Bintang sensasi UFC, Sean Strickland telah mengeluarkan kenyataan yang sangat kontroversi baru-baru ini dengan beliau menyatakan yang dirinya sangat teringin menamatkan riwayat seseorang dalam gelanggang Octagon.
Sean Strickland mengeluarkan kenyataan itu selepas kejayaannya menewaskan Uriah Hall dengan sangat dominan.
Strickland berjaya menumbangkan Uriah Hall di acara kemuncak UFC Vegas 33 pada penghujung minggu lalu.
Tarzan really poured it on his first main event at #UFCVegas33!@SStricklandMMA landed 186 significant strikes against Uriah Hall, a record for the UFC middleweight division! pic.twitter.com/dYE7fnQ9d5
— UFC on BT Sport (@btsportufc) August 1, 2021
Petarung middleweight yang kini berusia 30 tahun itu sudah merekodkan empat kemenangan secara berturut-turut, dan membuat penampilan pertama di acara kemuncak UFC.
Selain dominan di dalam gelanggang, mulutnya tidak kurang hebatnya dalam temu bual selepas tamat perlawanan tersebut, dengan beliau menyatakan yang dirinya sangat berhasrat untuk mencabut nyawa seseorang dalam satu pertarungan.
Bercakap selepas tamat kemenangan bertemu Hall, beliau menyatakan bahawa:
“Jika kamu suka menyakiti orang, kamu sudah berada di dalam dunia sukan yang betul.”
"If I wasn't in the UFC I'd probably be cooking meth in a trailer in prison.."
Sean Strickland's life would be very different if he wasn't in the Octagon.
Now with the biggest win of his career at #UFCVegas33, he's the one who knocks on the door of the middleweight top 10 👊 pic.twitter.com/MyNL99IzUi
— UFC on BT Sport (@btsportufc) August 1, 2021
“Tak ada apa yang lebih saya suka berbanding dapat tamatkan riwayat seseorang dalam gelanggang. Tiada yang lain. Ia akan membuatkan saya sangat gembira.”
“Saya akan memiliki orang itu juga. Saya tak pasti kalau saya perlu bertanggungjawab, saya mungkin perlu mintak maaf kalau ada polis datang, tapi saya akan miliki dia. Miliki dia. Jadi seorang psychopath, ia sangatlah menyeronokkan!”
Kemenangan beliau menewaskan Hall memperlihatkan Strickland naik tiga kedudukan ke atas dalam ranking middleweight UFC.
Walau bagaimanapun, beliau yakin yang Dana White dan seluruh kem UFC tidak mahu melihat beliau menjadi Juara Dunia.
“Saya berkemungkinan akan jadi manusia terakhir yang mereka mahu lihat sebagai Juara.”
Tambahnya lagi.
Strickland still feeling fresh 👀
Five minutes to go! #UFCVegas33 pic.twitter.com/WD1ddKGDjK
— UFC (@ufc) August 1, 2021
“Jadi Sean, apa pandangan kamu tentang UFC? Saya maksudkan ia sangat menarik, mereka bayar saya dengan baik, ia sangat menarik. Saya mungkin orang terakhir yang mereka mahu lihat untuk menjadi Juara.”
Strickland kemudiannya menyambung lagi dengan menyatakan:
“Ia memang akan senantiasa ada satu lagi pertarungan. Saya akan bertarung dengan seseorang lagi dalam tempoh beberapa bulan akan datang, saya mungkin akan menang, saya mungkin akan tumbang. Saya cuma suka berlawan. Saya suka buat duit.”
“Jika saya pergi ke mana-mana dengan itu, hebat, jika tidak. Apa yang Derrick Lewis katakan? Apa ayat terakhir dia tentang jika kamu benarkan saya mendominasi division ini, kamu semua patut bersara? Saya suka Derrick Lewis. Dia lelaki sebenar. Saya sangat gembira berada di sini.”
Sean Strickland ‘would love’ to kill somebody in a fight, adds ‘I’m probably the last person’ UFC would want as champion (@DamonMartin) https://t.co/VwwpJsrDBI pic.twitter.com/67cnUHhMKi
— MMAFighting.com (@MMAFighting) August 1, 2021
“Kamu tak perlu berbangga dengan kemasyuran kerana ia palsu. Ia sangat palsu.”
“Ada satu ketika yang mana Uriah Hall ada dalam satu temu bual, setiap wartawan ketika itu bersorak ‘Urish Hall’!”
“Dan sekarang dia seolah-olah berada di penghujung karier dia, dia sudah semakin tua. Saya nampak semuanya sampah. Saya suka kamu semua, tapi semuanya sampah. Kamu semua tahu itu.”
Sumber: SB