Bjorn Kuipers, Taukeh Pasaraya, Bos Kepada 260+ Pekerja Jadi Pengadil Perlawanan Akhir EURO

Bjorn Kuipers merupakan seorang pemain bola sepak (amatur) yang sangat dibenci oleh setiap pengadil.

Ketika dia bergelar pemain bola sepak Kuipers sentiasa merungut dan mendesak dengan keputusan pengadil. Bukan sekali tetapi hampir semua perlawanan yang dimainkanya.

Menariknya dia akhirnya menjadi seorang pengadil kelas dunia yang cukup tenang di atas padang.

Kuipers mempunyai karier pendek sebagai pemain. Ayahnya, Jan Kuipers juga merupakan seorang pengadil dan seorang pemilik perniagaan runcit-pasaraya.

Sikap Kuipers diatas padang yang sering merungut dan melawan pengadil membuatkan ayahnya tidak gembira.

Ayahnya mencabar Kuipers supaya menjadi pengadil dan merasai kesusahan seorang pengadil mengendalikan perlawanan.

Disitulah bermulanya kisah Kuipers sebagai pengadil dan Kuipers muncul antara pengadil paling berjaya di dunia.

Pada tahun 1990 Kuipers mula menjadi pengadil amatur untuk the Dutch Football Association (KVNB). Kuipers memerlukan 11 tahun sebelum berjaya mendapat taraf pengadil profesional.

Perlawanan profesional pertamanya hadir ketika mengadili perlawanan Telstar lawan Eindhoven di Jupiler League, liga divisyen 2 Belanda.

Kuiper membuat ‘penampilan’ sulung di Eredivisie (divisyen tertinggi) pada usia 32 tahun. Pada ketika itu beberapa pengadil muda dimasukan kedalam A-List dan Kuipers salah satu darinya.

“Pengadil yang bagus akan naik dengan cepat.” kata Kuipers kepada NRC selepas perlawanan ke-4 di Eredivisie.

“Saya kenal hampir semua pemain dan mereka juga kenal saya. Mereka memanggil saya dengan nama pertama (Bjorn) dan ia sebenarnya mengejutkan saya.”

Selepas 5 tahun berada di peringkat tertinggi dalam saingan domestik, pada tahun 2006 Kuipers diangkat menjadi pengadil antrabangsa.

Kuipers hanya memerlukan 3 tahun sebelum diangkat ke dalam kelompok pengadil elit dunia.

Tahun 2013 merupakan tahun terhebatnya apabila mengadili perlawanan akhir Piala Ueropa melibatkan Chelsea lawan Benfica di Amsterdam Arena.

Setahun kemudian Kuipers mengadili perlawanan akhir Piala Konfederasi melibatkan pasukan Brazil dan Sepanyol.

Pada tahun 2014 Kuipers diberitahu dia akan menjadi salah seorang pengadil Piala Dunia yang dilangsungkan di Brazil.

Pada tahun sama ketua pengadil UEFA, Perluigi Collina melantiknya sebagai pengadil perlawanan akhir Liga Juara Eropah yang membabitkan pertemuan Atletico Madrid lawan Real Madrid.

Kuiper muncul pengadil ke-4 dari Belanda mengendalikan perlawanan akhir Liga Juara Eropah selepas Leo Horn (1957 dan 1962), Charles Corver (1978) dan Dick Jol (2001).

“Berada di atas padang dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah merupakan pencapaian tertinggi bagi pemain dan pengadil” kata Kuipers selepas lantikan tersebut.

Kuiper terlibat dengan Piala Eropah (EURO 2016) dan kemudiannya sekali menjadi perlawanan akhir dalam pertandingan Liga Ueropa.

Kredibiliti Kuiper terus dipercayai apabila juga dipanggil untuk terlibat dalam pertandingan Piala Dunia 2018.

Kuiper memenangi Golden Whistle pada tahun 2018/19. Ia merupakan anugerah pengadil terbaik berdasarkan laporan dari wartawan Telegraaf.

Apa faktor kejayaan Kuipers sebagai pengadil?

Kuipers merupakan seorang ahli perniagaan yang memiliki 3 pasaraya  -mempunyai lebih 260 lebih pekerja. Dia juga mempunyai kedai gunting rambut.

Disebabkan itu ciri-ciri ketua sudah ada dalam diri Kuipers. Ia sangat berguna untuk seorang pengadil namun Kuipers tidak berfikiran sebegitu.

“Saya tidak pernah menganggap diri saya bos.” Kuipers

Prinsip Kuipers adalah memberi kebebasan kepada rakan pengadilnya untuk membuat keputusan ketika perlawanan. Kuipers akan menyokong semua keputusan yang dibuat oleh rakannya (penjaga garisan dan sebagainya).

Kuipers mempunyai pasukannya pengadilannnya sendiri. Ia terdiri dari Sander Van Roekel dan Erwin Zeinstra. Pasukan inilah dihantar oleh KVNB ke Brazil dan juga menjadi pegawai perlawanan akhir Liga Juara Eropah.

Mandatory Credit: Photo by Shutterstock (9852732z)

Pengorbanan Kuipers bersama keluarganya

Kuipers terpaksa mengorbankan kehidupan peribadinya untuk menjadi seorang pengadil yang berjaya. Dia memberi penghargaan besar kepada isterinya kerana sanggup berkorban demi cita-citanya.

Kuipers sering tidak dapat bersama keluarga pada hari-hari penting. Dia tertinggal hampir 8 kali dari 10 tahun ulangtahun kelahiran anak perempuannya.

“Saya sentiasa berada jauh dari rumah. Perkara ini tidak pernah menjadi masalah kepada kami. Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan tanpa isteri saya.”

“Isteri dan jurulatih saya, Jaap Uilenberg adalah orang pertama saya telefon selepas perlawanan.”

“Anak perempuan saya tidak berapa peduli tentang bola sepak tetapi saya rasa dia tidak mahu tunjukkan kepada publik, anak saya sangat bangga dengan ayahnya.”

Isteri Kuipers sering mengikuti setiap perlawanan yang diadili Kuipers di kaca TV dan jarang ke Stadium.

Pada tahun 2014 Kuipers diberitahu dia akan menjadi salah seorang pengadil Piala Dunia yang dilangsungkan di Brazil.

Statistik Kuipers

Kuipers telah mengadili 165 perlawanan Eredivisie dan melayangkan 511 kad kuning dan 25 kad merah. Kuipers juga mengadili 72 perlawanan pertandingan kelab eropah -Liga Juara/Piala Ueropa- dan mengeluarkan 266 kad merah.

Di peringkat antarabangsa Kuipers terlibat dalam 21 perlawanan melibatkan Piala Dunia, Piala Eropah, Piala Konfederasi dan UEFA Nation League. Hanya 1 kad merah pernah pernah dikeluarkan.

Secara kesleuruhan Kuipers telah mengadili 258 perlawanan dan ratio kad kuning Kuipers adalah 3 kad setiap perlawanan dan 3 kad merah bagi setiap 30 perlawanan.

EURO 2020 merupakan merupakan pengadilan final pertama Kuipers di peringkat antarabangsa namun Kuipers sudah mempunyai banyak pengalaman mengadili perlawanan akhir dalam kejohanan Eropah B17, B21, Piala Dunia B20, Liga Juara Eropah, Piala Europa (2x), Piala Super Eropah dan Piala Konfederasi.

Sumber: Dutch Referee, Whoscored, dan Wikipedia
BACA:  Southgate Sedar Diri, England Bukanlah Pasukan Yang Mempunyai Sejarah Gemilang