Francesco Acerbi Kongsi Rahsia Cara Jinakkan Romelu Lukaku

EURO 2020 bakal memasuki pusingan suku akhir. Itali, Belgium, Sepanyol, Switzerland, Denmark dan Republik Czech telah telah mengesahkan tempat ke pusingan tersebut.

Sweden, Ukraine, Jerman dan England bakal berentap untuk mengisi 2 lagi slot.

Belgium memang semua 4 perlawanan yang mereka harungi sepanjang kejohanan, begitu juga dengan Itali.

Perlawanan Belgium-Itali bakal menjadi perlawanan terbaik antara yang terbaik kerana rekod menang 100% itu.

Pemenang perlawanan ini berkemungkinan besar bertemu Sepanyol di peringkat Separuh Akhir.

skuad bimbingan Luis Enrique itu meningkat dengan drastik apabila berjaya menjaringkan 10 gol pada 2 perlawanan terakhirnya berbanding hanya 1 gol pada 2 perlawanan awalnya.

Pertahanan Itali, Francesco Acerbi yakin pasukannya mempunyai kekuatan untuk mengekang ancaman dari Belgium terutamanya melalui penyerang berbisa mereka, Romelu Lukaku.

Sepanjang perjalanan Belgium mara ke suku akhir, skuad bimbingan Roberto Martinez itu telah menjaringkan 9 gol.

3 darinya melalalui Lukaku, Thorgan Hazard 2 gol dan 1 gol dari Kevin De Bruyne dan 1 gol dari Munier serta 1 gol sendiri dari pihak lawan.

Lukaku hanya memerlukan 9(4) percubaan (tepat) untuk melakarkan 3 jaringan.

“Kamu boleh hentikan (Romelu) Lukaku dengan cara bertahan secara berpasukan. Itu adalah cara kamu hentikan penyerang sepertinya.

“Dia merupakan penyerang yang luarbiasa, dia membawa kelainan di Serie A, dia juga membawa kelainan dalam pasukan Belgium yang mempunyai Kevin De Bruyne, Eden Hazard dan ramai lagi berbakat besar.

“Kami sudah bersedia bertemu dengannya, kami juga sedar jika dia diberi sedikit ruang dia akan menjaringkan gol.

“Para pemain dan pasukan akan memikirkan tentang perlawanan tersebut. Ia perlawanan sukar buat Itali tetapi saya boleh jamin mereka mereka juga berasa begitu.” kata Acerbi di laman rasmi UEFA.com

Acerbi merupakan pemain pertahanan tengah masa depan Itali ketika Georgio Cheillini sudah berusia 36 tahun.

Acerbi tampil  3 kali dalam kelayakan Piala Eropah 2020 yang dilangsungkan pada tahun 2019.

Dia kemudiannya bermain 5 kali dari 8 perlawanan antabangsa sepanjang tahun 2020 dan pada tahun 2021 dia mengutip 6 lagi penampilan.

Acerbi merupakan pemain Lazio, pasukan yang ditewaskan oleh Inter Milan 3-1 pada perlawanan Serie A lalu.

Lukaku menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut dan Acerbi mempunyai sebab tersendiri kenapa Lazio tidak dapat mengekangnya.

“Betul, tapi pada masa tu saya bermain dibahagian (pertahanan) sisi dimana ia bukan posisi utama saya, ia disebabkan Stefan Radu mengalami kecederaan.

“Di Lazio kami ‘menjinakkannya’ dan kami akan melakukan perkara sama bersama Itali.

“Jika semua orang memberi yang terbaik dan bermain dengan halatuju yang sama dan membantu jika pemain lain melakukan kesilapan… ini adalah tentang kerjasama berpasukan.

“Tidak ada pemain yang sempurna. Anda tidak akan memenangi trofi secara bersendirian. Lionel Messi perlu menang Piala Dunia bersama (pemain lain) Argentina.

“Jika mereka melakukan kesalahan mereka mendapat bantuan seperti saya menjadi pembantu anda, itu cara bermain dalam kejohanan.

Disamping itu Acerbi yakin dengan progres pasukannya dan kesemua pemain berada dalam keadaan bersedia untuk membawa Itali ke puncak eropah.

“Kami menyaksikan pemain seperti Matteo Pessina dan Federico Chiesa memberi kelainan dalam pertemuan menentang Austria. Pessina bukanlah pelan utama pasukan Itali tetapi kini adalah pemain tengah terbaik dan ia sememangnya layak.

“Apa yang menarik tentang Itali adalah kami tahu apa yang kami perlu buat dan bersedia jika dipanggil bermain.

“Setiap perlawanan akan berlangsung selang 5 hingga 6 hari. Kami tidak sabar untuk bermain dan berharap mengatasi semua lawan dan memberi kebanggaan kepada rakyat Itali.

“Kami tahu sekarang adalah perlawanan kalah mati, ia sentiasa dalam keadaan 50:50 dan kami memerlukan sedikit tuah, tapi kami yakin kami akan lakukan yang terbaik.”

BACA:  Pemain Sweden Dan Belgium Dikunci Di Dalam Stadium Selepas Serangan Pengganas