Bernardo Silva Namakan Anjingnya Sempena Nama Bintang Man City

Bernardo Silva sememangnya seorang pemain yang tegas dan serious di atas padang, namun beliau sebenarnya seorang yang periang dan sopan santun di luar padang.

Baru-baru ini, pasukan media Manchester City telah menyiarkan perbualan antara mereka dengan pemain midfield dari Portugal itu, dan ia merupakan satu perbualan yang sangat menarik untuk dibincangkan.

Walaupun Bernardo Silva merupakan bintang terkenal, namun beliau gagal untuk bersaing dengan anjingnya yang lebih menonjol pada ketika itu.

Apa yang membuatkan anjing beliau lebih menonjol adalah ketika Bernardo Silva mendedahkan nama dan mengapa beliau memberi nama itu kepada anjingnya.

Beliau menamakan anjingnya sebagai β€˜John’ bersempena dengan nama rakan sepasukan beliau, John Stones dan ketika beliau mendedahkan hal itu, staff media City pecah perut menahan ketawa.

Beliau ketika itu menyatakan bahawa:

β€œKami benar-benar mahukan seekor anjing, dan dia dinamakan selepas nama sahabat saya, John Stones kerana kami sangat akrab dan saya selalu kata kepada dia yang satu hari, jika saya ada anjing, saya akan panggil dia John.”

β€œIa sebenarnya nama yang hebat. Kami sangat sukakan nama itu dan Ines (isteri Silva) setuju dengannya. Saya rasa ia sesuai dengan dia, dia anjing yang cantik dan sangat bijak.”

Silva dan Ines dirakam berjalan-jalan membawa β€˜John’ di sekitar jalanan di Manchester dengan bintang berusia 27 tahun itu turut banyak bercakap tentang kelab.

Beliau bercakap tentang pelbagai topik termasuk perhubungan beliau dengan rakan senegaranya, Joao Cancelo, dan bagaimana beliau selalu buat kopi sendiri untuk dirinya dan Riyad Mahrez 30 minit sebelum setiap perlawanan.

Silva pada musim ini tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terbaik Manchester City dengan beliau sudah berjaya mencatatkan dua assists dan menjaringkan tujuh gol dari 20 penampilan dalam semua pertandingan.

Sejak tiba di Etihad dari Monaco pada Jun 2017, beliau telah berjaya membantu kelab memenangi tiga gelaran Premier League, empat League Cup, satu gelaran FA Cup dan dua gelaran Community Shield.

Beliau selepas ini akan turun beraksi bersama Manchester City untuk aksi dalam saingan Premier League bertemu Wolverhampton Wanderers di Etihad pada hujung minggu ini.

Beliau pada ketika ini tidak dinafikan lagi sememangnya sedang berada di tahap persembahan terbaiknya, dan turut dianggap sebagai calon untuk memenangi anugerah PFA Player Of The Year.

Bernardo Silva pada musim lalu sepertinya sudah hampir untuk dilepaskan oleh kelab dengan beliau juga sering diketepikan dari kesebelasan utama.

Beliau bahkan turut pernah dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab pada jendela perpindahan Januari ini, dan dengan tiba-tiba, Silva menjadi antara pemain terbaik City pada ketika ini.

Kawalan bola, kemahiran teknikal, kepantasan, kualiti hantaran dan penyudah yang tajam membantu beliau untuk memainkan peranan yang sangat penting dalam skuad pada ketika ini.

Paling mengejutkan tentang aksi Silva pada musim ini adalah melihatkan kualiti penyudah beliau yang jauh lebih tajam berbanding musim sebelum ini.

Pemain kebangsaan Portugal itu sudah berjaya menjaringkan tujuh gol dan mencatatkan satu assists dari 14 penampilan dalam saingan Premier League.

Manchester City pada ketika ini sedang berada di puncak saingan liga, dan seandainya Silva mengekalkan tahap persembahan seperti sekarang, beliau merupakan calon kegemaran untuk memenangi anugerah pemain terbaik tahunan pada tahun ini.

Walau bagaimanapun, beliau jelas sekali perlu berdepan saingan yang sangat sengit dari Mohamed Salah yang pada ketika ini dianggap sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  Manchester City Bakal Menggandakan Gaji Bernardo Silva