Billy Gilmour Positif Covid, Andy Robertson Cepat-Cepat Padam Video Mereka Bermain Ping-Pong Bersama

Pemain Scotland yang berjaya membuatkan pemain England terkebil-kebil di padang tempoh hari, Billy Gilmour, telah disahkan positif Covid dan bakal dikuarantin selama 10 hari, sekaligus terlepas peluang untuk memperagakan bakatnya dalam perlawnan menentang Croatia nanti, dan hanya akan berpeluang beraksi semula jika Scotland mara cukup jauh dalam kejohanan ini.

“Pihak FA Scotland mengesahkan bahawa seorang pemain dalam pasukan kebangsaan Scotland, Billy Gilmore, telah disahkan positif Covid-10,” kenyataan rasmi FA Scotland berbunyi.

“Selepas berbincang dengan Public Health England (KKM di sana) sejak keputusan positif itu direkod, Billy akan menjalankan kuarantin kendiri selama 10 hari dan akan terlepas perlawanan Kumpulan D Euro 2020 esok menentang Croatia di Hampden.”

Sebaik berita itu disahkan pada pagi Isnin, satu video muncul di internet yang dimuatnaik oleh kapten Andy Robertson di instagram story akaun miliknya di mana video tersebut menampakkan Robertson sedang bermain ping pong bersama-sama Gilmour dan John McGinn.

Walaubagaimanapun, Robertson telah memadam video tersebut di insta-story nya.

Tidak dapat dipastikan pada saat ini jika ada pemain daripada kem Scotland yang terpaksa dikuarantinkan kerana menjadi kontrak rapat kepada Gilmour. Ketika dihubungi Sportsmail, pihak FA Scotland mengatakan bahawa tiada kontak rapat dengan Gilmour.

Keputusan ujian Covid pemain lain dalam skuad Scotland telah disahkan negatif pada pagi Isnin, dengan pihak pengurusan pasukan sedang berbincang dengan Public Health England mengenai siapa kontak rapat, namun masih tiada sebarang pemain yang disahkan.

Sebelum ini, seorang pemain Scotland, John Fleck, juga telah disahkan positif Covid kira-kira dua minggu sebelum kejohanan bermula. Pemain Sheffield United itu kemudiannya tidak diturunkan dalam perlawanan persahabatan Scotland menentang Beland dan Luxembourg, sebagai persediaan menghadapi Euro.

Sementara itu Robertson pula ketika dihubungi The Sukan, sekadar memberikan blue tick.


Dia dilihat memeluk rakan sepasukannya di Chelsea selepas perlawanan menentang England, dan pastinya akan timbul persoalan mengenai status kesihatan Ben Chiwell dan Mason Mount menjelang pertemuan terakhir England menentang Republik Czech nanti.

Sekarang ni kira satu dunia kempunan untuk melihat aksi Gilmour menjinakkan Luca Modric nanti.

Gilmour membuka mata dunia dalam perlawanan tersebut di mana dia telah menampillkan persembahan bertenaga dan cukup cemerlang sehingga ditabalkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Dia juga telah digelar sebagai N’Golo Kante yang baharu oleh bekas pemain Chelsea, Patrick van Aanholt.

Gilmour dilahirkan pada 11 Jun 2001 di Hospital Pusat Ayshire di Irvine, Ayshire dan tinggal di Ardrossan, di bahagian utara Ayshire.

Ayahnya merupakan seorang anggota tentera laut diraja Britain dan pernah bermain bola sepak untuk pasukan belia Ardrossan Winton Rovers. Gilmour mula belajar erti sebenar bola sepak ketika dia menghadiri Sekolah Rendah Stanley di Ardrossan dan Akademi Grange di Kilmarnock, di bawah prgoram pembangunan sekolah oleh Persatuan Bola Sepak Scotland.

Kelab gergasi Scotland, Glasgow Rangers, mengesan bakat pemain ini dan membawanya ke Akademi Rangers. Dek kehebatannya, Gilmour dinaikkan dengan cepat ke pasukan utama bawah-20 tahun ketika dia baru berusia 15 tahun, pada 2016.

Pada tahun yang sama juga dia telah dijemput unutk berlatih bersama skuad senior oleh pengurus, Mark Warburton.

Apabila ada bakat muda yang meningkat naik, pasti pasukan gergasi dari selatan Scotland mula nak sibuk. Begitu juga dengan bakat Gilmour di mana dia telah menarik minat beberapa kelab, namun selepas memperhalusi tawaran, Gilmour memilih Chelsea sebagai destinasi berikutnya untuk mengenal erti bola sepak.

Berita : Daily Mail

BACA:  Peminat Scotland Kecam BBC Kerana Terlalu Agungkan England