan pemain midfield itu atau tidak.

“Saya rasa dia akan kekal.”

Jelas Guardiola ketika ditanya tentang situasi Silva.

“Tapi seperti kebiasaannya saya katakan, sejak karier saya di Barca, saya tak mahu pemain yang tak mahu berada di sini.”

“Apa boleh saya katakan ialah Bernardo sememangnya pemain yang sangat penting.”

Pep Guardiola sememangnya tidak sanggup melepaskan Bernardo Silva dan mungkin kerana itulah Manchester City meletakkan tanda harga yang sangat tinggi untuk bintang Portugal itu.

Barcelona sementara itu sememangnya sedang bergelut dengan krisis kewangan dan jelas sekali agak sukar untuk mereka berbelanja besar hanya untuk mendapatkan seorang pemain sahaja.

Barca juga pada ketika ini sedang berunding bersama Bayern Munich berkait urusan perpindahan Robert Lewandowski pada jendela perpindahan musim panas ini.

Gergasi La Liga itu masih tidak bersetuju dengan harga yang diletakkan oleh Bayern Munich dengan Lewandowski sendiri sementara itu sangat berharap agar beliau mampu melengkapkan perpindahannya menyertai Barca pada musim panas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bernardo Silva Mahu Meninggalkan Man City Musim Panas Ini