Bonucci Mengamuk Di Bilik Persalinan Dengan Ucapan Berapi

Pemain pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci telah mengamuk di bilik persalinan sambil menghamburkan ucapan yang berapi yang dipenuhi kata-kata kesat kerana kecewa dengan persembahan pasukannya.

Tidak ramai pemain bola sepak hari ini terutamanya mempunyai sikap dan sifat seperti Leonardo Bonucci ini yang sentiasa bermentalitikan kepada kemenangan.

Disebabkan itu, maka tidak peliklah kenapa Bonucci telah memenangi 17 anugerah utama dalam dua tempoh berasingan bersama Juventus dan merupakan salah seorang pemain utama di sebalik kejayaan Itali di Euro 2020 pada musim panas.

Selama hampir sedekad, pemain Itali itu telah menjadi pemain pertahanan bertaraf dunia dan pemimpin di atas padang untuk kedua-dua kelab dan negara yang turut dikenali sebagai Wall of Turin.

Selain Juventus, Bonucci pernah bermain untuk musuh ketat Juventus iaitu AC Milan dan Inter Milan. Agak menarik bukan?

Pemain berusia 34 tahun itu juga masih kuat dan kelihatan seperti dia akan dapat terus beraksi pada tahap tertinggi untuk beberapa tahun akan datang.

Seperti rakan kongsi jenayahnya Giorgio Chiellini, bek tengah yang elegan itu akan melakukan apa sahaja untuk mencapai kemenangan – walaupun terpaksa meletakkan tubuhnya badannya menghalang lawan. Bukan jual badan.

Rakaman video Bonucci mengamuk dengan ucapan berapi ini dirakam juga dari sedutan dokumentari All or Nothing yang memaparkan perjalanan Juventus sepanjang tahun 2020/21.

Leonardo Bonucci telah mengamuk kepada rakan sepasukannya di bilik persalinan selepas mempamerkan aksi buruk untuk tempoh 45 minit pertama menentang Benevento.

“Kita dah gila gais! Jika kita nak menang Scudetto kita tidak boleh bermain lagu ni! Bila kita pegang bola kita tak leh main macam ni! Kalau macam ni kita takkan menang taik!!”

Bonucci kemudian dilihat menendang bekas yang berada didepannya sambil meneruskan ucapannya yang semakin berapi.

“Korang tak sedar ke betapa penting untuk kita menangan perlawanan ni? Dah setahun setan! Ada je salah seseorang dan selalu je buat balik lain kali.”

“Taik lembulah!!! Bertanggungjawablah sikit dan terima apabila dipersalahkan untuk permainan macam taik!!”

Cristiano Ronaldo yang sebelum ini dirakam mengamuk dengan prestasi pasukan termasuk dirinya sehingga bertekak dengan Cuadrado hanya mampu bersetuju sambil mengangguk-ngangguk sepanjang ucapan Bonucci.

“Betul la apa dia cakap.” Ujar Ronaldo sambil membaling sesuatu.

Pemain seperti Arthur Melo dan Federico Chiesa kelihatan sangat malu kerana kecaman lisan atas muka dari pertahanan Itali itu yang boleh difahami secara jujur.

Malangnya untuk Bonucci, ucapannya yang memukau di bilik persalinan tidak membantu mengubah permainan untuk memihak kepada Juventus.

Malah, keadaan menjadi lebih teruk selepas rehat separuh masa. Adolfo Gaich menjaringkan gol untuk Benevento pada minit ke-69 untuk membolehkan pasukan kerdil itu meraih kemenangan penuh bergaya 1-0 di Turin.

Benevento merupakan pasukan yang dibimbing oleh legenda Itali yang dilahirkan dalam keadaan offside, Filippo Inzaghi.

Kekalahan yang teruk itu telah menamatkan peluang Juventus untuk memenangi kejuaraan Serie A untuk musim ke-10 berturut-turut yang akhirnya menyebabkan Andrea Pirlo kehilangan tugasnya pada penghujung musim.

Ada buah mujurnya juga, apabila Juventus tidak kehilangan slot ke Champions League walaupun dilihat sukar sehinggalah ke hari terakhir liga.

Mentaliti Elite Tahap Dewa Ronaldo

Mentaliti elite tahap dewa Cristiano Ronaldo yang sentiasa mahu menang terbukti sebelum Juventus membenam Barcelona 3-0 di saingan peringkat kumpulan Champions League.

Semua ini telah dirakam dan didokumentasikan dalam satu siri All or Nothing: Juventus yang bersiaran di platform berbayar atas talian Amazon Prime yang memaparkan perjalanan Juventus sepanjang musim 2020/21.

Sudah pastilah filem dokumentari ini akan memberi fokus yang lebih kepada Cristiano Ronaldo kerana pemain bintang tersebut mempunyai nilai pemasaran yang tinggi.

Pengikut di media sosial pun dah beratus juta.

Nilai Komersil Yang Ada Pada Ronaldo suatu ketika dahulu

Ada satu detik dalam dokumentari ini telah menjadi bukti paling sempurna yang menunjukkan mentaliti elite yang dimiliki oleh Cristiano Ronaldo.

Juventus perlu menang dengan tiga gol atau lebih untuk memotong Barcelona dan menduduki tempat teratas kumpulan mereka untuk mendapat laluan mudah dipusingan kalah mati.

Dalam rakaman video itu, bekas Ketua Pegawai Bola Sepak Juve, Fabio Paratici dilihat bercakap dengan Naib Pengerusi, Pavel Nedved menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Barcelona pada Disember 2020.

Pavel Nedved pada ketika itu tidak yakin dan tidak pasti samada kemenangan tiga gol tanpa bolos boleh diraih menentang Barcelona dan meluahkan kegusaran itu kepada Fabio Paratici.

Nedved : Susah kita nak menang 3-0 lawan Barcelona ni Ci.

Fabio Paratici yang kini bersama Tottenham Hotspur dan insan yang berjaya mempengaruhi Antonio Conte ke sana segera membalas penuh yakin.

Paratici : Cristiano cakap boleh ved.

Nedved : Do cakap macam tu?

Jadi apakah yang terjadi? Juventus telah berjaya menewaskan Barcelona 3-0 di Camp Nou bai dan apa yang dikatakan Do (Ronaldo) bukan omong kosong.

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan dua gol dan kedua-duanya melalui sepakan penalti dan Weston McKennie turut mencetak nama selaku penjaring.

Ben Turner yang berkerja bersama produksi Fulwell 73’s untuk menghasilkan dokumentari ini telah bercakap keterujaan beliau membuat liputan mengenai Ronaldo:

“Ia agak menakjubkan. [Ronaldo] benar-benar mempunyai aura dan anda boleh melihat semua orang meningkatkan permainan mereka apabila dia datang.” Ujar Turner kepada Football Italia.

“Saya rasa dia sebahagian besar daripada cerita tetapi bukan keseluruhan cerita musim Juventus. “Jadi keseimbangannya adalah betul.”

Turner menjelaskan, Dokumentari ini sebahagian besar akan memaparkan detik Ronaldo tetapi secara keseluruhan ia seimbang mengakui, Turner turut menambah bahawa masa Ronaldo di kelab itu sudah pasti akan berakhir:

“Menjelang penghujung musim, anda boleh merasakan masanya mungkin akan berakhir di Juve.

“Tetapi ia akan jadi lebih penting jika mungkin ini musim terakhir [Giorgio] Chiellini atau [Gigi] Buffon dari perspektif kelab dan liga Itali.”

Walaupun Ronaldo mempunyai nama besar dalam dunia bola sepak tetapi di Juventus pemergian Chiellini dan Buffon lebih memberi kesan kepada emosi kelab dan liga Itali.

Footage Pergaduhan Ronaldo dan Cuadrado

Sebelum ini telah tersebar dan tular footage atau rakaman video pergaduhan antara Cristiano Ronaldo dan Juan Cuadrado di bilik persalinan ketika perlawanan menentang Porto.

Juventus telah dikejutkan oleh Porto dipusingan 16 terbaik Champions League pada musim 2020/21 walaupun di atas kertas seperti mendapat laluan mudah untuk ke suku akhir.

Juventus pada ketika itu hadir untuk perlawanan kedua pusingan 16 terbaik selepas tewas 2-1 di Portugal pada perlawanan pertama.

Segalanya tidak menjadi untuk perlawanan kedua buat Juventus di Allianz Arena dan pada ketika itu Andrea Pirlo masih lagi bergelar pengurus.

Tamat 45 minit pertama, Juventus ketinggalan 1-0 hasil jaringan Sergio Oliveira pada minit ke-19 melalui sepakan penalti dan secara agregatnya menjadi 3-1 berpihak kepada Porto.

Satu dokumentari yang bertajuk ‘All or Nothing: Juventus’ telah merakamkan detik yang penuh menakjubkan yang sarat dengan emosi dan mentaliti mahukan kemenangan yang ditunjukkan oleh Cristiano Ronaldo.

Lantaran itu terjadi pergaduhan mulut antara Cristiano Ronaldo dan Juan Cuadrado selepas Ronaldo menuntut pasukan untuk beraksi lebih baik.

Cristiano Ronaldo nyata dan terbukti tidak gembira dengan persembahan separuh masa pertama Juventus.

Ronaldo: “Kita perlu bekerja lebih keras. Apa itu sial! Kita langsung tidak bermain! Tak buat apa-apa!”

Juan Cuadrado memegan bahu Ronaldo untuk menenangkan beliau namun Ronaldo terus beremosi dan membawa kepada pergaduhan mulut.

Cuadrado: “Jangan risau”

Ronaldo: “Kita main po taik! Sokmo (selalu) gitu!”

Cuadrado: “Kau patut jadi contoh untuk semua orang”

Ronaldo: “Termasuk aku juga main po taik. Kita perlu memberitahu perkara sebenar antara satu sama lain, kito main po taik! Ini perlawanan Liga Juara-Juara, kita perlu ada personaliti.”

Pirlo kemudian masuk ke dalam bilik dan menegur kedua-dua pemain supaya tidak terjadi pergaduhan fizikal.

Pirlo: “Cukup, cukup sudah, cukup sampai di sini, mari kita pergi. Cukuplah, Cri. Cukuplah, Juan. Kita perlu bertenang dan bersabar. Kita akan meneruskan semangat ini, tetapi tanpa berbalah, dengan postur seseorang yang mahu menang.”

Ketenangan telah diwujudkan oleh Andrea Pirlo yang mahu semangat dan emosi itu ditukar kepada aura positif di dalam padang.

Hasilnya Juventus berjaya bangkit dan menewaskan Porto 3-2 namun malang sekali Juve tetap tersingkir dengan peraturan gol di tempat lawanan selepas terikat agregat 4-4.

Rakaman turut merakamkan reaksi Ronaldo selepas perlawanan dan jelas ternyata Ronaldo sangat kecewa. Mungkin menangis teresak-esak sambil rakan sepasukan yang lain nampak sugul.

Dalam perlawanan tersebut Cristiano Ronaldo teruk dikritik dan dikecam kerana beraksi dengan hambar sekali, Selain dari mencatatkan assists untuk jaringan dari Federico Chiesa.

Cristiano Ronaldo jelas tidak berfungsi dalam perlawanan tersebut dan terus dibelenggu masalah badi prestasi setiap kali bertemu Porto.

Pemain kebangsaan Portugal itu jugatelah dipersalahkan atas penyingkiran Juventus dari saingan liga Juara-juara musim lalu.

Beliau dianggap punca kepada gol jaringan Sergio Oliveira pada masa tambahan kerana tidak membuat benteng dengan betul.

Oliveira melepaskan rembatan leret dari jarak yang agak jauh untuk menewaskan Wojciech Szczesny dengan bekas penjaga gol Arsenal itu gagal untuk menepis keluar bola tersebut.

Ronaldo dan Szczesny berdepan dengan kritikan teruk dari kalangan peminat selepas kedua-dua mereka gagal memainkan peranan masing-masing sehingga bolos gol penting yang menyebabkan mereka tersingkir.

Itulah kisah lama Ronaldo dan Juventus, kini Ronaldo telah kembali ke Old Trafford untuk menjadi Setan Merah kembali, pasti Ronaldo tiap perlawanan mengamuk dengan Harry Maguire dan juga gandingan McFred yang tidak masuk akal.

BACA:  Bonucci Mahu Bertemu Lagi Dengan Steward Yang Tersilap Menyangkanya Penceroboh Padang