Friendly Match: Belanda 2-2 Scotland

Scotland meneruskan persiapan Euro 2020 dengan cara yang positif, walaupun tendangan bebas Memphis Depay telah menafikan kemenangan ke atas Belanda dalam perlawanan yang berlangsung di Portugal.

Scotlang kini kehilangan tujuh pemain kerana langkah berjaga-jaga Covid-19, pasukan Steve Clarke menentang segala kebimbangan awal apabila Jack Hendry menjaringkan gol pembukaan.

John Fleck telah disahkan positif ujian jolok hidung, ini memaksa David Marshall, Stephen O’Donnell, Nathan Patterson, Grant Hanley, John McGinn dan Che Adams ditingalkan di kem latihan di Sepanyol sebagai langkah berjaga-jaga.

Rembatan padu leret Jack Hendry ke penjuru kiri gawang berjaya menewaskan Tim Krul untuk Scotland mendahului pada minit ke-11.

Walaubagaimanapun gol tersebut tidak bertahan lama apabila Memphis Depay menyamakan kedudukan pada minit ke-17.

Scotland datang lagi kali dengan satu rembatan deras namun bola tepat ke arah Tim Krul yang terus melakukan tepisan.

Tandukan Giorginio Wijnaldum cantik mencari Memphis Depay yang terus melakukan satu voli leret dan meleleh masuk bola ke gawang.

Permainan rancak dan menarik disajikan berserta percubaan yang padu namun gol tidak juga bertambah sehinggalah perlawanan memasuki babak kedua.

Kevin Nisbet kembali meletakkan Scotland di depan pada minit ke-64 dengan satu tolakan first timer yang deras dan Tim Krul tewas buat kali kedua.

Ini merupakan gol pertama Kevin Nisbet untuk pasukan kebangsaan Scotland.

Ketika permainan hampir tamat, Belanda mendapat sepakan percuma dan Mempihs Depay berjaya menyempurnakan dengan satu sepakan sederhana lencong yang mengelirukan.

Memphis Depay kini telah memotong jaringan Marco Van Basten jaringkan untuk Belanda dengan 25 gol.

Satu permainan yang meyakinkan ditunjukkan oleh Scotland walaupun kehilangan 7 pemain penting mereka dan hampir menang namun dinafikan Memphis Depay,

Scotland: Gordon, Robertson, Tierney, McGregor, Dykes, Christie, Cooper, Armstrong, Turnbull, Hendry, Forrest

Subs: McLaughlin, McTominay, Taylor, Gallagher, Nisbet, Fraser, Gilmour, McKenna

Netherlands: Krul, Dumfries, Timber, De Vries, De Ligt, Wijndal, De Roon, Wijnaldum, De Jong, Depay, Weghorst.

Subs: Krul, Bizot, Blind, Veltman, Ake, Van Aanholt, Klaassen, Van de Beek, Gravenberch, Koopmeiners, Promes, De Jong, Berghuis, Malen, Gakpo

BACA:  Kisah Hakim Ziyech, Yang Digelar Bodoh Oleh Van Basten Kerana Memilih Morocco