Bernardo Silva Pamer Aksi Luar Biasa Dasyat Bantu City ‘Tibai’ Sporting CP

Bagi sesiapa yang memilih untuk menonton aksi PSG bertemu Real Madrid awal pagi tadi berbanding Man City bertemu Sporting CP, maka mereka akan terlepas untuk melihat gol luar biasa menakjubkan yang dijaringkan oleh Bernardo Silva.

Bukan hanya berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa dasyat, namun bintang Portugal itu juga sebenarnya turut berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh memukau.

Malam Champions League sememangnya sering membuatkan peminat pening kepala mahu memilih perlawanan mana yang lebih menarik untuk ditonton.

Atas alasan sama juga ada peminat sampai menonton dua ketiga perlawanan sekaligus dengan menggunakan laptop, telefon bimbit dan TV.

Awal pagi tadi jelas sekali lebih ramai peminat yang akan memilih untuk menonton aksi perlawanan antara Real Madrid bertemu PSG berbanding aksi Manchester City bertemu Sporting CP.

Untuk peminat yang menonton aksi perlawanan yang dilangsungkan di Lisbon awal pagi tadi, mereka jelas sekali akan rasa puas hati dan berbaloi bersengkang mata.

Skuad kendalian Pep Guardiola berpesta gol dengan membelasah pasukan tuan rumah, Sporting CP dengan keputusan 5-0.

Man City membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 permainan menerusi Riyad Mahrez hasil umpanan cantik dari Kevin De Bruyne.

Pada minit ke-17 permainan, The Citizens berjaya menggandakan kedudukan menerusi Bernardo Silva yang menjaringkan gol yang sungguh luar biasa dasyat.

Bernardo Silva melepaskan rembatan luar biasa padu selepas menerima bola muntah hasil dari sudut sepakan penjuru untuk meletakkan City dua gol dihadapan.

Manchester City kemudiannya berjaya menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-32 permainan menerusi Phil Foden.

Foden menerima bola hantaran lintang cantik dari Riyad Mahrez dengan beliau kemudiannya cemerlang memenangi bola seterusnya melepaskan rembatan padu menewaskan Antonio Adan untuk gol ketiga City.

Bernardo Silva sekali lagi berjaya menghukum Sporting CP selepas beliau tenang memanfaatkan kesempatan hasil umpanan Raheem Sterling untuk City mendahului 4-0 pada minit ke-44.

Pada minit ke-58, giliran Bernardo Silva pula yang mencatatkan assists untuk gol kelima Man City yang berjaya dijaringkan oleh Raheem Sterling.

Bernardo Silva jelas sekali telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan ini.

Beliau berjaya untuk mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan Silva mencatatkan 100% hantaran jauh tepat, 100% shot accuracy, 89% pass accuracy, mencipta dua peluang, menjaringkan dua gol dan turut mencatatkan satu assists.

Aksi hebat beliau itu berjaya membantu Silva untuk memenangi anugerah pemain terbaik dalam perlawanan ini.

Sebelum musim ini bermula, terdapat rumours yang mengatakan bahawa Bernardo mahu meninggalkan Manchester City selepas beliau sering diketepikan pada musim sebelum itu.

Arsenal antara pasukan yang dikaitkan dengan Bernardo Silva namun tidak ada mana-mana kelab yang sanggup bayar nilai yang diletakkan oleh Manchester City untuk bintang Portugal itu.

City jelas sekali membuat keputusan yang tepat dengan tidak melepaskan Silva selepas bekas bintang Monaco itu pada musim ini berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya.

Tidak keterlaluan untuk menganggap yang antara sebab mengapa City kini berada di puncak saingan liga adalah kerana Silva sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.

Manchester City selepas ini akan melayan kunjungan Sporting CP ke bumi Etihad pada 10 Mac nanti, untuk aksi leg kedua pusingan 16 terbaik saingan Champions League.

Mereka sepertinya sudah memiliki bekalan yang sangat selesa untuk di bawa ke halaman sendiri, dan tidak keterlaluan juga untuk anggap City sudah selangkah ke peringkat suku akhir.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Comeback Bertemu Southampton Bantu Hidupkan Peluang Liverpool Untuk Memenangi Gelaran Quadruple